Wadah PELANCAR Edisi Mei 2019

Sajak

15

Majlis Genta Puisi Koperasi dibaca di Auditorium ANGKASA

MIM EMPAT PULUH

Syukurlah. Kau memilihku untuk kelangsungan ini. Syukurlah Kau memilihku untuk menjadi manusia kata, Penyair yang memahami bahasa bulan, air, matahari, salju ombak, cakerawala, gunung, lalang, camar Syukurlah,

P englibatan aktif pelajar dalam kokurikulum bukan sahaja dapat melahirkan sahsiah diri yang lebih kreatif, inovatif dan serba boleh malah mampu membantu meningkatkan prestasi dalam pembelajaran. Kejayaan dan kecemerlangan Adik Muhd Hilman Nor Azmi (18 tahun) sebagai Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Terengganu 2018 dengan mendapat 11A1 membuktikan penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum mampu memberi kesan terhadap pencapaian akademik. Menurut Muhd Hilman, pelajar wajar mengenepikan stigma yang beranggapan bahawa penglibatan dalam kokurikulum akan menyekat pembelajaran mereka. Ini kerana pencapaian akademik yang baik tetap diambil kira bagi mengukur sesuatu kejayaan untuk jaminan masa depan. Katanya, penglibatannya dalam aktiviti kokurikulum termasuk sebagai Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Sekolah Imtiaz Kuala Terengganu banyak membantunya mengasah ba- kat kepimpinan dan keusahawanan sekaligus memberi kesan terhadap pencapaian akademiknya di samping memberi sumbangan positif dalam keseluruhan kehidupan. Koperasi sekolah merupakan asas pengamalan koperasi dan bakal mewarisi kepimpinan pentadbiran koperasi dewasa. Ia menjamin keles- tarian gerakan koperasi apabila pelajar meninggalkan alam persekolahan. Justeru, kepimpinan pelajar yang berlaku di persekitaran koperasi sekolah atau institusi pengajian tinggi sewajarnya mengambil contoh daripada kepimpinan koperasi dewasa yang telah memberi garis panduan dalam kejayaan memimpin sesebuah organisasi. Kejayaan cemerlang yang diraih beliau yang juga calon Saintis Islam Terengganu ini ternyata menarik per- hatian Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah yang berhasrat mengangkat pelajar cemerlang ini sebagai Ikon Muda Koperasi. Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha ANGKASA yang mengiktiraf gerakan koperasi sekolah menerusi inisiatif melahirkan lebih ramai pe- mimpin dalam kalangan pelajar sekolah Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Kau memimpinku berenangan di laut payah. dan Kau izinkan aku memakai baju cinta-Mu. Tersadai dan sengsara Selepas mencecap khuldi taman larangan Tenggorokan ditancapi duri

Harus diluah, songsang dan darah Berpercikan, nestapa yang asyik Percintaan yang nikmat. Puisi-puisi diam Yang belum ditulis Syukurlah Kau memilihku untuk tidak hanya tenggelam di gua lama

Mim sewaktu-waktu Dari benua ke benua Meramahi jenjang pengalaman Syukurlah aku masih tetap Dapat merasa halus dan kasarnya Debur ombak Mersik dan langsingnya lagu tekukur Syukurlah Syukurlah ya Ilahi, Kau memilihku. Karya : SN Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah (Kemala) MIM 2001: 43

Muhd Hilman Bin Nor Azmi Koperasi Sekolah Bantu Corak Kepimpinan Pelajar

yang memiliki daya kepimpinan tinggi, bersahsiah terpuji serta cemer-lang dalam bidang akademik. Kekuatan sesebuah koperasi kata- nya bukan hanya terletak kepada daya kepimpinan dan kerjasama semua anggota semata-mata. Usaha melahirkan pemimpin yang berwawasan, berdaya saing dan berdaya maju lahir daripada gaya kepimpinan pelajar yang di- corakkan oleh koperasi sekolah. “Penerapan jati diri koperasi wajar diberi perhatian dalam diri semua anggota termasuk pemimpin pelajar Islam berpaksikan kepada Al-Quran As-Sunnah seperti Siddiq (Benar), Amanah, Fatonah (Bijak), Tabligh (Menyampaikan), Adil, Tawakkal dan Sabar. Pencapaian Koperasi 1. Peserta Program Hos Kebangsaan Pulau Pinang 2017 2. Pengarah Program Hos SMKA Muhammadi Kajang 3. Peserta Hos Antarabangsa Pesan- tren Sulawesi 2017 4. Ketua Penerangan Hos SAM Bes- tari 5. Anggota Lembaga Koperasi 2016 6. Anggota Lembaga Koperasi 2017

Email: hilmannorazmi@gmail.com Facebook: Muhd Hilman Nor Azmi

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease