Wadah PELANCAR Edisi November 2019

12 KOPERASI

Oleh : RAHMAT MOHD DID Koperasi Promosi Pelancongan Sukan

negara yang berminat untuk mencari pengalaman di homestay-homestay Malaysia. “Ini merupakan peluang kepada koperasi pelancongan untuk mempromosi tarikan budaya setempat serta produk masing-masing secara lebih meluas,” katanya. Laman web tersebut katanya dijangka akan dilancarkan tahun depan dan akan turut dikembangkan kepada koperasi di negara-negara ASEAN. Majlis perasmian pada malam tersebut turut diserikan dengan Penyam- paian Sijil Patuh Syariah ANGKASA oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh kepada Pengerusi KOPSTAY BERHAD, Encik Kohadie Watiman. Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Jusoh; Pengerusi Koperasi Jamin Ranau Berhad, Datin Hajah Jaini Majid dan Pengerusi Koperasi Bakti Ranau Berhad, Haji Junaidi Sahat.

Senarai Pemenang Coopstay Golf Challenge 2019

Gross 1. Encik Rasidi Muhidi 2. Encik Roslie Ahmad 3. Encik Gidin Akub

Nett 1. Haji Hamsa Isnurdini 2. Encik Abas Saidin 3. Encik Md. Yusob Haji Nani Bull’s Eye 1. Encik Sudirman Laruju 2. Encik Mahanis Jarun

» Pengerusi JPAN Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh menyampaikan Sijil Patuh Syariah ANGKASA kepada Pengerusi KOPSTAY BERHAD, Encik Kohadie Watiman.

K operasi Homestay Walai Tokou Kundasang Berhad (KOPSTAY BERHAD) meneruskan tradisi penganjuran Coopstay Golf Challenge buat kali kedua tahun ini dengan skala lebih besar apabila Koperasi Keluarga Jamin Ranau Berhad dan Koperasi Bakti Ranau Berhad terlibat sebagai penganjur bersama selain pertambahan peserta seramai 68 orang berbanding 40 orang pada tahun lepas. Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa hadir mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah untuk merasmikan program tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula 28 September di Kundasang, Sabah. Beliau dalam ucapannya menekan- kan kepentingan bagi koperasi untuk mengambil bahagian dalam penganjuran- penganjuran sebegini sebagai promosi

kepada Pelancongan Sukan (Sports Tourism) dalam kalangan warga koperasi khususnya dan peminat-peminat sukan seperti golf amnya. “Coopstay Golf Challenge ini bukan sahaja meraikan rakan strategik Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan ANGKASA (BPKK). Malah, ini juga strategi pihak ANGKASA dan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA (SPPDK) untuk menggalakkan koperasi lain agar turut menganjurkan acara-acara Pelancongan Sukan sekaligus mempromosi nilai-nilai koperasi kepada orang ramai,” jelasnya. Menurut beliau, ANGKASA kini sedang dalam proses menyiapkan laman web e-dagang yang akan mengumpulkan semua produk dan perkhidmatan koperasi termasuk koperasi pelancongan yang boleh diakses di seluruh dunia lebih-lebih lagi pelancong-pelancong luar

» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa melakukan ‘ tee off ’ sebagai gimik sebelum pertandingan Coopstay Golf Challenge 2019 berlangsung di Mount Kinabalu Golf Club, Kundasang, Sabah.

» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa bergambar dengan semua peserta Coopstay Golf Challenge 2019 di Mount Kinabalu Golf Club, Kundasang, Sabah.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease