Wadah PELANCAR Edisi September 2019

7

ANGKASA

Oleh : NADIAH KAMARUDIN ANGKASA Komited Sampaikan Kefahaman Infaq Lil-Waqf

banyak lagi bangunan atau premis untuk diwakafkan bagi manfaat usahawan terutama dalam kalangan koperasi. Sumbangan Infaq Lil-Waqf telah digunakan untuk membeli dua bangunan iaitu di Presint 11, Putrajaya bernilai RM4.6 juta pada 28 Jun lalu dan sebuah bangunan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada tahun 2017 dengan nilai RM1.56 juta.

Seramai 130 peserta daripada koperasi dewasa, koperasi sekolah serta wakil beberapa agensi kerajaan telah hadir ke Seminar Infaq Lil-Waqf ANGKASA peringkat Negeri Sembilan di Seremban, 7 Ogos lalu. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Hisbah Infaq Lil-Waqf ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Nooh Gadot dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah. Mana-mana koperasi

» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyarankan agar lebih ramai individu terutama penjawat awam memberi sumbangan kepada tabung Infaq Lil- Waqf ANGKASA melalui potongan gaji yang diuruskan oleh ANGKASA.

atau agensi kerajaan yang berminat untuk menjemput ANGKASA memberi taklimat mengenai Skim Infaq Lil- Waqf ANGKASA boleh menghubungi Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA di talian 03-7884 6674 / 6618 / 6767 / 6615.

A NGKASA melalui Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah terus komited menyampaikan kefahaman mengenai Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA kepada masyarakat Islam di seluruh negara. Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam ucapannya berkata, keberhasilan Infaq Lil-Waqf ANGKASA dalam memberi bantuan untuk mengatasi masalah kemiskinan,

menyediakan pusat penjagaan dan perlindungan serta bantuan perubatan sejak tahun 2010. Ini memberi inspirasi kepada ANGKASA untuk memastikan lebih ramai lagi umat Islam mengetahui akan kebaikan berinfaq. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA berkata, ANGKASA sedang dalam perancangan untuk membeli lebih

» Pengerusi Jawatankuasa Hisbah Infaq Lil-Waqf ANGKASA, YB Dato’ Dr. Haji Nooh Gadot memberi sumbangan peribadi ke dalam tabung Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA.

“Kepimpinan dan kesepakatan dalam tadbir urus koperasi jika diamalkan dengan penuh integriti mampu menzahirkan keputusan yang lebih telus sekaligus memberi kesan yang lebih bermakna kepada sosioekonomi anggota koperasi dan masyarakat,” ujarnya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam perasmian penutup Seminar Kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi Negeri Pulau Pinang 2019 anjuran ANGKASA Negeri Pulau Pinang. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa

Perhubungan Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman dan Pengerusi Koperasi Guru Besar Pulau Pinang Berhad, Encik Zakaria Othman. Seramai 70 peserta dalam ANGKASA kalangan ALK 42 buah koperasi di sekitar Pulau Pinang hadir dalam seminar yang berlangsung selama dua hari bermula 17 Ogos. Menerusi penganjuran tersebut, lima kertas kerja telah dibentangkan selain dua segmen khas iaitu ‘Bicara Koperasi’ dan ‘Peluang Perniagaan Dalam Koperasi’.

Kepimpinan Berintegriti Nadi Kecemerlangan Tadbir Urus Koperasi

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

» Dato’ Haji Kamarudin turut berkesempatan beramah mesra dengan peserta program.

K epimpinan berintegriti me- rupakan antara pengamalan tadbir urus terpenting yang perlu ada dan diberi penekanan oleh setiap Anggota Lembaga Koperasi (ALK) termasuk kakitangan pengurusannya. Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Bahagian Kepim-

pinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, usaha secara berterusan bagi meningkatkan tahap integriti dalam kalangan ALK adalah sangat penting kerana integriti dalam kepimpinan boleh dianggap sebagai nadi kecemerlangan tadbir urus koperasi.

» Peserta bergambar selepas tamat program.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease