16
ICA
Siaran Akhbar Perikatan Koperasi Antarabangsa 26/03/2019
Sokongan Gerakan Koperasi Terhadap Laporan ‘Masa Depan Pekerjaan’ oleh Suruhanjaya Global Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
Suruhanjaya Global Masa Depan Pekerjaan yang ditubuhkan oleh ILO baru-baru ini telah mengeluarkan laporan akhir yang bertajuk “Pekerjaan Untuk Masa Depan yang Cerah” yang mengkaji bagaimana kita boleh mencapai masa depan yang lebih baik untuk semua orang di era cabaran globalisasi masa kini. Presiden Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Mr. Ariel Guarco mengatakan “Laporan oleh suruhanjaya tersebut mengiktiraf model-model perniagaan mestilah sejajar dengan agenda yang berpusatkan manusia, dan ini sangat bertepatan dengan apa yang disediakan oleh model perniagaan koperasi yang meletakkan orang sebelum keuntungan untuk kemakmuran mereka. Syarikat yang berpusatkan manusia dicirikan oleh kawalan demokratik, mengutamakan perkembangan manusia dan keadilan sosial di tempat kerja, koperasi memegang peranan utama dalam mencapai tindakan yang dicadangkan. Koperasi membolehkan komuniti untuk memiliki dan menentukan alat ekonomi bersama untuk menyelesaikan keperluan paling utama (pengeluaran, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan, kredit, insurans dan sebagainya) melalui pemilikan dan penyertaan yang demokratik, dengan itu menjana pertumbuhan yang inklusif dan mampan dan tiada siapa yang ketinggalan. ARIEL GUARCO Presiden Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA)
ICA
mengalu-alukan
seruan
itu, meningkatkan pendapatan dan daya saing mereka dengan memberi akses kepada perkhidmatan yang tidak disediakan untuk mereka oleh kerana saiz perniagaan yang kecil dan kurangnya susunan formal yang terpakai. Gerakan koperasi dunia yang memberi pekerjaan kepada hampir 10 peratus daripada jumlah penduduk dunia yang bekerja. Oleh itu, ICA menyeru semua konstituen ILO untuk mengiktiraf peranan penting koperasi dalam mencapai agenda kerja yang baik dan berpusatkan manusia dalam Deklarasi mengenai Masa Depan Pekerjaan yang dicadangkan dan lebih khusus kepada: • Mengesyorkan agar kerajaan se- tiap negara melaksanakan sepe- nuhnya dasar promosi koperasi yang termaktub di dalam ILO Promotion of Co-operatives Re- commendation, 2002 (no.193); • Mengiktiraf bahawa koperasi membentuk sebahagian besar pekerjaan dunia (sekitar 10%) sambil mewujudkan pekerjaan yang baik dan stabil serta kekayaan kolektif, baik di kawa- san bandar dan luar bandar; • Mengiktiraf sifat kerjasama inklu- sif dan demokratik dalam mengu- rangkan kemiskinan terutamanya di kalangan wanita dan remaja;
• Mengesyorkan kerjasama, dia- log dan pakatan yang kuat antara kesatuan sekerja dengan koperasi untuk meningkatkan perwakilan pekerja di ekonomi luar bandar dan tidak formal memandangkan perubahan dari segi digital, alam sekitar dan demografik yang utama menye- babkan perubahan mendalam bagi pekerja dan majikan; • Mengesyorkan agar ILO bekerja- sama dengan ICA (SDG17) dalam membantu koperasi melaksana- kan agenda ILO iaitu Pekerjaan Yang Baik dan SDG8. Laporan ini merupakan kemuncak pemeriksaan selama 15 bulan oleh 27 orang anggota Suruhanjaya Global ILO mengenai Masa Depan Pekerjaan yang terdiri daripada tokoh terkemuka dari sudut perniagaan dan buruh, pemikir, akademik, kerajaan, dan pertubuhan bukan kerajaan. Siaran akhbar ini telah di- biayai bersama oleh Kesatuan Eropah. Kandungan siaran akh- bar ini adalah tanggungjawab tunggal ICA dan tidak boleh diambil untuk menggambarkan pandangan Kesatuan Eropah.
kerajaan-kerajaan komited terhadap agenda yang berpusatkan manusia dan pelaksanaan Universal Labour Guarantee yang melindungi hak pekerja asas, menjamin duit sara hidup yang mencukupi, dan melindungi tempat kerja yang mempromosikan kesaksamaan. Gerakan koperasi telah pun menunjukkan komitmen melalui ILO Promotion of Co-operatives Recommendation, 2002 (no.193) dan melalui baru-baru ini meluluskan Deklarasi ICA mengenai Pekerjaan yang Baik dan Melawan Gangguan, di mana ICA bertindak untuk “menghormati, mempromosi dan bertindak dengan tekun untuk menyokong prinsip asas pekerjaan yang baik”. Tambahan pula, ICA gembira untuk melihat laporan suruhanjaya yang seterusnya mengulangi bagaimana pekerja dalam ekonomi tidak formal “sering memperbaiki keadaan mereka melalui penganjuran, bekerjasama dengan koperasi dan komuniti berasaskan organisasi” selari dengan ILO Promotion of Co-operatives Recommendation, 2002 (no.193) dan ILO Transition from Informal to Formal Economy Recommendation, 2015 (no.2014). Melalui koperasi, pekerja yang bekerja sendiri, pengeluar dan usahawan dalam ekonomi tidak formal boleh beralih dari ekonomi tidak formal ke ekonomi formal dan, dengan
Terjemahan Oleh: NADIAH KAMARUDIN
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease