RENCANA 13
PENGURUSAN CUKAI KOPERASI : PENGENALAN KEPADA CUKAI KOPERASI Oleh : MOHD KAMARUL BIN MOHD MUSTAFA Pegawai Kerja Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA
cukai dan selepas lima tahun, koperasi masih lagi tidak perlu membuat pembayaran cukai kecuali apabila koperasi dibawah Kumpulan Wang Ahli telah mencapai pendapatan sebanyak RM750,000 atau lebih. Kedua-dua pelepasan cukai ini dinyatakan di dalam Subperenggan 12(1) Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967. Statistik Cukai Koperasi Jadual 1 : Statistik koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan koperasi yang aktif.
5. Bagi merealisasikan tujuan ini, ANGKASA telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program “Program Pengakuan Sukarela” dengan kerjasama LHDN bertempat di pejabat LHDN setiap negeri seluruh negara sedang berlangsung sehingga 30 Jun 2019. 6. Seterusnya program ini juga akan dipanjangkan ke setiap Persidangan Negeri ANGKASA di 14 buah negeri termasuk dua zon di Pahang. 7. Dijangkakan juga satu program Pengiraan Cukai Koperasi yang diuruskan oleh LHDN sendiri turut akan diadakan kelak.
Pengenalan Tonggak kejayaan sesebuah koperasi adalah hasil daripada kekuatan pentadbiran dan pengurusan koperasi, kerja kuat Anggota Lembaga yang telah dilantik juga peranan kakitangan koperasi yang memberi sokongan padu untuk menentukan agar koperasi berjalan lancar dan baik dari segi aktiviti mahupun produktiviti. Apabila koperasi bergerak lancar maka koperasi akan dapat mencapai matlamat anggota untuk meraih keuntungan melalui dividen yang diterima. Sewajarnya koperasi perlu mengetahui bahawa apabila adanya sumber pendapatan, koperasi perlu menunaikan kewajipan untuk membayar cukai pendapatan. Cukai pendapatan digunakan untuk pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan lain-lain. Cukai Koperasi dan Jenis Cukai Apa itu cukai koperasi? Cukai koperasi adalah cukai yang dikenakan ke atas pertubuhan atau badan yang bermastautin dan memperoleh pendapatan di Malaysia iaitu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502). Cukai seringkali disalahertikan oleh sesetengah masyarakat malah ia dianggap sebagai sesuatu yang membebankan. Sekadar renungan apabila kita membayar cukai, kesannya amat besar terhadap pembangunan negara. Sedar atau tidak hasil kutipan cukai dapat membantu kerajaan mentadbir negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi mensejahterakan rakyat. Pada tahun 2018 kerajaan mengumumkan kutipan kasar cukai langsung adalah sebanyak RM137.035 bilion. Ini adalah peningkatan sebanyak 11.13% berbanding tahun 2017. Di Malaysia terdapat dua jenis cukai iaitu cukai secara langsung seperti cukai pendapatan yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Cukai tidak langsung yang akan diuruskan oleh Kastam.
Tahun
Berdaftar
Aktif
2018
3,634
2,742
Jadual 4 : Senarai Program Talimat Pengakuan Sukarela yang telah dijalankan oleh ANGKASA dengan kerjasama LHDN yang lalu.
2017
3,534
2,643
2016
3,477
2,476
Bil
Tarikh
Tempat
1.
26 Februari 2019 Pejabat LHDN Pahang
Jadual 2 : Statistik Cukai Koperasi
2.
26 Februari 2019 Pejabat LHDN Terengganu
Tahun Taksiran
Jum. Koperasi yang menghantar BNCP
Jum. Koperasi Yang Dikenakan Cukai
Jumlah Cukai
3.
26 Februari 2019 Hotel Perdana Taiping, Perak
2017 2016 2015
632 621 612
172 178 189
170.91 juta 74,48 juta 82,99 juta
4.
26 Februari 2019 Hotel Sutera,Negeri Sembilan
5.
27 Februari 2019 Hotel Kobemas Melaka
6.
27 Februari 2019 Pejabat LHDN Cawangan Sungai Petani, Kedah
Jadual 3 : Kadar cukai koperasi yang dikenakan adalah seperti berikut:
Pendapatan Bercukai (RM)
Tahun Taksiran
7.
13 Mac 2019
Pejabat LHDN Johor
2014
2015 -2018
1 – 30,000
0% 5%
0% 5%
Kesimpulan Kesimpulannya, anggota koperasi perlu dididik dalam bidang percukaian untuk meningkatkan nilai koperasi kerana koperasi adalah antara pembayar cukai. Ilmu pengetahuan berkaitan percukaian ini dilihat sebagai satu keperluan kepada anggota-anggota koperasi kerana mereka turut terlibat dalam soal percukaian dan harus didedahkan dengan maklumat berkaitan percukaian. Walaupun koperasi banyak dikecualikan daripada cukai pendapatan, namun untuk terus berdaya maju dan cemerlang koperasi perlu berusaha untuk mencapai tahap sehingga layak dikenakan cukai.
30,001 - 60,000 60,001 - 100,000 100,000 - 150,000 150,000 - 250,000 250,001 - 500,000 500,001 - 750,000 Melebihi 750,000
10% 15% 20% 22% 24% 25%
10% 15% 18% 21% 23% 24%
Peranan ANGKASA ANGKASA sebagai badan puncak koperasi di Malaysia telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan LHDN membantu dalam memberi kesedaran dan kefahaman kepada koperasi akan kepentingan cukai dan ianya telah dilakukan melalui perlaksanaan program yang dikenali sebagai “Program Taklimat Pengakuan Sukarela” yang telah dilaksanakan di tujuh buah negeri bermula pada 26 Februari sehingga 13 Mac 2019. Ia ini adalah sebahagian daripada hasil langkah pro- aktif ANGKASA dengan menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ada 21 November 2018. Taklimat Pengakuan Sukarela ini adalah bertujuan bagi memberi maklumat kepada koperasi tentang Program Khas Tawaran Pengakuan Sukarela yang sedang dijalankan oleh LHDN sejak 3 November 2018 sehingga 30 Jun 2019. Program ini memberi fokus kepada : 1. Koperasi atau anggota koperasi yang belum pernah membuat pendaftaran cukai. 2. Koperasi atau anggota koperasi yang telah ber- daftar namun belum pernah mengemukakan BNCP. 3. Koperasi atau anggota koperasi yang telah mengemukakan BNCP tetapi tidak melaporkan pendapatan / keuntungan pelupusan aset yang betul bagi mana-mana tahun taksiran. 4. Pembayar duti yang belum membuat penye- teman surat cara melebih enam bulan selepas tempoh penyeteman, koperasi yang berkenaan perlu mengambil manfaat dari program ini bagi mengelakkan mereka dikenakan penalti sehingga 300% selepas tempoh program ini berakhir pada 30 Jun 2019.
Gambarajah 1 : Manfaat Cukai untuk Kesejahteraan Rakyat
Rujukan l Ahmad Shahir Makhtar. (2007, Mei). Paradigma Pengurusan Institusi Zakat: Pengalaman Lembaga Zakat Selangor. Kertas kerja dibentangkan sewaktu persidangan zakat dan cukai peringkat kebangsaan, PWTC, Kuala Lumpur. l Akta Cukai Pendapatan 1967, Pub. L. No. Akta 53 (2006). Malaysia: Percetakan Nasional Malaysia. Berhad. l Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (2011). Ketetapan Umum No. 9/2011.
Dalam melaksanakan tanggungjawab syarikat- syarikat korporat, swasta, perniagaan kecil dan sederhana membayar cukai pendapatan, sektor koperasi juga tidak ketinggalan menyumbang pembayaran cukai kepada kerajaan sepertimana yang telah termaktub dalam Seksyen 65A Akta Cukai Pendapatan 1967. Mengikut data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun 2017, sumbangan bayaran cukai dari sektor koperasi adalah sebanyak RM74.48 juta dan meningkat kepada RM170.91 juta iaitu 129.47% pada tahun 2018. Pada tahun 2017 juga, sebanyak 632 buah koperasi telah membuka fail dengan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada LHDN, hanya 172 buah koperasi sahaja yang dikenakan cukai. Namun begitu bagi koperasi yang usia penubuhannya kurang daripada lima tahun tidak akan dikenakan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease