10 KOPERASI
Jana Pulangan RM3.5 Juta Untuk KOGURU Projek Perumahan Taman Tok Kayaman
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Dato’ Abdul Fattah diberi penerangan tentang perkembangan semasa projek Taman Tok Kayaman.
bercampur dengan nilai jualan sebanyak RM17.678 juta selain 14 unit rumah kedai dua tingkat. Pengerusi KOGURU, Haji Ashikin Talib berkata, projek pembangunan ‘Taman Tok Kayaman’ kini hampir siap sepenuhnya dan dijangka akan dapat diduduki dalam masa terdekat. Katanya, KOGURU turut bercadang untuk membeli kesemua 14 unit rumah kedai termasuk dua buah rumah Taman Tok Kayaman sebagai langkah meningkatkan jumlah keseluruhan aset koperasi kepada lebih RM16.5 juta menjelang tahun hadapan. Beliau yang juga Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis berkata demikian kepada PELANCAR sewaktu mengiringi lawatan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ke tapak projek tersebut, 8 Oktober lalu. Turut mengiringi lawatan Presiden ANGKASA itu ialah Pengerusi JPAN Perlis, Haji Sahimi Shari dan barisan Ahli JPAN yang lain. Pada hari yang sama, Dato’ Abdul Fattah turut dibawa melawat ke kedai dobi layan diri milik KOGURU di Kampung Alor Panjang, Kangar dan kedai alat ganti kenderaan Vervx milik KOGURU di premis yang sama. Kedai dobi tersebut yang mula beroperasi pada Januari lalu telah dibangunkan oleh KOGURU dengan kos pelaburan sebanyak RM245 ribu. Setakat ini, kedai dobi tersebut memiliki empat buah mesin pencuci selain enam buah mesin pengering dan diuruskan oleh seorang pekerja. Selain berusaha untuk terus meningkatkan taraf sosioekonomi anggota, KOGURU yang ditubuhkan sejak tahun 1964 oleh 100 guru lepasan maktab itu turut aktif dalam soal kebajikan anggotanya seperti penubuhan skim khairat kematian, biasiswa dan juga bantuan perubatan. Sehingga kini, keanggotaan koperasi tersebut telah meningkat kepada lebih 1,000 orang.
» Dato’ Abdul Fattah bergambar bersama di Tapak Projek Taman Tok Kayaman.
K operasi Guru-Guru Melayu Perlis Berhad (KOGURU) dijangka akan meraih keuntungan sebanyak RM3.5 juta hasil perolehan jualan projek perumahan milik koperasi tersebut di Chuping, Perlis. Usaha sama pembangunan tanah seluas 3.32 hektar antara KOGURU dengan sebuah syarikat pemaju hartanah itu melibatkan pembinaan 94 unit rumah
» Dato’ Abdul Fattah dan Haji Sahimi melihat mesin- mesin dobi yang terdapat di kedai Dobi Layan Diri KOGURU.
» Kedai Dobi Layan Diri KOGURU.
Dewan Usahawan Antarabangsa Bantu KPNB Kembang Aktiviti Promosi S atu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Koperasi Pelukis- Pelukis Negara Berhad (KPNB) dengan Dewan misi untuk mengumpul dana bagi membantu usahawan-usahawan Malaysia dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Hadir sama di majlis tersebut Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Usahawan Antarabangsa Malaysia (DUAM) telah berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2019. Menerusi MoU tersebut, KPNB telah dipilih sebagai rakan kolaborasi DUAM untuk menganjur atau mengendalikan apa juga program, khususnya program yang berkaitan dengan seni dan budaya. Presiden DUAM, Puan Badariah Dato’ Haji Badaruddin berkata, DUAM dan KPNB sedang dalam perancangan untuk menganjurkan program ‘1 Million Smile’ (1 Juta Senyuman) pada tahun hadapan dengan
ialah Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang; Timbalan Ketua Misi di Kedutaan Peru, Mr. Agustin Jose Palacios Morales Bermudez; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Timbalan Pengerusi KPNB, Encik Muhammad Ezzat.
» Puan Badariah Dato’ Haji Badaruddin (kiri) dan Timbalan Pengerusi KPNB, Encik Muhammad Ezzat (kanan) menunjukkan dokumen perjanjian. Turut sama ialah Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang (tengah).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease