ANGKASA 14
Program Khas Pengakuan Sukarela Kepada Koperasi
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
A NGKASA terus komited bekerja- sama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam pelbagai perkara berkaitan percukaian dalam usaha untuk memberikan kesedaran mengenai kepentingan pen- gurusan cukai koperasi secara lebih efisien. Inisiatif tersebut adalah hasil daripada kerjasama yang terjalin menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak yang telah berlangsung pada November tahun lalu di Menara Hasil, Cyberjaya yang antara lain bertujuan membantu meningkatkan manfaat koperasi melalui pengecualian cukai bagi kesan yang lebih menyeluruh. Penganjuran Sesi Taklimat Prog- ram Khas Pengakuan Sukarela Kepada Koperasi (PKPS) yang berjalan baru- baru ini merupakan sebahagian dari- pada inisiatif berterusan ANGKASA untuk menggalakkan pembayar cukai terutamanya sektor koperasi tampil secara sukarela melaporkan pendapatan dan membayar cukai dalam tempoh yang sepatutnya. Program khas itu juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pembayar cukai melaporkan pendapatan
yang sepatutnya. Sesi taklimat tersebut membabitkan Zon Timur; Zon Utara; Zon Selatan dan Selangor serta Kuala Lumpur. Tempoh pelaksanaan Pengakuan Sukarela ini boleh dibuat pada bila-bila masa mulai 3 November 2018 sehingga 30 Jun 2019 dan terbuka kepada semua kategori pembayar cukai. Menerusinya, pembayar cukai termasuk sektor koperasi didedahkan seperti : a) Pembayar cukai tidak pernah berdaftar dengan LHDNM. b) Pembayar cukai berdaftar dengan LHDNM dan belum mengemuka- kan BNCP/BNP/BNCKHT bagi mana-mana tahun taksiran. c) Pembayar cukai yang telah menge- mukakan BNCP/BNP/ BNCKHT tetapi tidak melaporkan pendapa- tan/keuntungan pelupusan aset dengan betul bagi mana-mana tahun taksiran. d) Pembayar duti yang belum mem- buat penyeteman surat cara me- lebihi enam (6) bulan selepas tempoh penyeteman.
» Seramai 45 peserta daripada 20 koperasi sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis mengikuti taklimat di LHDN Cawangan Sungai Petani, Kedah bergambar bersama Eksekutif Hasil, Unit Majikan & Profiling LHDN Kuala Lumpur, Encik Mohd Firdaus Suib (lima dari kanan) dan Eksekutif Hasil, Unit Amanah & Koperasi Cawangan Pembayar Cukai Besar, LHDN Kuala Lumpur, Encik Nazim Patin (lima dari kiri) pada 27 Februari lalu.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Khas ini, boleh hubungi:
i) Pejabat LHDNM yang berdekatan; ii) Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau 603-7713 666 (Luar Negara); atau iii) E-mel: pengakuan sukarela@ hasil.gov.my.
» Eksekutif HASIL Kanan 1LHDNM, Puan Norhayati Mat Nor menyampaikan Taklimat Program Khas Pengakuan Sukarela Kepada Koperasi di Taiping, Perak.
SKM Komited Bantu Koperasi Hartanah Untuk Berjaya
Oleh : RAHMAT MOHD DID
S ebanyak 13 buah koperasi hartanah dari seluruh negara hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelaksana Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan Koperasi yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Berhad (SKM) di ibu pejabatnya pada 15 April 2019 yang lepas. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) SKM, Haji Zazali Haron. Agenda mesyuarat termasuk Prestasi Pencapaian Perolehan Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan 2016-2018, Sasaran Perolehan Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan 2019, Program Mentoring dan Coaching SKM, Pembangunan Coop City Tamarind Square, Cyberjaya, Pembentangan
dan Hala Tuju Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad, Isu dan Permasalahan Semasa Sektor Har- tanah dan Industri Pembinaan dan hal-hal lain. Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh turut hadir meluangkan masa berkongsi tentang hala tuju SKM dalam memajukan gerakan koperasi di masa akan datang. Wakil ANGKASA yang hadir termasuk Naib Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA Dato’ Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Dato’ Azih Muda dan Haji Sazali Abd. Hamid.
» Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh (tiga dari kiri) menerangkan tentang visinya untuk menjenamakan semula gerakan koperasi di Malaysia seterusnya mencipta kejayaan di dalam dan luar negara.
» Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) SKM, Haji Zazali Haron (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelaksana Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan Koperasi kali pertama.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease