Wadah PELANCAR Edisi Mei 2019

ANGKASA 10

MyANGKASA Amanah Berhad Jadi Pemegang Amanah Dana Malaysian Relief Agency

P rogram Kerjaya Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2019 anjuran Yayasan ANGKASA dilihat sebagai platform penting dalam usaha untuk memberi pendedahan selain mempersiapkan pelajar bagi menempuhi alam pekerjaan. Seramai 35 orang pelajar semester akhir, yang mengikuti pengajian ijazah di universiti tempatan hadir dalam program tersebut yang berlangsung selama dua hari (13 dan 14 April 2019) di Hotel Aliya, Klang, Antara topik yang dibincangkan merangkumi aspek keusahawanan sebagai kerjaya, pembangunan kerjaya, panduan berkhidmat di sektor awam dan swasta serta program simulasi. Majlis perasmian penutupan dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Yayasan ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Ketua Jurulatih Koperasi DPA 5181 Berhad, Dato Dr Ismail Alias. M yANGKASA Amanah Ber- had (MAAB) telah menan- datangani satu Memoran- dum Persefahaman (MoU) dengan Malaysian Relief Agency (MRA) sebagai tanda kerjasama strategik bagi urus tadbir Akaun Amanah dan aktiviti kebajikan MRA. Menerusi kerjasama tersebut, MRA bersetuju untuk menanda- tangani Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) bagi menyimpan selamat dana infaq, derma dan sumbangan daripada pelbagai pihak di dalam sebuah akaun khas MAAB. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, lang- kah MRA melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah adalah tepat dan selari dengan usaha mereka untuk memastikan dana yang ditadbir bagi agihan programnya disimpan selamat mengikut Akta Syarikat Amanah 1949. “Selain itu, keyakinan penyum- bang dana MRA dan orang ramai juga semestinya akan bertambah selepas ini,” katanya. Oleh : RAHMAT MOHD DID

Menurut beliau sehingga kini, MAAB telah mentadbir empat fail amanah berjumlah RM7 juta. Jumlah fail dan dana amanah ini dijangka meningkat kepada RM18 juta dengan tambahan fail baharu seperti MRA dan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Ber- had selepas ini. “MAAB juga turut menjalin ker- jasama strategik dengan institusi ke- wangan, GLC dan koperasi-koperasi.

» Pengerusi MAAB merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan (lima dari kanan) bertukar dokumen dengan Timbalan Presiden MRA, Haji Khairil Annuar Khalid (lima dari kiri) sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.

Setakat ini, MAAB telah menyimpan sebanyak 73,000 wasiat yang ber- nilai RM 21.9 bilion,” jelasnya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; barisan Ahli Lembaga Pengarah MAAB iaitu Dato’ Dr Adnan Alias, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh, Encik Mohd Darulnizam Mat Darus dan Haji

Abdullah Muhamad; Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz; Setiausaha Agung MRA, Dr. Shahrizal Azwan Samsudin dan Bendahari MRA, Dato’ Shakir Husein Kalid.

Yayasan ANGKASA Bantu Pelajar Bentuk Kerjaya Masa Depan Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

» Dato Abdul Fattah Abdullah dan tetamu lain merakam kenangan bersama peserta program.

» Majlis penyampaian cenderamata kepada peserta program oleh Dato Abdul Fattah Abdullah.

» Simulasi temuduga kerja antara peserta dengan pihak konsultan.

» Majlis penyampaian cenderamata kepada peserta program oleh Dato Abdul Fattah Abdullah.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease