Wadah PELANCAR Edisi November 2019

ANGKASA 14

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Keusahawanan Koperasi Buka Peluang Kuasai Pasaran Perniagaan S ektor koperasi berupaya menjadi menjadikan platform terbaik dengan berusaha memajukan aktiviti peruncitan dan pemborongan dalam koperasi masing-masing. “Pengiktirafan kerajaan terhadap

platform keusahawanan penting dalam pembangunan ekonomi negara khususnya dalam menangani isu kos sara hidup masyarakat. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pemborongan & Peruncitan ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya menyatakan, selaras dengan Dasar Keusahawan Nasional (DKN 2030) yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pada 11 Julai lalu, ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara komited dalam memajukan keusahawanan koperasi untuk manfaat sejagat. Ujarnya, DKN 2030 menerusi Teras Strategik 3 iaitu “Merangsang Pembangunan Keusahawanan Berse- padu & Holistik” memberi penekanan terhadap pemerkasaan gerakan ko- perasi dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) dan masyarakat luar bandar termasuk menggalakkan penubuhan koperasi berasaskan komuniti. “Menyedari akan besarnya peranan sektor koperasi dalam pemerkasaan keusahawanan, koperator wajar mengambil peranan proaktif

peranan ANGKASA dalam memajukan keusahawanan koperasi membuka peluang sektor koperasi untuk menguasai pasaran perniagaan lebih luas sekaligus meningkatkan keupayaan meneroka bidang baharu untuk manfaat anggota,” katanya ketika merasmikan Seminar Pengukuhan Peruncitan Koperasi di Kuala Terengganu pada 24 September 2019 lalu. Seramai 51 peserta menghadiri seminar yang antara lain bermatlamat memberi pendedahan ilmu terhadap penjenamaan produk ‘Product 100 Champion’, mempromosi dan memasarkan produk melalui medium pemasaran dengan kerjasama agensi kerajaan dan sektor swasta serta mengetengahkan perkongsian pengalaman langsung koperasi berjaya dalam bidang peruncitan dan pemborongan. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Per- hubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu, Haji Mohamed Yusoff.

» Dr. Mohd Azlan ketika menyampaikan ucapan perasmian.

» Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan bergambar bersama peserta.

Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI Koperasi Pelabuhan Johor Berhad Buka Kedai Runcit ImCoop

kepada koperasi lain yang berpotensi untuk membuka kedai runcit. Secara tidak langsung, koperasi dapat membantu kerajaan menstabilkan harga barangan di pasaran,” ujarnya. Kedai runcit ImCoop milik Koperasi Pelabuhan Johor Berhad yang dibina dengan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM150 ribu itu beroperasi seawal 8.30 pagi hingga 10.00 malam di lokasi strategik sekitar taman Scientex, Pasir Gudang, Johor. Kedai tersebut yang mempunyai

enam orang pekerja memfokuskan kepada jualan barang-barang keperluan harian serta menawarkan harga patut yang diyakini lebih murah dari kedai runcit lain yang terdapat di sekitar taman Scientex. Hadir sama di majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Kanan SKM Negeri Johor, Encik Zulkarnain Hassan; Pengerusi Koperasi Pela- buhan Johor Berhad, Haji Abdul Razak Yaacob dan Pengerusi Kope- rasi Iskandar ImCoop, Encik Razif Salim.

» xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx » Prof Madya Dato’ Dr Haji Abdul Rahman memotong riben sebagai gimik perasmian Kedai Runcit ImCoop milik KPJB.

T arikh 8 Ogos 2019 merupakan detik yang bersejarah buat Koperasi Pelabuhan Johor Berhad (KPJB) apabila kedai runcit ImCoop koperasi tersebut yang terletak di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor dirasmikan pembukaannya. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Naib Presiden ANGKASA, Prof Madya Dato’ Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Beliau sewaktu berucap dalam majlis tersebut menegaskan

selain memberi perhatian terhadap faktor harga, kedai koperasi juga harus mengutamakan aspek kualiti dan mutu barangan yang ditawarkan. Katanya, dengan memenuhi tuntutan pelanggan, inisiatif harga mesra ini bukan sahaja dapat menarik perhatian pengguna dan masyarakat malah dapat membantu meringankan beban perbelanjaan. “ANGKASA memberikan sokongan penuh kepada KPJB agar dapat memainkan peranannya dengan efisien dan memberi rangsangan

» Meninjau produk jualan di kedai runcit ImCoop KPJB.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease