28 NOVEMBER 2019 Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
MEI 2019 JILID: WP01 / 2
ANGKASACoop
www.angkasa.coop RM1.00
Peluang Pasaran Produk Halal di China
ANGKASA Komited Tangani Isu Perumahan Anggota Koperasi Berita Penuh muka 5
MACCOPS 2019 Cipta Rantaian Kerjasama Koperasi Global Berita Penuh
muka 6
Berita Penuh Peluang Kerjasama Koperasi Laos - Malaysia
muka 7
» DATUK SERI MOHD REDZUAN MD. YUSOF, Menteri Pembangunan Usahawan
I nisiatif yang dilakukan oleh ANGKASA bagi membentuk sinergi perdagangan antara Malaysia dan China khususnya dalam industri halal amat dialu-alukan oleh kerajaan. Usahatersebutdiyakinimampumelonjakkanlagi momentum perdagangan sekaligus meningkatkan pertumbuhan ekonomi sektor koperasi. Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof berkata, kerjasama tersebut juga penting dalam usaha kerajaan untuk menggalakkan lagi produktiviti khususnya pengeluaran produk halal untuk pasaran antarabangsa khususnya di China.
Tingkat Kerjasama Koperasi Malaysia-Brunei
muka 11
Berita Penuh
bersambung di muka surat 2
2
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Produk keluaran Malaysia semakin diterima di negara luar dan situasi perkembangan ini memberi gambaran bahawa tahap kualiti produk keluaran negara sangat baik dan menepati kehendak pasaran. Kerajaan sentiasa memantau dan melakukan produk keluaran Malaysia yang memenuhi standard ‘Ready to Export’ berasaskan kepada sistem yang diguna pakai. Menurut YB Datuk Seri Mohd Redzuan, sistem penambahbaik tersebut yang dijalankan oleh Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana (SME Corp) dapat membantu kerajaan untuk membuat justifikasi selain meninjau peluang eksport berasaskan kepada permintaan pasaran khususnya dari negara-negara luar.
» Wakil dari BCA dan CM-QIP bergambar bersama Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (empat dari kiri). Turut sama ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (paling kiri). Katanya, usaha untuk membuka peluang dan ruang pemasaran pengusaha tempatan harus peka dan sentiasa meningkatkan
untuk saling berkongsi maklumat dalam apa juga kaedah seperti mewujudkan kelab atau persatuan, laman sosial khas dan lain-lain selaras dengan pengamalan nilai yang terkandung dalam prinsip koperasi kelima iaitu Pendidikan, Latihan dan Maklumat. menyenaraikan produk-produk halal koperasi yang berpotensi untuk dieksport serta membantu koperasi menyediakan platform yang sepatutnya bagi memastikan lebih banyak produk halal koperasi dapat dieksport ke China menerusi saluran yang disediakan oleh BCA-i. BCA International Sdn. Bhd. (BCA-i) diharap mampu merealisasikan matlamat ‘bilateral trade’ bagi produk halal antara Malaysia dan China. Sehubungan itu, ANGKASA di- minta supaya mengenalpasti dan
boleh dikongsi secara bersama bukan sahaja sesama warga koperasi di Malaysia, malah boleh melibatkan anggota koperasi dari negara-negara yang lain. Meskipun sudah banyak panduan dan perkongsian maklumat mampu dicapai menerusi laman sesawang dan media sosial, tidak semua yang terkandung di dalamnya benar-benar menepati dan memberikan informasi yang jelas dan sesuai dengan situasi serta kehendak kita. Justeru, warga koperasi harus mengambil inisiatif dan bersepakat ilmu pengetahuan khususnya yang berkaitan dengan teknologi pengeluaran. Ia bagi memastikan tahap kualitinya sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik, status halalnya meyakinkan pengguna dan diiktiraf,” katanya. Beliau juga berharap agar kerjasama perdagangan ini dapat membantu meningkatkan lagi jumlah perdagangan produk halal negara yang kini bernilai lebih RM45 bilion dan pendekatan oleh
sentiasa dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dari semasa ke semasa selain membantu dalam aspek penjenamaan sesuatu produk mengikut apa yang dikehendaki oleh pasaran luar. “Kita mahu meningkatkan sumbangan eksport produk halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Seterusnya bagi memastikan momentumnya terus berkembang,
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bersama Encik Gao Pu.
Dari Meja Presiden ANGKASA
W arga koperasi sering di- kaitkan dengan bilangan keanggotaannya yang ramai dan memiliki latar belakang yang saling membezakan antara satu sama lain. Namun titik kebersamaan yang terkandung dalam istilah komuniti koperasi itu sendiri telah menyatukan mereka dalam satu matlamat mengikut prinsip dan perjuangan koperasi itu sendiri. Saya terpanggil untuk mem-
bicarakan tentang bagaimana ko- muniti koperasi yang pelbagai itu boleh berkomunikasi dan berkongsi pendapat tentang pelbagai perkara menerusi satu platform dengan tujuan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkoperasi. Masih banyak perkara baharu berkaitan teknologi dalam perniagaan, rangkaian pemasaran, tips-tips dan juga panduan khusus yang masih belum dikuasai dan diamalkan. Semuanya
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Untuk Pertanyaan / Maklum Balas Hubungi Telefon : 03-78846491 Iklan : 03-78007821 (Nor Azah Abd. Aziz)
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
3
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Produk Koperasi & SME Ke Pasaran China
Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, BCA-i dan CM-QIP turut mempromosikan konsep “Two Countries Twin Park”, iaitu sebidang tanah seluas 10.11 hektar dikhaskan sebagai “China-Malaysia International Health Food Industrial Park” di Qinzhou dengan Halal Centre of Excellence untuk usahawan Malaysia menghasilkan produk di China. Katanya, ANGKASA menjangkakan nilai dagangan bagi projek tersebut adalah sebanyak RM25 juta. BCA-i juga dalam peringkat perancangan untuk membina sebuah taman perindustrian halal di Kuala Linggi, Melaka (Malacca International Halal Park) termasuk membangunkan sebuah kilang gelatin halal pertama di Asia Tenggara. Selain itu, BCA-i juga turut menjalinkan perjanjian kerjasama dengan CMQIP Jin Wo Digital Technology Co. Ltd untuk membawa produk koperasi dan SME bagi menembusi pasaran China, Taiwan, Hong Kong dan Macau. ANGKASA akan menjadi pusat sehenti untuk produk-produk koperasi yang berpotensi untuk dipasarkan di negara-negara tersebut. Menerusinya, ANGKASA akan menyenarai dan menapis produk mengikut kriteria yang ditetapkan.
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
5 koperasi dan 5 SME terlibat sebagai perintis : 1. Koperasi Insan Mulia Berhad 2. Koperasi Kandaserah Bentong Berhad 3. Koperasi Kakitangan Syarikat Dr Azizan Kedah Berhad
4. Koperasi Usahawan Groombig Berhad 5. Koperasi Keluarga Sajian Saudah Berhad 6. Tajria Food Sdn. Bhd. 7. Wonderland Primary Sdn. Bhd. 8. Farmasi Pantai Hillpark
S ebuah majlis taklimat pemasaran dan pembekalan produk halal ke negara China anjuran ANGKASA dan BCA International Sdn. Bhd. (BCA-i) telah diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 1 April lalu bagi membuka peluang perniagaan dan pemasaran produk-produk koperasi dan usahawan tempatan ke China. Objektif program tersebut juga diadakan bagi mengenal pasti produk koperasi dan usahawan yang berpotensi untuk menembusi rantaian pembekalan di China. Rakan strategik yang terlibat adalah CM-QIP, Administrative Committee dan Beijing Rou Fan Yi Neng Communication Technology Co. Ltd. » Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bersama wakil dari ANGKASA dan China merakam kenangan bersama Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
9. Minsyam Sdn. Bhd. 10. Zangyoung Sdn. Bhd.
Majlis penutup disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Turut hadir pada majlis itu ialah Executive Deputy Director General, CM-QIP Administrative Committee, Encik Gao Pu; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail; Naib- Naib Presiden, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dr. Mohd Azlan Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengarah Urusan BCA-i, Puan Mazliza Mahdzar.
4
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Teknologi Biz Centre Bantu Koperasi Tembusi Pasaran China
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
K erjasama strategik yang telah terjalin antara ANGKASA dengan BCA International Sdn Bhd (BCA-i) mampu membuka ruang dan peluang secara lebih meluas dan mudah kepada koperasi termasuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia untuk mengeksport produk halal mereka ke China. Menerusinya, kaedah atau pen- dekatan teknologi yang bakal dilak- sanakan oleh BCA-i dijangka berupaya memberi pulangan hasil sekaligus dapat menembusi pasaran halal di negara tersebut yang dianggarkan bernilai AS$21.2 bilion (RM86.5 bilion). Umum mengetahui mana-mana syarikat yang mahu memasar dan membekalkan produk mereka ke pasaran ekonomi kedua terbesar dunia itu memerlukan dana yang besar. Di sinilah teknologi memainkan peranan yang cukup besar, di mana ia mampu menghubungkan lebih 14,000 koperasi dan 900,000 pertubuhan PKS di seluruh negara dengan lebih 30 juta rakyat China yang beragama Islam. Aplikasi BizCentre dan BT yang
masing-masing dihasilkan oleh BCA-i dan rakan strategiknya, Beijing Roufan Yi Neng Communication Technology Co. Ltd. mewujudkan rantaian nilai halal antara Malaysia dengan China. Melalui ‘Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi’ (API), dua aplikasi tersebut
boleh berkongsi fungsi dan data antara satu sama lain sekaligus memudahkan hubungan antara usahawan di Malaysia dengan pengimport atau pembeli di China. Kerjasama ini juga turut melibatkan China-Malaysia Qinzhou Industrial Park
(CMQIP) yang terletak di Guangxi, China, Malaysia-China Kuantan In- dustrial Park di Pahang dan sebuah loji pembuatan bio-gelatin yang akan dibangunkan oleh Gansu Amin Bio Halal Gelatine Co Ltd. di Melaka. CMQIP yang berkeluasan 11.4
hektar terbahagi kepada empat kawasan; perindus- trian, perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kediaman. Kawasan perindustriannya memberi peluang kepada usahawan Malaysia untuk menghasilkan produk halal di China bagi menampung permintaan yang tinggi. BCA-I juga bekerjasama dengan CMQIP Jin Wo Digital Technology Co. Ltd. untuk membantu koperasi dan PKS menembusi pasaran China melalui ASEAN Eco-platform. Kerjasama tersebut merangkumi aspek informasi, perdagangan,
logistik dan pembiayaan.
CMQIP Jin Wo Digital Technology adalah sebuah agensi pemasaran berdasarkan teknologi digital yang mempunyai pengalaman yang komprehensif dalam memasarkan produk-produk halal di China, Taiwan, Macau dan Hong Kong. BCA-i juga menyarankan koperasi supaya mendaftar dengannya bagi menikmati pelbagai manfaat yang disediakan menerusi aplikasi Biz Centre. Aplikasi tersebut memiliki sembilan fungsi utama antaranya perancangan dan pemadanan perniagaan, perkhidmatan logistik dan pergudangan, pendidikan dan latihan mengenai industri halal, maklumat terkini mengenai acara semasa, perkhidmatan kewangan dan platform e-dagang. Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Biz Centre, koperasi boleh menghubungi Ketua Pegawai Operasi BCA-i, Encik Nor Fairuzan Deraman di talian 03-22806373 atau e-melkan pertanyaan menerusi fairuzan@ bcagroups.com
5
ANGKASA
ANGKASA Komited Tangani Isu Perumahan Anggota Koperasi
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
De l ega s i
pembelian perumahan ahli yang me- libatkan kakitangan awam dan ahli koperasi yang bukan kakitangan kerajaan. Turut hadir dalam pertemuan berkenaan ialah Ketua Setiausaha kementerian, Dato’ Sri Haji Moham- mad Mentek; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Haji Mohamad Azmi Omarudin, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa; Penasihat Korporat ANGKASA, Datuk Haji Md.Yusof Haji Samsudin dan Datuk Ahmad Jamil Hashim; Puan Rihatun Abbdah Meor Zainal Abidin; Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan dan Sektor Kewangan ANGKASA, Encik Mohamad Darul- nizam Md. Darus dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Haji Borhan Mat Aris.
yang diketuai P r e s i d e n ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bersama barisan kepimpinan tertinggi ANG- KASA yang lain itu bertujuan menjalinkan hubungan ker- jasama kedua- dua pihak khu- susnya dalam menangani isu berkaitan rumah
» Barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA bergambar bersama Menteri KPKT, YB Hajah Zuraidah Kamaruddin
A NGKASA komited memain- kan peranan memperkasa- kan industri perumahan negara, terutama dalam memasti- kan kebajikan dan manfaat anggota koperasi terus terpelihara. Dalam usaha merealisasikan hasrat
tersebut, satu kunjung hormat menemui Menteri Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Hajah Zuraidah Kamaruddin telah diadakan di Bangunan KPKT, Putrajaya pada 11 April lalu.
mampu milik anggota koperasi.
Antara perkara penting yang dibincangkan ialah memohon Kerajaan memudahkan pembiayaan bagi projek perumahan melibatkan koperasi dan memudahkan pinjaman pembiayaan
Koperasi Kedah Disaran Tumpu Kemajuan Ekonomi di Sempadan Thailand
Oleh : RAHMAT MOHD DID
K erajaan Negeri Kedah mengalu- alukan gerakan koperasi di negeri ini untuk merancakkan ekonomi negeri di kawasan Bukit Kayu Hitam sempadan Malaysia - Thailand. Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Mukhriz Mahathir berkata, aktiviti perniagaan di kawasan sempadan tersebut mampu menjana ekonomi setempat selain menggalakkan lagi pelaburan luar ke negeri Kedah. “ANGKASA perlu melakukan langkah proaktif dengan menjalin hubungan baik antara koperasi di Kedah dan Thailand seterusnya memberi impak kepada perkembangan ekonomi di negeri Kedah amnya dan Bukit Kayu Hitam khususnya,” katanya. Dato’ Seri Haji Mukhriz juga mahu gerakan koperasi di sini menjadi nilai tambah kepada pelbagai industri sedia ada seperti pertanian, perladangan dan perikanan sekaligus dapat membantu meningkatkan lagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri. Beliau berkata demikian sewaktu menerima kunjung hormat daripada kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’
Abdul Fattah Haji Abdullah bersama- sama kepimpinan Jawatankuasa Per- hubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah yang diketuai Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada 25 Mac lalu. Dalam pertemuan tersebut, pelbagai hasrat JPAN Kedah turut disuarakan demi kemajuan gerakan koperasi di Kedah. Antaranya me- mohon tanah pertanian untuk dijadikan ladang jagung bijirin koperasi, menjemput Menteri Besar untuk merasmikan Bangunan Baru ANGKASA Kedah dan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebang- saan yang akan berlangsung di Kubang Pasu, Kedah. ANGKASA juga memohon kera- jaan negeri memberi peluang kepada koperasi di Kedah untuk turut serta dalam projek-projek besar negeri seperti Ladang Solar dan pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) serta memohon tapak untuk membangunkan produk-produk koperasi di Sungai Petani dan Bukit Kayu Hitam. Turut hadir dalam pertemuan
tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che
Isa serta Ketua Pegawai Ekseku- tif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
» Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Mukhriz Mahathir menyampaikan cenderamata kepada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan bergambar dengan delegasi dari ANGKASA yang hadir.
ANGKASA 6 MACCOPS 2019
Cipta Rantaian Kerjasama Koperasi Global
P enganjuran Karnival Produk & Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) anjuran ANGKASA telah mencipta kejayaan tersendiri di peringkat nasional dan global menerusi penerokaan ruang perniagaan yang lebih luas melalui penyertaan gabungan koperasi antarabangsa. Melalui penganjurannya sebanyak tiga kali pada 2014, 2015 dan 2017 lalu, berjaya membuktikan bahawa MACCOPS adalah platform terbaik mempromosikan aktiviti keusahawanan koperasi. MACCOPS 2019 meneruskan fokus transfomasinya dalam mencipta penanda aras “Trade Show Event” dengan mewujudkan rantaian kerjasama gerakan koperasi negara dan global dalam pelbagai sektor ekonomi dan perniagaan. Bagi tujuan tersebut, satu Sesi Taklimat Kepada Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh telah diadakan di Menara SKM, Kuala Lumpur, 27 Mac lalu. Pertemuan tersebut juga adalah bagi memaklumkan tentang asas penubuhan dan hala tuju strategik MACCOPS serta mencadangkan strategi dan penglibatan yang boleh dijalankan oleh SKM secara lebih proaktif di MACCOPS. ANGKASA juga memerlukan sokongan SKM bagi me- mantapkan lagi proses pelaksanaan dan pasca program tersebut. Pertemuan tersebut diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah diiringi Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan pengurusan tertinggi yang lain.
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh (enam dari kiri) bersalam dengan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tujuh dari kanan) ketika kunjungan delegasi ANGKASA di Menara SKM, Damansara, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu.
Semakin Signifikan Majukan Gerakan Koperasi Fungsi ANGKASA Sebagai Badan Apeks
P encapaian dan prestasi mem- banggakan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan kope- rasi negara semakin berjaya dan meyakinkan dalam usahanya menyatu serta mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa. Reputasi baik dan kecemerlangan ANGKASA jelas memperlihatkan kehebatannya yang tersendiri dalam memastikan ANGKASA sen- tiasa relevan dalam memberikan perkhidmatan kepada negara melalui gerakan koperasi. Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi (SKM), Datuk Nordin Salleh menyatakan rasa kagum tersebut ketika sesi taklimat kepada beliau mengenai Penganjuran Karnival Produk & Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2019 bertempat di pejabatnya di Aras 11, Menara SKM, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu. Katanya, peranan ANGKASA melalui koperasi ahli jelas mem- perlihatkan kekuatan dan prestasi yang memberangsangkan selain ber- Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
hendaklah menyahut caba- ran Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof yang mahu koperasi mempelbagaikan perniagaan khususnya dalam bidang logistik, perladangan dan asas tani yang dilihat men- jamin pulangan pelaburan tinggi kepada ekonomi negara. “Seruan ini bertepatan dengan hasrat Kerajaan yang mahu melihat gerakan koperasi terus meningkatkan perolehan sehingga men- capai angka RM55 bilion menjelang tahun 2020 dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan sekaligus menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam usaha melonjakkan pencapaian sektor koperasi negara,” katanya.
» Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh menyatakan sesuatu ketika Sesi Taklimat MACCOPS 2019 yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah.
jaya membuktikan fungsinya sebagai badan apeks yang signifikan kepada memajukan gerakan koperasi di Malaysia khususnya dalam aspek sosioekonomi. “SKM akan sentiasa menyokong segala usaha yang dilaksanakan ANGKASA dan sedia memberi kerjasama secara konstruktif serta kolektif supaya masa depan
gerakan koperasi terus gemilang. Saya yakin ekosistem pembangunan koperasi akan terus berkembang dan imej sektor koperasi akan terus diperkukuh selari dengan prestasinya,” katanya. Beliau turut yakin bahawa kemajuan dan kejayaan mampu dicetuskan oleh sektor koperasi dengan kekuatan anggota berjumlah 6.5 juta orang. Menurut beliau, sektor koperasi
7
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Peluang Kerjasama Koperasi Laos - Malaysia
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail memberi penerangan tentang produk koperasi Malaysia kepada delegasi Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos.
D elegasi Kementerian Per- tanian dan Perhutanan Laos berharap kunjungan yang telah diadakan ke ibu peja- bat ANGKASA di Kelana Jaya pada 8 April 2019 bukan sekadar kun- jungan biasa, sebaliknya menjadi titik permulaan kepada peluang kerjasama dalam pelbagai aktiviti dengan koperasi-koperasi di Malay- sia melalui ANGKASA. Director of Co-op Promotion Division, Department of Rural Development Co-ops, Mr. Seng Paseuth Rasabandith yang men- getuai kunjungan tersebut berkata, kunjungan ke ANGKASA dan juga beberapa koperasi yang terlibat dalam bidang berimpak tinggi di Malaysia benar-benar membuka mata delegasi mengenai kemam- puan koperasi untuk menyum- bang kepada pembangunan sosio- ekonomi masyarakat. Beliau berkata, kunjungan ke Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad di Tanjong Karang, Selangor membawa kepada per- tukaran pandangan dan idea
antara beliau dengan 17 delegasi yang lain men- genai kaedah untuk mengaplikasikan program homestay yang dilihat begitu berjaya di Malaysia ke negara mereka sendiri. Kunjungan delegasi Laos ke ANGKASA merupakan sebahagian daripada la- watan kerja yang telah berlangsung sejak 6 April 2019 dan dihoskan oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA. Turut sama dalam pertemuan tersebut ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKA- SA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA), Dato’ Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Setiausaha Agung ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Paduka Hanapi Suliman. » Delegasi Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos melakukan aktiviti memancing yang diselia oleh Koperasi Homestay Sungai Sireh di Tanjong Karang.
» Mr. Seng Paseuth Rasabandith mengetuai delegasi Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos.
» Delegasi Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos melawat Galeri Inovasi dan Teknologi Padi MARDI Sungai Sireh di Tanjung Karang, Selangor.
» Delegasi Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos membuat lawatan ke Koperasi Serbaguna Iman Berhad (Iman Farm) Hulu Langat, Selangor.
» Delegasi Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos melawat pusat pengumpulan sawit kampung Sungai Sireh di Tanjung Karang, Selangor.
PERSIDANGAN NEGERI 2019
8
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Kelantan
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Terengganu
Pengerusi
:
Wan Mohamad Zain Wan Abdullah
Pengerusi
:
Haji Mohamed Yusoff
Timbalan Pengerusi :
Mohd Zin Halim
Timbalan Pengerusi :
Haji Yaakub Mohd @Abdul Mutalib Mat Haji Alias @ Abdul Karim Mustaffa Haji Shikh Badrudden Shikh Ismail Haji Che Abdullah Haji Che Muda
Setiausaha Bendahari
: : : : : : : :
Mohamed Azami Mohamed Salleh Haji Mohd Azam Othman
Setiausaha Bendahari
: : : : : : : : :
Ahli Jawatankuasa :
Haji Ibrahim Isa
Ahli Jawatankuasa :
Haji Ab. Kadir Ya’acob Mohd Faizun Yaacob Haji Zakaria Junoh Haji Zainal Othman
Hajah Esah Omar
Haji Mohamad Rani Mohamad Dr. Haji Ibrahim Hussin
Haji Shamsudin Ismail
Wan Ahmad Kamal Wan Noh Haji Mohd Zainudin Othman
Wan Ahmad Nadzri Wan Abdullah
Hajah Rosnida Awang Haji Othman Muda
Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34
Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34
1. Haji Nik Zainal Nik Sulaiman
2. Prof. Dr. Mohamed Saat Ismail
1. Haji Ismail Muda
2. Encik Ma’az Muda
Koperasi Sek. Men. Keb. Pangkal Kalong Kota Bharu Berhad
Koperasi Warga USM Kelantan Berhad
Koperasi PEKA Malaysia Berhad
Koperasi Penternak Terengganu Berhad
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Wilayah Persekutuan
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Kedah
Pengerusi
:
Haji Zulkifli Jamaludin Haji M Nasir Ramli Encik Mohd Najib Abd Latiff Datuk Lo Kong Boon Encik Mohd Shapie Idris
Pengerusi
:
Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh Haji Mohd Hanizan Zalazilah. Haji Alimen Ahmad Haji Abdullah Man Haji Anuar Ibrahim Hajah Hanida Habil Dato’ Haji Mat Rejab Kassim Haji Mohamad Khozali Junus Haji Mohd Shukri Hassan Haji Yaacob Hassan Haji Ghazali Omar
Timbalan Pengerusi :
Timbalan Pengerusi :
Setiausaha Bendahari
: : : : : : : : :
Setiausaha Bendahari
: : : : : : : : :
Ahli Jawatankuasa :
:
Ahli Jawatankuasa :
Puan Sharifah Aminah Syed Mohssain Encik Mohd Roszeli Majid Encik Mohd Azham Abdul Jabar
Puan Sariah Md Dom Encik Mustapha A. Jalil
Datuk Haji Abdul Razak Hussain Encik Mohd Razman Datuk Seri Rahim
Haji Zahri Zakaria
Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34
Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34
1. Encik Raja Hang Tuah Raja Iskandar Koperasi Tenaga Nasional Berhad
2. Encik Mohd Fadzil Abdul Ghani
1. Haji Aarif Abdullah
2. Haji Rashidi @ Abdullah Dato’ Mohd Sham Koperasi Kampung Rambai Pendang Berhad
Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad
Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman Berhad
3. Puan Rosnah Ismail
Koperasi Usahanita Muslimat Berhad
PERSIDANGAN NEGERI 2019
9
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Perlis
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Sarawak
Pengerusi
:
Haji Ismail Hashim Haji Sahimi Shari Haji Aziz Ariffin Haji Ashikin Talib Haji Arshad Bahari
Pengerusi
:
Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin
Timbalan Pengerusi :
Timbalan Pengerusi :
Encik Majeri Li Encik Ajiji Fauzan
Setiausaha Bendahari
: : : : : : : : :
Setiausaha Bendahari
: : : : : : : : :
Haji Kamaruzzaman Ahmad Sharai.
Encik Mohd Ridzuan Abdullah
Ahli Jawatankuasa :
Ahli Jawatankuasa :
Puan Hajah Dayang Mariam Haji Abang Mustapha
Encik Gapor Haji Isa Encik Wee Hock Sen Puan Ann Nuli Haji Ramli Bakri
Hajah Siti Zawiyah Ahmad Haji Hasnan Abdul Kudus Encik Mohd Yusof Man
Puan Fatimah Su Haji Zain Din
Encik Raja Zahari Raja Yusof Cik Hajah Bibah Morshidi
Puan Rusmina Hamzah
Encik Awang Ali Hassan Awang Sabtu
Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34
Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34
1. Haji Abd Aziz Abd. Karim
2. Encik Nordin Othman
1. Encik Awang Magerib Awang Anie Koperasi Perpaduan Ummah Barakah Sri Aman Berhad
2. Encik Fatihi Hambali
Koperasi Anggota LPP/PP Perlis Berhad
Koperasi Kariah Masjid Tun Abdul Razak Perlis Berhad
Koperasi KOPERKASA Berhad
3. Puan Hairani Shafie
Koperasi Kebangsaan Melayu Sarawak Berhad
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Johor
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Melaka
Pengerusi
:
Haji Sazali Abd. Hamid Haji Yaakub Muda Encik Abdul Fadzil Hussin Haji Zainal Haji Arshad Encik Md. Diah Yusof Mariam Kathiman Haji Shaharudin Mohd. Salleh Haji Abdul Razak Yaacob Dr. Hajah Hayati Md. Salleh Prof. Madya Dr. Razali Hassan Haji Abdul Halim Ibrahim Encik Azhari Basiron
Pengerusi
:
Haji Muslim Md. Shah Haji Ab. Rahim Md. Tawel Hajah Norhalinda Yunos Encik Suhaimi Haji Ahmad Hajah Norliyen Ahmad Haji Abdul Halim Haji Maidin Hajah Norsiah Ab. Rahman Encik Jumat Mat Lani Haji Ramli Maarof Hajah Rosnani Haji Arshad Encik Mohd Yusri Seman Datuk Hajah Zaleha Bujang Encik Jamal Ibrahim
Timbalan Pengerusi :
Timbalan Pengerusi :
Setiausaha Bendahari
: : : : : : : : :
Setiausaha Bendahari
: : : : : : : : : :
Ahli Jawatankuasa :
Ahli Jawatankuasa :
Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34
1. Haji Paridul Talib
2. Hajah Soofiah Haji Bahanan
Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34
Koperasi Guru-Guru Melayu Muar Berhad
Koperasi Pekebun Kecil Daerah Muar Berhad
1. Puan Masura Ahmad
2. Haji Abdul Halim Osman
3. Haji Md. Yusos Sahit Koperasi Guru-Guru dan Kakitangan Kerajaan Panchor Muar Berhad
Koperasi Jasin Melaka Berhad
Koperasi Keluarga Hajah Mariam Haji Tanggun Melaka Berhad
ANGKASA 10
MyANGKASA Amanah Berhad Jadi Pemegang Amanah Dana Malaysian Relief Agency
P rogram Kerjaya Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2019 anjuran Yayasan ANGKASA dilihat sebagai platform penting dalam usaha untuk memberi pendedahan selain mempersiapkan pelajar bagi menempuhi alam pekerjaan. Seramai 35 orang pelajar semester akhir, yang mengikuti pengajian ijazah di universiti tempatan hadir dalam program tersebut yang berlangsung selama dua hari (13 dan 14 April 2019) di Hotel Aliya, Klang, Antara topik yang dibincangkan merangkumi aspek keusahawanan sebagai kerjaya, pembangunan kerjaya, panduan berkhidmat di sektor awam dan swasta serta program simulasi. Majlis perasmian penutupan dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Yayasan ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Ketua Jurulatih Koperasi DPA 5181 Berhad, Dato Dr Ismail Alias. M yANGKASA Amanah Ber- had (MAAB) telah menan- datangani satu Memoran- dum Persefahaman (MoU) dengan Malaysian Relief Agency (MRA) sebagai tanda kerjasama strategik bagi urus tadbir Akaun Amanah dan aktiviti kebajikan MRA. Menerusi kerjasama tersebut, MRA bersetuju untuk menanda- tangani Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) bagi menyimpan selamat dana infaq, derma dan sumbangan daripada pelbagai pihak di dalam sebuah akaun khas MAAB. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, lang- kah MRA melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah adalah tepat dan selari dengan usaha mereka untuk memastikan dana yang ditadbir bagi agihan programnya disimpan selamat mengikut Akta Syarikat Amanah 1949. “Selain itu, keyakinan penyum- bang dana MRA dan orang ramai juga semestinya akan bertambah selepas ini,” katanya. Oleh : RAHMAT MOHD DID
Menurut beliau sehingga kini, MAAB telah mentadbir empat fail amanah berjumlah RM7 juta. Jumlah fail dan dana amanah ini dijangka meningkat kepada RM18 juta dengan tambahan fail baharu seperti MRA dan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Ber- had selepas ini. “MAAB juga turut menjalin ker- jasama strategik dengan institusi ke- wangan, GLC dan koperasi-koperasi.
» Pengerusi MAAB merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan (lima dari kanan) bertukar dokumen dengan Timbalan Presiden MRA, Haji Khairil Annuar Khalid (lima dari kiri) sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.
Setakat ini, MAAB telah menyimpan sebanyak 73,000 wasiat yang ber- nilai RM 21.9 bilion,” jelasnya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; barisan Ahli Lembaga Pengarah MAAB iaitu Dato’ Dr Adnan Alias, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh, Encik Mohd Darulnizam Mat Darus dan Haji
Abdullah Muhamad; Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz; Setiausaha Agung MRA, Dr. Shahrizal Azwan Samsudin dan Bendahari MRA, Dato’ Shakir Husein Kalid.
Yayasan ANGKASA Bantu Pelajar Bentuk Kerjaya Masa Depan Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
» Dato Abdul Fattah Abdullah dan tetamu lain merakam kenangan bersama peserta program.
» Majlis penyampaian cenderamata kepada peserta program oleh Dato Abdul Fattah Abdullah.
» Simulasi temuduga kerja antara peserta dengan pihak konsultan.
» Majlis penyampaian cenderamata kepada peserta program oleh Dato Abdul Fattah Abdullah.
11 KOPERASI
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
P rogram pemasaran beras jenama Melati keluaran Konsortium Koperasi Tanaman Padi Negeri Perlis Berhad terus diperkasa apabila termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara konsortium tersebut dengan Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Kedah Berhad pada 31 Mac lalu. Majlis MoU tersebut berlangsung di kilang pembungkusan beras milik konsor-tium berkenaan di Padang Lati, Kangar, Perlis. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyatakan rasa bangga dan yakin bahawa kerjasama tersebut dapat membantu konsortium untuk melonjakkan lagi kapasiti pengeluaran beras tersebut kepada sekurang- kurangnya lapan tan sehari. Konsortium koperasi ini telah memiliki lesen pembungkusan dan pemborongan beras dengan kuota semasa sebanyak 233 metrik tan. Katanya lagi, ANGKASA sentiasa memantau aspek kualiti dan pengeluaran serta perkembangan program pemasarannya dalam memastikan stok sentiasa mencukupi untuk memenuhi permintaan serta pengedaran di seluruh Semenanjung. Antara yang hadir menyaksikan majlis MoU tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, YB Tuan Azizan Sulaiman; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis, Haji Ismail Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Pasaran Beras Melati Terus Diperhebat
» Beras jenama Melati dipek dalam dua saiz iaitu 5 kilogram dan 10 kilogram.
» Majlis menandatangani MoU antara Pengerusi Konsortium Tanaman Padi Negeri Perlis Berhad, Haji Othman bin Jaya dan Timbalan Pengerusi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Kedah Berhad, Encik Mohd Nasaruddin Abu Hassan disaksikan oleh YB Tuan Azizan Sulaiman, ADUN Santan.
» Mesin pembungkusan beras yang dibekalkan oleh ANGKASA menerusi skim pinjaman Qadrul Hassan.
Tingkat Kerjasama Koperasi Malaysia-Brunei
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
P eluang pasaran produk dan perkhid- matan antara koperasi di Malaysia dan Brunei boleh dipertingkat menerusi jalinan kerjasama kukuh dan kesepakatan dalam mewujudkan rantaian perdagangan yang lebih baik. Peluang tersebut wujud selepas wakil dari Negara Brunei Darussalam hadir ke Wisma Ungku A. Aziz, ANGKASA pada 28 Mac lalu. Delegasi Brunei diketuai Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Perindustrian), Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian yang juga merupakan Pendaftar Koperasi-Koperasi Negara Brunei Darussalam, YM Dayang Hajah Tutiaty Haji Abdul Wahab. Beliau diiringi dua pegawainya dari Unit Pembangunan Koperasi. Kehadiran mereka disambut oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan diberi penerangan tentang peranan ANGKASA sebagai badan apeks
gerakan koperasi di Malaysia dan penglibatan ANGKASA di peringkat ASEAN dan global. Selain mengadakan perbincangan tentang kerjasama pasaran produk koperasi, YM Dayang Hajah Tutiaty juga turut menyatakan minat untuk mempelajari pendekatan yang dijalankan oleh ANGKASA dalam membangunkan koperasi sekolah serta penglibatan koperasi di Malaysia dalam sektor-sektor peneraju utama terutamanya sektor peruncitan. Turut sama ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Dr Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Timbalan Pengarah Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Faridatul Hanim Mohd Johan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Hajah Roszurina Haji Omar.
» Majlis penyerahan cenderamata antara kedua-dua belah pihak.
» Penyampaian taklimat mengenai ANGKASA oleh Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
IKM 12
Anjur Kursus Pengacaraan Majlis INSTITUT KOPERASI MALAYSIA
kepada pengacaraan majlis, kriteria dan penampilan pengacara yang hebat, penyediaan teks dan skrip majlis dan teknik kawalan pengendalian majlis. Penceramah terdiri daripada pensyarah Institut Koperasi Malaysia dan penceramah jemputan. Penceramah jemputan yang dijemput ialah Cik Norish Hassan daripada Norish Emcees & Event Production (NEEP). Selain itu, para peserta juga turut diberikan peluang untuk mencuba latihan sebagai pengacara majlis. Cik Norish Hassan juga turut menekankan kepada para peserta tentang tugas dan peranan sebagai peng- acara majlis bukanlah semudah yang disangkakan. Seseorang itu perlulah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pengacaraan majlis. Kerjaya sebagai pengacara majlis bukanlah suatu yang baharu di Malaysia, malah ada yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan. Pada akhir kursus, para peserta telah diberikan tugasan bagi mengacara sebuah majlis dan diminta untuk mempersembahkan di hadapan rakan-rakan. Tugasan yang diberikan adalah bertujuan untuk melihat kefahaman dan pengetahuan peserta sepanjang berkursus selama dua hari di sini. Sementara itu, salah seorang peserta yang mengikuti kursus ini Puan Zamanila Tukimin dari Koperasi Ibu Bistari Melaka Berhad berkata, melalui penganjuran kursus seperti ini diharap dapat diteruskan lagi di masa hadapan kerana dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta. Selain itu, ia juga membolehkan para peserta untuk mengenali antara satu sama lain dan bertukar-tukar pendapat dalam memajukan koperasi masing-masing. Akhirnya, diharapkan segala ilmu pengetahuan yang ditimba dan diperoleh sepanjang berlangsungnya Kursus Pengacaraan Majlis ini akan digunakan dengan sebaiknya oleh para peserta dan seterusnya dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang pengacaraan majlis pada masa hadapan.
» Penceramah jemputan Cik Norish Hassan sedang menyampaikan ceramah.
Oleh : MUHAMMAD AFNAN BIN HASIM Pensyarah Institut Koperasi Malaysia I nstitut Koperasi Malaysia (dahulunya dikenali sebagai MKM) melalui Pusat Pengurusan Perniagaan telah mengadakan Kursus Pengacaraan Majlis yang bertempat di Bilik Bunga Raya, Institut Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor. Objektif kursus tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang asas-asas protokol pengacaraan majlis, seterusnya kefahaman tentang aspek pengacaraan majlis dan memberi pengetahuan tentang mengacara serta mengendalikan sesebuah majlis. Seramai 31 orang yang terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Pengurusan Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi, Jawatankuasa Kecil Koperasi dan anggota koperasi dari seluruh negara
telah mengikuti kursus tersebut bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran. Para peserta terdiri dari pelbagai lapisan peringkat umur dan latar belakang aktiviti koperasi yang berbeza. Antara topik yang disentuh adalah seperti pengenalan
» Peserta sedang mengadakan perbincangan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.
RENCANA 13
PENGURUSAN CUKAI KOPERASI : PENGENALAN KEPADA CUKAI KOPERASI Oleh : MOHD KAMARUL BIN MOHD MUSTAFA Pegawai Kerja Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA
cukai dan selepas lima tahun, koperasi masih lagi tidak perlu membuat pembayaran cukai kecuali apabila koperasi dibawah Kumpulan Wang Ahli telah mencapai pendapatan sebanyak RM750,000 atau lebih. Kedua-dua pelepasan cukai ini dinyatakan di dalam Subperenggan 12(1) Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967. Statistik Cukai Koperasi Jadual 1 : Statistik koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan koperasi yang aktif.
5. Bagi merealisasikan tujuan ini, ANGKASA telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program “Program Pengakuan Sukarela” dengan kerjasama LHDN bertempat di pejabat LHDN setiap negeri seluruh negara sedang berlangsung sehingga 30 Jun 2019. 6. Seterusnya program ini juga akan dipanjangkan ke setiap Persidangan Negeri ANGKASA di 14 buah negeri termasuk dua zon di Pahang. 7. Dijangkakan juga satu program Pengiraan Cukai Koperasi yang diuruskan oleh LHDN sendiri turut akan diadakan kelak.
Pengenalan Tonggak kejayaan sesebuah koperasi adalah hasil daripada kekuatan pentadbiran dan pengurusan koperasi, kerja kuat Anggota Lembaga yang telah dilantik juga peranan kakitangan koperasi yang memberi sokongan padu untuk menentukan agar koperasi berjalan lancar dan baik dari segi aktiviti mahupun produktiviti. Apabila koperasi bergerak lancar maka koperasi akan dapat mencapai matlamat anggota untuk meraih keuntungan melalui dividen yang diterima. Sewajarnya koperasi perlu mengetahui bahawa apabila adanya sumber pendapatan, koperasi perlu menunaikan kewajipan untuk membayar cukai pendapatan. Cukai pendapatan digunakan untuk pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan lain-lain. Cukai Koperasi dan Jenis Cukai Apa itu cukai koperasi? Cukai koperasi adalah cukai yang dikenakan ke atas pertubuhan atau badan yang bermastautin dan memperoleh pendapatan di Malaysia iaitu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502). Cukai seringkali disalahertikan oleh sesetengah masyarakat malah ia dianggap sebagai sesuatu yang membebankan. Sekadar renungan apabila kita membayar cukai, kesannya amat besar terhadap pembangunan negara. Sedar atau tidak hasil kutipan cukai dapat membantu kerajaan mentadbir negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi mensejahterakan rakyat. Pada tahun 2018 kerajaan mengumumkan kutipan kasar cukai langsung adalah sebanyak RM137.035 bilion. Ini adalah peningkatan sebanyak 11.13% berbanding tahun 2017. Di Malaysia terdapat dua jenis cukai iaitu cukai secara langsung seperti cukai pendapatan yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Cukai tidak langsung yang akan diuruskan oleh Kastam.
Tahun
Berdaftar
Aktif
2018
3,634
2,742
Jadual 4 : Senarai Program Talimat Pengakuan Sukarela yang telah dijalankan oleh ANGKASA dengan kerjasama LHDN yang lalu.
2017
3,534
2,643
2016
3,477
2,476
Bil
Tarikh
Tempat
1.
26 Februari 2019 Pejabat LHDN Pahang
Jadual 2 : Statistik Cukai Koperasi
2.
26 Februari 2019 Pejabat LHDN Terengganu
Tahun Taksiran
Jum. Koperasi yang menghantar BNCP
Jum. Koperasi Yang Dikenakan Cukai
Jumlah Cukai
3.
26 Februari 2019 Hotel Perdana Taiping, Perak
2017 2016 2015
632 621 612
172 178 189
170.91 juta 74,48 juta 82,99 juta
4.
26 Februari 2019 Hotel Sutera,Negeri Sembilan
5.
27 Februari 2019 Hotel Kobemas Melaka
6.
27 Februari 2019 Pejabat LHDN Cawangan Sungai Petani, Kedah
Jadual 3 : Kadar cukai koperasi yang dikenakan adalah seperti berikut:
Pendapatan Bercukai (RM)
Tahun Taksiran
7.
13 Mac 2019
Pejabat LHDN Johor
2014
2015 -2018
1 – 30,000
0% 5%
0% 5%
Kesimpulan Kesimpulannya, anggota koperasi perlu dididik dalam bidang percukaian untuk meningkatkan nilai koperasi kerana koperasi adalah antara pembayar cukai. Ilmu pengetahuan berkaitan percukaian ini dilihat sebagai satu keperluan kepada anggota-anggota koperasi kerana mereka turut terlibat dalam soal percukaian dan harus didedahkan dengan maklumat berkaitan percukaian. Walaupun koperasi banyak dikecualikan daripada cukai pendapatan, namun untuk terus berdaya maju dan cemerlang koperasi perlu berusaha untuk mencapai tahap sehingga layak dikenakan cukai.
30,001 - 60,000 60,001 - 100,000 100,000 - 150,000 150,000 - 250,000 250,001 - 500,000 500,001 - 750,000 Melebihi 750,000
10% 15% 20% 22% 24% 25%
10% 15% 18% 21% 23% 24%
Peranan ANGKASA ANGKASA sebagai badan puncak koperasi di Malaysia telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan LHDN membantu dalam memberi kesedaran dan kefahaman kepada koperasi akan kepentingan cukai dan ianya telah dilakukan melalui perlaksanaan program yang dikenali sebagai “Program Taklimat Pengakuan Sukarela” yang telah dilaksanakan di tujuh buah negeri bermula pada 26 Februari sehingga 13 Mac 2019. Ia ini adalah sebahagian daripada hasil langkah pro- aktif ANGKASA dengan menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ada 21 November 2018. Taklimat Pengakuan Sukarela ini adalah bertujuan bagi memberi maklumat kepada koperasi tentang Program Khas Tawaran Pengakuan Sukarela yang sedang dijalankan oleh LHDN sejak 3 November 2018 sehingga 30 Jun 2019. Program ini memberi fokus kepada : 1. Koperasi atau anggota koperasi yang belum pernah membuat pendaftaran cukai. 2. Koperasi atau anggota koperasi yang telah ber- daftar namun belum pernah mengemukakan BNCP. 3. Koperasi atau anggota koperasi yang telah mengemukakan BNCP tetapi tidak melaporkan pendapatan / keuntungan pelupusan aset yang betul bagi mana-mana tahun taksiran. 4. Pembayar duti yang belum membuat penye- teman surat cara melebih enam bulan selepas tempoh penyeteman, koperasi yang berkenaan perlu mengambil manfaat dari program ini bagi mengelakkan mereka dikenakan penalti sehingga 300% selepas tempoh program ini berakhir pada 30 Jun 2019.
Gambarajah 1 : Manfaat Cukai untuk Kesejahteraan Rakyat
Rujukan l Ahmad Shahir Makhtar. (2007, Mei). Paradigma Pengurusan Institusi Zakat: Pengalaman Lembaga Zakat Selangor. Kertas kerja dibentangkan sewaktu persidangan zakat dan cukai peringkat kebangsaan, PWTC, Kuala Lumpur. l Akta Cukai Pendapatan 1967, Pub. L. No. Akta 53 (2006). Malaysia: Percetakan Nasional Malaysia. Berhad. l Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (2011). Ketetapan Umum No. 9/2011.
Dalam melaksanakan tanggungjawab syarikat- syarikat korporat, swasta, perniagaan kecil dan sederhana membayar cukai pendapatan, sektor koperasi juga tidak ketinggalan menyumbang pembayaran cukai kepada kerajaan sepertimana yang telah termaktub dalam Seksyen 65A Akta Cukai Pendapatan 1967. Mengikut data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun 2017, sumbangan bayaran cukai dari sektor koperasi adalah sebanyak RM74.48 juta dan meningkat kepada RM170.91 juta iaitu 129.47% pada tahun 2018. Pada tahun 2017 juga, sebanyak 632 buah koperasi telah membuka fail dengan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada LHDN, hanya 172 buah koperasi sahaja yang dikenakan cukai. Namun begitu bagi koperasi yang usia penubuhannya kurang daripada lima tahun tidak akan dikenakan
ANGKASA 14
Program Khas Pengakuan Sukarela Kepada Koperasi
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
A NGKASA terus komited bekerja- sama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam pelbagai perkara berkaitan percukaian dalam usaha untuk memberikan kesedaran mengenai kepentingan pen- gurusan cukai koperasi secara lebih efisien. Inisiatif tersebut adalah hasil daripada kerjasama yang terjalin menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak yang telah berlangsung pada November tahun lalu di Menara Hasil, Cyberjaya yang antara lain bertujuan membantu meningkatkan manfaat koperasi melalui pengecualian cukai bagi kesan yang lebih menyeluruh. Penganjuran Sesi Taklimat Prog- ram Khas Pengakuan Sukarela Kepada Koperasi (PKPS) yang berjalan baru- baru ini merupakan sebahagian dari- pada inisiatif berterusan ANGKASA untuk menggalakkan pembayar cukai terutamanya sektor koperasi tampil secara sukarela melaporkan pendapatan dan membayar cukai dalam tempoh yang sepatutnya. Program khas itu juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pembayar cukai melaporkan pendapatan
yang sepatutnya. Sesi taklimat tersebut membabitkan Zon Timur; Zon Utara; Zon Selatan dan Selangor serta Kuala Lumpur. Tempoh pelaksanaan Pengakuan Sukarela ini boleh dibuat pada bila-bila masa mulai 3 November 2018 sehingga 30 Jun 2019 dan terbuka kepada semua kategori pembayar cukai. Menerusinya, pembayar cukai termasuk sektor koperasi didedahkan seperti : a) Pembayar cukai tidak pernah berdaftar dengan LHDNM. b) Pembayar cukai berdaftar dengan LHDNM dan belum mengemuka- kan BNCP/BNP/BNCKHT bagi mana-mana tahun taksiran. c) Pembayar cukai yang telah menge- mukakan BNCP/BNP/ BNCKHT tetapi tidak melaporkan pendapa- tan/keuntungan pelupusan aset dengan betul bagi mana-mana tahun taksiran. d) Pembayar duti yang belum mem- buat penyeteman surat cara me- lebihi enam (6) bulan selepas tempoh penyeteman.
» Seramai 45 peserta daripada 20 koperasi sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis mengikuti taklimat di LHDN Cawangan Sungai Petani, Kedah bergambar bersama Eksekutif Hasil, Unit Majikan & Profiling LHDN Kuala Lumpur, Encik Mohd Firdaus Suib (lima dari kanan) dan Eksekutif Hasil, Unit Amanah & Koperasi Cawangan Pembayar Cukai Besar, LHDN Kuala Lumpur, Encik Nazim Patin (lima dari kiri) pada 27 Februari lalu.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Khas ini, boleh hubungi:
i) Pejabat LHDNM yang berdekatan; ii) Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau 603-7713 666 (Luar Negara); atau iii) E-mel: pengakuan sukarela@ hasil.gov.my.
» Eksekutif HASIL Kanan 1LHDNM, Puan Norhayati Mat Nor menyampaikan Taklimat Program Khas Pengakuan Sukarela Kepada Koperasi di Taiping, Perak.
SKM Komited Bantu Koperasi Hartanah Untuk Berjaya
Oleh : RAHMAT MOHD DID
S ebanyak 13 buah koperasi hartanah dari seluruh negara hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelaksana Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan Koperasi yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Berhad (SKM) di ibu pejabatnya pada 15 April 2019 yang lepas. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) SKM, Haji Zazali Haron. Agenda mesyuarat termasuk Prestasi Pencapaian Perolehan Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan 2016-2018, Sasaran Perolehan Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan 2019, Program Mentoring dan Coaching SKM, Pembangunan Coop City Tamarind Square, Cyberjaya, Pembentangan
dan Hala Tuju Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad, Isu dan Permasalahan Semasa Sektor Har- tanah dan Industri Pembinaan dan hal-hal lain. Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh turut hadir meluangkan masa berkongsi tentang hala tuju SKM dalam memajukan gerakan koperasi di masa akan datang. Wakil ANGKASA yang hadir termasuk Naib Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA Dato’ Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Dato’ Azih Muda dan Haji Sazali Abd. Hamid.
» Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh (tiga dari kiri) menerangkan tentang visinya untuk menjenamakan semula gerakan koperasi di Malaysia seterusnya mencipta kejayaan di dalam dan luar negara.
» Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) SKM, Haji Zazali Haron (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelaksana Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan Koperasi kali pertama.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease