11 KOPERASI
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
P rogram pemasaran beras jenama Melati keluaran Konsortium Koperasi Tanaman Padi Negeri Perlis Berhad terus diperkasa apabila termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara konsortium tersebut dengan Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Kedah Berhad pada 31 Mac lalu. Majlis MoU tersebut berlangsung di kilang pembungkusan beras milik konsor-tium berkenaan di Padang Lati, Kangar, Perlis. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyatakan rasa bangga dan yakin bahawa kerjasama tersebut dapat membantu konsortium untuk melonjakkan lagi kapasiti pengeluaran beras tersebut kepada sekurang- kurangnya lapan tan sehari. Konsortium koperasi ini telah memiliki lesen pembungkusan dan pemborongan beras dengan kuota semasa sebanyak 233 metrik tan. Katanya lagi, ANGKASA sentiasa memantau aspek kualiti dan pengeluaran serta perkembangan program pemasarannya dalam memastikan stok sentiasa mencukupi untuk memenuhi permintaan serta pengedaran di seluruh Semenanjung. Antara yang hadir menyaksikan majlis MoU tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, YB Tuan Azizan Sulaiman; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis, Haji Ismail Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Pasaran Beras Melati Terus Diperhebat
» Beras jenama Melati dipek dalam dua saiz iaitu 5 kilogram dan 10 kilogram.
» Majlis menandatangani MoU antara Pengerusi Konsortium Tanaman Padi Negeri Perlis Berhad, Haji Othman bin Jaya dan Timbalan Pengerusi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Kedah Berhad, Encik Mohd Nasaruddin Abu Hassan disaksikan oleh YB Tuan Azizan Sulaiman, ADUN Santan.
» Mesin pembungkusan beras yang dibekalkan oleh ANGKASA menerusi skim pinjaman Qadrul Hassan.
Tingkat Kerjasama Koperasi Malaysia-Brunei
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
P eluang pasaran produk dan perkhid- matan antara koperasi di Malaysia dan Brunei boleh dipertingkat menerusi jalinan kerjasama kukuh dan kesepakatan dalam mewujudkan rantaian perdagangan yang lebih baik. Peluang tersebut wujud selepas wakil dari Negara Brunei Darussalam hadir ke Wisma Ungku A. Aziz, ANGKASA pada 28 Mac lalu. Delegasi Brunei diketuai Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Perindustrian), Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian yang juga merupakan Pendaftar Koperasi-Koperasi Negara Brunei Darussalam, YM Dayang Hajah Tutiaty Haji Abdul Wahab. Beliau diiringi dua pegawainya dari Unit Pembangunan Koperasi. Kehadiran mereka disambut oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan diberi penerangan tentang peranan ANGKASA sebagai badan apeks
gerakan koperasi di Malaysia dan penglibatan ANGKASA di peringkat ASEAN dan global. Selain mengadakan perbincangan tentang kerjasama pasaran produk koperasi, YM Dayang Hajah Tutiaty juga turut menyatakan minat untuk mempelajari pendekatan yang dijalankan oleh ANGKASA dalam membangunkan koperasi sekolah serta penglibatan koperasi di Malaysia dalam sektor-sektor peneraju utama terutamanya sektor peruncitan. Turut sama ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Dr Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Timbalan Pengarah Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Faridatul Hanim Mohd Johan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Hajah Roszurina Haji Omar.
» Majlis penyerahan cenderamata antara kedua-dua belah pihak.
» Penyampaian taklimat mengenai ANGKASA oleh Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease