2
ANGKASA
Datuk Nordin mengakui pada awal penglibatannya dalam koperasi, beliau sendiri menyangka bahawa DNA atau genetik genetik koperasi perlu diubah berasaskan tanggapan bahawa gerakan ini terperangkap dalam kepompong yang usang. Namun katanya, anggapan tersebut nyata meleset kerana sebenarnya pendekatan, prinsip dan semangat koperasi tidak boleh dibandingkan dengan elemen perniagaan lain yang berasaskan kepada sistem kapitalis. “Saya rasa persepsi ini perlu diperbetulkan dan koperasi tidak boleh
diangap sebagai lapuk. Sejarah 97 tahun penubuhan koperasi di negara ini membuktikan bahawa gerakan ini sebenarnya kukuh dan kekal lestari merentasi zaman. Sumbangan sebenar koperasi kepada masyarakat adalah tersendiri dan tidak boleh disamakan dengan yang lain. Suara dan kepentingan lebih 6 juta anggota koperasi adalah keutamaan. Saya lihat dari perspektif yang lebih luas berkaitan perubahan zaman dan kita perlu mengambil langkah-langkah ke hadapan secara bersama. Apa juga cabaran yang dihadapi, matlamat yang mahu dicapai atau dibawa ke hadapan, mestilah berasaskan kepada penyatuan dan tidak
dipecah- belahkan selain bergerak dengan jati diri yang betul. Agenda ini dapat menjadikan kita lebih kuat dan mampu berdiri sendiri demi masa depan koperasi dan generasi akan datang”, ujarnya. Menurut beliau, kerajaan telah meletakkan harapan dan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi bagi sektor koperasi. Sasaran itu perlulah dinilai secara positif. Jika melihat kepada sejarah penubuhan koperasi dalam konteks keseluruhannya, sasaran tersebut bukanlah satu angka yang mustahil untuk dicapai. Sebagai koperasi apeks, ANGKASA perlu menjadi ‘muscle’ kepada SKM dan bersama-sama menggalas cabaran demi memartabatkan gerakan koperasi.
» Tiga panelis terlibat dalam Wacana Ilmu ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kiri); Pengurus Besar Pematuhan Syariah Dan Halal QSR (M) Holdings Berhad, Haji Mohd Roslan Mohd Saludin (dua dari kanan) dan Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Batu Pahat Berhad, Dr Hajah Hayati Md Salleh (paling kanan). Manakala moderatornya ialah Ketua MIHA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Encik Mohd Amri Abdullah (paling kiri).
Dari Meja Presiden ANGKASA
S ewaktu hadir dalam Majlis Perhimpunan Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) Peringkat Kebangsaan 2019 di Kampar, Perak pada 24 Ogos lalu, saya terpanggil untuk berkongsi rasa kagum dan teruja melihat kesungguhan serta minat yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menjayakan aktiviti CoopISTAC. Seiring dengan peranan koperasi sekolah yang berdaftar sebagai Hos untuk membantu memperlengkap sasaran perolehan tahunan koperasi
sekolah sebanyak RM1 juta menjelang tahun 2020, saya berpandangan bahawa semangat kerjasama dan kesepakatan sesama koperasi sekolah itu mampu mencetus dan membina idea-idea baharu tentang bagaimana untuk meningkatkan lagi perolehan dan taraf CoopISTAC. Melaluinya, pelbagai program boleh dijalankan sama ada secara persendirian atau secara penggabungan oleh Hos seperti menyediakan pakej pelancongan yang lebih eksklusif dan berskala tinggi. Selain dapat menjadikan pakej-
pakej tersebut lebih menarik dan kompetitif, penggabungan usaha dalam kalangan Hos juga mampu meningkatkan kecekapan, daya saing dan ilmu pengetahuan selain mengurangkan kos operasi. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua koperasi sekolah yang terlibat menjayakan aktiviti CoopISTAC. Semoga pencapaian yang diraih dapat terus digilap dan diperkasa demi
kelestarian koperasi dan masa depan anggota khususnya pelajar yang terlibat.
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease