Wadah PELANCAR Edisi September 2019

8

KOPERASI

Produk Koperasi FASTO Terima Sambutan Menggalakkan

Oleh : NADIAH KAMARUDIN Di Luar Negara K operasi FASTO Global Berhad ditubuhkan hasil gabungan anggota dari tiga syarikat pengeluar produk makanan iaitu Deligateux (M) Sdn. Bhd., World Prominence Sdn. Bhd. dan Fatihah Frozen Foods Sdn. Bhd.

» Koperasi FASTO mementingkan kualiti dalam setiap produk makanan yang dihasilkan.

» Roti Paratha Asli dan Durian popular di Brunei, Singapura dan Arab Saudi.

Bergerak di bawah satu payung, koperasi yang ditubuhkan pada 25 April 2016 itu kini berupaya menghasilkan lebih daripada 100 jenis produk seperti rempah pra-campuran, sejuk beku, kek dan pastri. Produk-produk yang dihasilkan oleh setiap syarikat di bawah Koperasi FASTO mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat tempatan mahupun luar negara. Nilai eksport yang direkodkan menjangkau RM2 juta, hasil daripada jualan produk- produk yang secara puratanya telah berjaya memperluaskan pasaran ke-14 negara setakat ini. Koperasi FASTO juga telah berjaya memenuhi tahap kualiti atau kriteria eksport yang ditetapkan oleh negara- negara pengimport seperti memiliki standard pensijilan yang merupakan antara komponen penting yang mesti ada pada sesebuah produk untuk diperdagangkan. Produk yang dikeluarkan juga mempunyai sijil halal yang menjadi nilai tambah sekaligus melancarkan

lagi urus niaga perdagangan. Koperasi FASTO kini sedang dalam usaha meluaskan pasaran produk-produk mereka ke negara-negara Kesatuan Eropah. Kebanyakan dari produk keluaran koperasi telah dieksport ke negara- negara jiran seperti Singapura dan Brunei manakala negara seperti Arab Saudi pula gemar mengimport produk rempah pra-campuran khususnya untuk kegunaan dapur pusat. Produk tersebut juga turut mendapat sambutan di United Kingdom, Hungary dan Netherlands. Untuk pasaran tempatan, Koperasi FASTO menyediakan perkhidmatan penghantaran dalaman untuk kawasan sekitar Lembah Klang. Pendekatan ini dapat membantu koperasi untuk menyelia sendiri aktiviti pengedaran mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai produk keluaran Koperasi FASTO, boleh hubungi 03-6187 3961 atau e-mel ke koopfastoglobal@gmail.com

» World Prominence Sdn. Bhd. menghasilkan pelbagai jenis produk rempah pra- campuran yang digunakan bagi menyediakan pek makanan untuk jemaah umrah dan haji.

» Kek buah yang dihasilkan oleh Deligateux (M) Sdn. Bhd. didatangkan dalam pelbagai perisa.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease