Wadah PELANCAR Edisi Mei 2019

7

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

Peluang Kerjasama Koperasi Laos - Malaysia

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail memberi penerangan tentang produk koperasi Malaysia kepada delegasi Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos.

D elegasi Kementerian Per- tanian dan Perhutanan Laos berharap kunjungan yang telah diadakan ke ibu peja- bat ANGKASA di Kelana Jaya pada 8 April 2019 bukan sekadar kun- jungan biasa, sebaliknya menjadi titik permulaan kepada peluang kerjasama dalam pelbagai aktiviti dengan koperasi-koperasi di Malay- sia melalui ANGKASA. Director of Co-op Promotion Division, Department of Rural Development Co-ops, Mr. Seng Paseuth Rasabandith yang men- getuai kunjungan tersebut berkata, kunjungan ke ANGKASA dan juga beberapa koperasi yang terlibat dalam bidang berimpak tinggi di Malaysia benar-benar membuka mata delegasi mengenai kemam- puan koperasi untuk menyum- bang kepada pembangunan sosio- ekonomi masyarakat. Beliau berkata, kunjungan ke Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad di Tanjong Karang, Selangor membawa kepada per- tukaran pandangan dan idea

antara beliau dengan 17 delegasi yang lain men- genai kaedah untuk mengaplikasikan program homestay yang dilihat begitu berjaya di Malaysia ke negara mereka sendiri. Kunjungan delegasi Laos ke ANGKASA merupakan sebahagian daripada la- watan kerja yang telah berlangsung sejak 6 April 2019 dan dihoskan oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA. Turut sama dalam pertemuan tersebut ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKA- SA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA), Dato’ Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Setiausaha Agung ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Paduka Hanapi Suliman. » Delegasi Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos melakukan aktiviti memancing yang diselia oleh Koperasi Homestay Sungai Sireh di Tanjong Karang.

» Mr. Seng Paseuth Rasabandith mengetuai delegasi Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos.

» Delegasi Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos melawat Galeri Inovasi dan Teknologi Padi MARDI Sungai Sireh di Tanjung Karang, Selangor.

» Delegasi Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos membuat lawatan ke Koperasi Serbaguna Iman Berhad (Iman Farm) Hulu Langat, Selangor.

» Delegasi Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos melawat pusat pengumpulan sawit kampung Sungai Sireh di Tanjung Karang, Selangor.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease