3
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Produk Koperasi & SME Ke Pasaran China
Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, BCA-i dan CM-QIP turut mempromosikan konsep “Two Countries Twin Park”, iaitu sebidang tanah seluas 10.11 hektar dikhaskan sebagai “China-Malaysia International Health Food Industrial Park” di Qinzhou dengan Halal Centre of Excellence untuk usahawan Malaysia menghasilkan produk di China. Katanya, ANGKASA menjangkakan nilai dagangan bagi projek tersebut adalah sebanyak RM25 juta. BCA-i juga dalam peringkat perancangan untuk membina sebuah taman perindustrian halal di Kuala Linggi, Melaka (Malacca International Halal Park) termasuk membangunkan sebuah kilang gelatin halal pertama di Asia Tenggara. Selain itu, BCA-i juga turut menjalinkan perjanjian kerjasama dengan CMQIP Jin Wo Digital Technology Co. Ltd untuk membawa produk koperasi dan SME bagi menembusi pasaran China, Taiwan, Hong Kong dan Macau. ANGKASA akan menjadi pusat sehenti untuk produk-produk koperasi yang berpotensi untuk dipasarkan di negara-negara tersebut. Menerusinya, ANGKASA akan menyenarai dan menapis produk mengikut kriteria yang ditetapkan.
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
5 koperasi dan 5 SME terlibat sebagai perintis : 1. Koperasi Insan Mulia Berhad 2. Koperasi Kandaserah Bentong Berhad 3. Koperasi Kakitangan Syarikat Dr Azizan Kedah Berhad
4. Koperasi Usahawan Groombig Berhad 5. Koperasi Keluarga Sajian Saudah Berhad 6. Tajria Food Sdn. Bhd. 7. Wonderland Primary Sdn. Bhd. 8. Farmasi Pantai Hillpark
S ebuah majlis taklimat pemasaran dan pembekalan produk halal ke negara China anjuran ANGKASA dan BCA International Sdn. Bhd. (BCA-i) telah diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 1 April lalu bagi membuka peluang perniagaan dan pemasaran produk-produk koperasi dan usahawan tempatan ke China. Objektif program tersebut juga diadakan bagi mengenal pasti produk koperasi dan usahawan yang berpotensi untuk menembusi rantaian pembekalan di China. Rakan strategik yang terlibat adalah CM-QIP, Administrative Committee dan Beijing Rou Fan Yi Neng Communication Technology Co. Ltd. » Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bersama wakil dari ANGKASA dan China merakam kenangan bersama Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
9. Minsyam Sdn. Bhd. 10. Zangyoung Sdn. Bhd.
Majlis penutup disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Turut hadir pada majlis itu ialah Executive Deputy Director General, CM-QIP Administrative Committee, Encik Gao Pu; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail; Naib- Naib Presiden, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dr. Mohd Azlan Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengarah Urusan BCA-i, Puan Mazliza Mahdzar.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease