Wadah PELANCAR Edisi Mei 2019

ANGKASA 6 MACCOPS 2019

Cipta Rantaian Kerjasama Koperasi Global

P enganjuran Karnival Produk & Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) anjuran ANGKASA telah mencipta kejayaan tersendiri di peringkat nasional dan global menerusi penerokaan ruang perniagaan yang lebih luas melalui penyertaan gabungan koperasi antarabangsa. Melalui penganjurannya sebanyak tiga kali pada 2014, 2015 dan 2017 lalu, berjaya membuktikan bahawa MACCOPS adalah platform terbaik mempromosikan aktiviti keusahawanan koperasi. MACCOPS 2019 meneruskan fokus transfomasinya dalam mencipta penanda aras “Trade Show Event” dengan mewujudkan rantaian kerjasama gerakan koperasi negara dan global dalam pelbagai sektor ekonomi dan perniagaan. Bagi tujuan tersebut, satu Sesi Taklimat Kepada Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh telah diadakan di Menara SKM, Kuala Lumpur, 27 Mac lalu. Pertemuan tersebut juga adalah bagi memaklumkan tentang asas penubuhan dan hala tuju strategik MACCOPS serta mencadangkan strategi dan penglibatan yang boleh dijalankan oleh SKM secara lebih proaktif di MACCOPS. ANGKASA juga memerlukan sokongan SKM bagi me- mantapkan lagi proses pelaksanaan dan pasca program tersebut. Pertemuan tersebut diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah diiringi Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan pengurusan tertinggi yang lain.

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh (enam dari kiri) bersalam dengan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tujuh dari kanan) ketika kunjungan delegasi ANGKASA di Menara SKM, Damansara, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu.

Semakin Signifikan Majukan Gerakan Koperasi Fungsi ANGKASA Sebagai Badan Apeks

P encapaian dan prestasi mem- banggakan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan kope- rasi negara semakin berjaya dan meyakinkan dalam usahanya menyatu serta mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa. Reputasi baik dan kecemerlangan ANGKASA jelas memperlihatkan kehebatannya yang tersendiri dalam memastikan ANGKASA sen- tiasa relevan dalam memberikan perkhidmatan kepada negara melalui gerakan koperasi. Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi (SKM), Datuk Nordin Salleh menyatakan rasa kagum tersebut ketika sesi taklimat kepada beliau mengenai Penganjuran Karnival Produk & Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2019 bertempat di pejabatnya di Aras 11, Menara SKM, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu. Katanya, peranan ANGKASA melalui koperasi ahli jelas mem- perlihatkan kekuatan dan prestasi yang memberangsangkan selain ber- Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

hendaklah menyahut caba- ran Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof yang mahu koperasi mempelbagaikan perniagaan khususnya dalam bidang logistik, perladangan dan asas tani yang dilihat men- jamin pulangan pelaburan tinggi kepada ekonomi negara. “Seruan ini bertepatan dengan hasrat Kerajaan yang mahu melihat gerakan koperasi terus meningkatkan perolehan sehingga men- capai angka RM55 bilion menjelang tahun 2020 dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan sekaligus menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam usaha melonjakkan pencapaian sektor koperasi negara,” katanya.

» Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh menyatakan sesuatu ketika Sesi Taklimat MACCOPS 2019 yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah.

jaya membuktikan fungsinya sebagai badan apeks yang signifikan kepada memajukan gerakan koperasi di Malaysia khususnya dalam aspek sosioekonomi. “SKM akan sentiasa menyokong segala usaha yang dilaksanakan ANGKASA dan sedia memberi kerjasama secara konstruktif serta kolektif supaya masa depan

gerakan koperasi terus gemilang. Saya yakin ekosistem pembangunan koperasi akan terus berkembang dan imej sektor koperasi akan terus diperkukuh selari dengan prestasinya,” katanya. Beliau turut yakin bahawa kemajuan dan kejayaan mampu dicetuskan oleh sektor koperasi dengan kekuatan anggota berjumlah 6.5 juta orang. Menurut beliau, sektor koperasi

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease