Wadah PELANCAR Edisi November 2019

JPAN 11

Koperasi Pertanian di Terengganu Mampu Jadi Pembekal Susu Kambing Terbesar

Oleh : RAHMAT MOHD DID

A NGKASA merancang untuk menubuhkan Konsortium Koperasi Penternak Kam- bing Tenusu di Terengganu tahun depan dalam usaha menjadikan negeri tersebut sebagai pembekal susu kambing terbesar negara bagi sektor koperasi. Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Per- ladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut, koperasi yang terlibat perlu merebut peluang yang ada dan saling bekerjasama dengan sektor swasta untuk mengoptimumkan pengeluaran susu sekaligus me- maksimumkan keuntungan yang boleh dikongsi bersama. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Bengkel Pengurusan Ternakan Kambing anjuran Jawatankuasa Perhu- bungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu dengan kerjasama Kaprima Hulu Seladang Valley Farm di Marang, Terengganu pada 9 Oktober lalu. Tambahnya, Kaprima Hulu Seladang Valley Farm iaitu syarikat

» Melawat pusat pemprosesan produk tenusu Kaprima Hulu Seladang Valley Farm.

» Pengarah Urusan Kaprima Hulu Seladang Valley Farm, Encik Hariz Nordin.

yang mengeluarkan produk tenusu memerlukan lebih banyak bekalan susu kambing untuk diproses dan dipasarkan ke seluruh Malaysia. “Ini merupakan peluang kepada koperasi-koperasi di sini untuk menceburi perniagaan baharu dan menambahkan pendapatan sedia ada untuk manfaat bersama. Jika usaha ini dilihat mampu memberi pulangan menguntungkan kepada koperasi, ANGKASA sedia membantu dari segi kewangan dan menubuhkan konsortium seperti

» Sebahagian kambing tenusu ternakan Kaprima Hulu Seladang Valley Farm.

yang telah dilakukan melalui Konsortium Koperasi Ter- nakan Ikan di Pahang dan Konsortium Koperasi Tanaman Padi di Kedah,” katanya. Beliau juga berharap industri tenusu di bawah sektor koperasi di Malaysia mampu jadi jenama yang kuat seperti AMUL di India. Hadir sama dalam program yang berlangsung di Akademi Pengembangan Veterinar Jenang itu ialah Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed Yusuff dan Pengarah Urusan Kaprima Hulu Seladang Valley Farm, Encik Hariz Nordin.

» Bergambar bersama peserta yang hadir.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease