IKM 12
Anjur Kursus Pengacaraan Majlis INSTITUT KOPERASI MALAYSIA
kepada pengacaraan majlis, kriteria dan penampilan pengacara yang hebat, penyediaan teks dan skrip majlis dan teknik kawalan pengendalian majlis. Penceramah terdiri daripada pensyarah Institut Koperasi Malaysia dan penceramah jemputan. Penceramah jemputan yang dijemput ialah Cik Norish Hassan daripada Norish Emcees & Event Production (NEEP). Selain itu, para peserta juga turut diberikan peluang untuk mencuba latihan sebagai pengacara majlis. Cik Norish Hassan juga turut menekankan kepada para peserta tentang tugas dan peranan sebagai peng- acara majlis bukanlah semudah yang disangkakan. Seseorang itu perlulah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pengacaraan majlis. Kerjaya sebagai pengacara majlis bukanlah suatu yang baharu di Malaysia, malah ada yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan. Pada akhir kursus, para peserta telah diberikan tugasan bagi mengacara sebuah majlis dan diminta untuk mempersembahkan di hadapan rakan-rakan. Tugasan yang diberikan adalah bertujuan untuk melihat kefahaman dan pengetahuan peserta sepanjang berkursus selama dua hari di sini. Sementara itu, salah seorang peserta yang mengikuti kursus ini Puan Zamanila Tukimin dari Koperasi Ibu Bistari Melaka Berhad berkata, melalui penganjuran kursus seperti ini diharap dapat diteruskan lagi di masa hadapan kerana dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta. Selain itu, ia juga membolehkan para peserta untuk mengenali antara satu sama lain dan bertukar-tukar pendapat dalam memajukan koperasi masing-masing. Akhirnya, diharapkan segala ilmu pengetahuan yang ditimba dan diperoleh sepanjang berlangsungnya Kursus Pengacaraan Majlis ini akan digunakan dengan sebaiknya oleh para peserta dan seterusnya dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang pengacaraan majlis pada masa hadapan.
» Penceramah jemputan Cik Norish Hassan sedang menyampaikan ceramah.
Oleh : MUHAMMAD AFNAN BIN HASIM Pensyarah Institut Koperasi Malaysia I nstitut Koperasi Malaysia (dahulunya dikenali sebagai MKM) melalui Pusat Pengurusan Perniagaan telah mengadakan Kursus Pengacaraan Majlis yang bertempat di Bilik Bunga Raya, Institut Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor. Objektif kursus tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang asas-asas protokol pengacaraan majlis, seterusnya kefahaman tentang aspek pengacaraan majlis dan memberi pengetahuan tentang mengacara serta mengendalikan sesebuah majlis. Seramai 31 orang yang terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Pengurusan Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi, Jawatankuasa Kecil Koperasi dan anggota koperasi dari seluruh negara
telah mengikuti kursus tersebut bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran. Para peserta terdiri dari pelbagai lapisan peringkat umur dan latar belakang aktiviti koperasi yang berbeza. Antara topik yang disentuh adalah seperti pengenalan
» Peserta sedang mengadakan perbincangan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease