ANGKASA 13
Projek Tanaman Jagung Bijian ANGKASA Rasmi Tuaian Pertama
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Dato’ Abdul Fattah mengendalikan traktor penuai jagung bijian sebagai gimik perasmian tuaian peringkat pertama jagung bijian ANGKASA.
P rojek tanaman jagung bijian milik ANGKASA mula membuahkan hasil sulungnya bermula hujung Oktober selepas hampir empat bulan ditanam. Tuaian tersebut adalah hasil dari tanaman peringkat pertama melibatkan hampir 30 peratus daripada keluasan keseluruhan 83.4 hektar projek ladang integrasi ANGKASA-Famox. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, tanaman jagung bijian merupakan sebahagian daripada projek di bawah sektor pembangunan perniagaan ANGKASA yang mula dibangunkan sejak Mei lalu di Mukim Hosba, Jitra Kedah. Katanya, sementara menunggu keputusan analisis terhadap risiko ancaman serangga perosak selain meratakan tanah, beberapa jenis tanaman sampingan telah ditanam bagi memanfaatkan sepenuhnya ruang sedia ada seperti tanaman napier sekitar 20 hektar, pisang (empat hektar) dan betik (10 hektar). Selain itu, ANGKASA juga turut merancang untuk menanam ubi kayu serta memanfaatkan kawasan takungan air di ladang tersebut dengan menyediakan sebanyak lapan buah sangkar untuk projek ternakan ikan jenis Tilapia Merah.
Menurut Dato’ Abdul Fattah, projek tanaman jagung bijian jika dilaksanakan secara sepenuhnya di tanah tersebut, mampu meraih hasil tuaian semusim (empat bulan) sekitar 520 tan metrik dengan nilai pasaran sebanyak RM420 ribu. Tambahnya lagi, ANGKASA juga turut membuka peluang kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk menyertai projek tanaman di tanah tersebut dalam bentuk pelaburan pada fasa berikutnya. Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif Famox Plantation (M) Sdn. Bhd., Encik Ramana K. Naidu.
» Hasil tuaian jagung bijian peringkat pertama dikumpul sebelum dipasarkan.
» Encik Ramana memberi penjelasan tentang tahap kualiti jagung bijian.
» Pokok pisang jenis Berangan adalah antara tanaman sampingan yang ditanam di Ladang Hosba ANGKASA.
» Napier hanya menunggu masa selama dua bulan sebelum dipotong selain mendapat permintaan yang cukup tinggi di pasaran.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease