4
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Teknologi Biz Centre Bantu Koperasi Tembusi Pasaran China
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
K erjasama strategik yang telah terjalin antara ANGKASA dengan BCA International Sdn Bhd (BCA-i) mampu membuka ruang dan peluang secara lebih meluas dan mudah kepada koperasi termasuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia untuk mengeksport produk halal mereka ke China. Menerusinya, kaedah atau pen- dekatan teknologi yang bakal dilak- sanakan oleh BCA-i dijangka berupaya memberi pulangan hasil sekaligus dapat menembusi pasaran halal di negara tersebut yang dianggarkan bernilai AS$21.2 bilion (RM86.5 bilion). Umum mengetahui mana-mana syarikat yang mahu memasar dan membekalkan produk mereka ke pasaran ekonomi kedua terbesar dunia itu memerlukan dana yang besar. Di sinilah teknologi memainkan peranan yang cukup besar, di mana ia mampu menghubungkan lebih 14,000 koperasi dan 900,000 pertubuhan PKS di seluruh negara dengan lebih 30 juta rakyat China yang beragama Islam. Aplikasi BizCentre dan BT yang
masing-masing dihasilkan oleh BCA-i dan rakan strategiknya, Beijing Roufan Yi Neng Communication Technology Co. Ltd. mewujudkan rantaian nilai halal antara Malaysia dengan China. Melalui ‘Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi’ (API), dua aplikasi tersebut
boleh berkongsi fungsi dan data antara satu sama lain sekaligus memudahkan hubungan antara usahawan di Malaysia dengan pengimport atau pembeli di China. Kerjasama ini juga turut melibatkan China-Malaysia Qinzhou Industrial Park
(CMQIP) yang terletak di Guangxi, China, Malaysia-China Kuantan In- dustrial Park di Pahang dan sebuah loji pembuatan bio-gelatin yang akan dibangunkan oleh Gansu Amin Bio Halal Gelatine Co Ltd. di Melaka. CMQIP yang berkeluasan 11.4
hektar terbahagi kepada empat kawasan; perindus- trian, perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kediaman. Kawasan perindustriannya memberi peluang kepada usahawan Malaysia untuk menghasilkan produk halal di China bagi menampung permintaan yang tinggi. BCA-I juga bekerjasama dengan CMQIP Jin Wo Digital Technology Co. Ltd. untuk membantu koperasi dan PKS menembusi pasaran China melalui ASEAN Eco-platform. Kerjasama tersebut merangkumi aspek informasi, perdagangan,
logistik dan pembiayaan.
CMQIP Jin Wo Digital Technology adalah sebuah agensi pemasaran berdasarkan teknologi digital yang mempunyai pengalaman yang komprehensif dalam memasarkan produk-produk halal di China, Taiwan, Macau dan Hong Kong. BCA-i juga menyarankan koperasi supaya mendaftar dengannya bagi menikmati pelbagai manfaat yang disediakan menerusi aplikasi Biz Centre. Aplikasi tersebut memiliki sembilan fungsi utama antaranya perancangan dan pemadanan perniagaan, perkhidmatan logistik dan pergudangan, pendidikan dan latihan mengenai industri halal, maklumat terkini mengenai acara semasa, perkhidmatan kewangan dan platform e-dagang. Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Biz Centre, koperasi boleh menghubungi Ketua Pegawai Operasi BCA-i, Encik Nor Fairuzan Deraman di talian 03-22806373 atau e-melkan pertanyaan menerusi fairuzan@ bcagroups.com
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease