Wadah PELANCAR Edisi September 2019

ANGKASA 5 ANGKASA - LHDN Tingkatkan Pengurusan Cukai Koperasi

A NGKASA dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menganjurkan Program Pengurusan Cukai Koperasi. Ia bertujuan untuk memberi penerangan kepada koperasi tentang cara menguruskan cukai koperasi. Program Pengiraan Cukai Koperasi anjuran ANGKASA dan LHDN telah Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

berlangsung di Batu Pahat, Johor pada 19 Ogos 2019. Seramai 36 pengurusan kanan dan Anggota Lembaga Koperasi mengambil bahagian dalam program itu. Program tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dr Mohd Azlan Yahya. Beliau dalam ucapannya berkata, cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi negara memperoleh hasil atau

pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh pihak kerajaan untuk perbelanjaan pembangunan. Program tersebut juga telah mendapat kerjasama dengan pihak LHDN yang memberi penerangan berkaitan cukai kena bayar oleh koperasi dan pendedahan maklumat berkaitan tanggungjawab majikan. Malah, peserta dapat mengetahui

tentang cara mengisi borang-borang yang berkaitan dengan betul bagi menentukan cukai kena bayar oleh koperasi serta pendedahan perkhidmatan elektronik yang disediakan oleh LHDN bagi memudahkan urusan percukaian. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Haji Sazali Abd Hamid dan Pengarah Seksyen Pungutan dan Fungsi Am LHDN, Encik Azhar Hussian.

» Dr Mohd Azlan Yahya Naib Presiden ANGKASA.

» Bergambar bersama peserta program.

Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN Fahami Cara Mengurus Hutang

A NGKASA melalui Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan, Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan (BPKK) menganjurkan Program Pengurusan Hutang Sektor Koperasi bagi tahun 2019. Program tersebut bertujuan untuk memberi penerangan kepada koperasi-koperasi kredit mengenai cara pengurusan hutang koperasi sama ada hutang pembiayaan atau perniagaan. Program Pengurusan Hutang Sektor Koperasi anjuran ANGKASA diadakan di Kota Kinabalu pada 15 Ogos 2019. Seramai 45 Anggota Lembaga Koperasi telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Program tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa. Beliau dalam ucapannya berkata, program ini memberi kesedaran kepada koperasi kredit bahawa pengurusan hutang yang cekap perlu bermula dari pengurusan risiko pembiayaan yang proaktif sebelum satu-satu pembiayaan diluluskan kepada peminjam. Program tersebut telah mendapat kerjasama

daripada peminjam mereka sama ada hutang daripada aktiviti pembiayaan atau perniagaan. Program Pengurusan Hutang Sektor Koperasi ini juga bertindak sebagai platform bagi koperasi untuk lebih memahami aspirasi “Pusat Perkhidmatan Setempat Untuk Penyelesaian Kredit Bersepadu” yang telah dirangka oleh ANGKASA dan bagaimana ia dapat dicapai dengan sokongan daripada koperasi-koperasi kredit ahli ANGKASA dan seterusnya meningkatkan nilai perkhidmatan kredit koperasi. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang memberi penerangan berkaitan prosedur tribunal SKM dan juga prosedur Undang- Undang Sivil supaya pihak koperasi dapat mengetahui hak mereka sekiranya menghadapi permasalahan hutang yang tidak berbayar. Objektif Program Pengurusan Hutang Sektor Koperasi ini adalah untuk memberi informasi tentang bagaimana koperasi kredit menguruskan hutang-hutang tidak berbayar » Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa berucap di Program Pengurusan Hutang Sektor Koperasi.

» Bergambar bersama peserta Program Pengurusan Hutang Sektor Koperasi.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease