Wadah PELANCAR Edisi November 2019

ANGKASA 15

Tingkat Ekonomi Koperasi Kariah Masjid Projek Cuci Kereta A NGKASA telah memperuntukan sebanyak RM559,743.00 kepada golongan asnaf fisabilillah daripada 27 buah Koperasi Kariah Masjid (KKM) terpilih di seluruh negara sebagai saham kepada pelaburan projek cuci kereta milik KKM. Seramai 1,080 anggota KKM yang dikenalpasti sebagai asnaf fakir, miskin dan muallaf di seluruh negara telah dipilih dan disahkan oleh amil kariah masjid masing-masing layak menerima saham tersebut yang berjumlah RM510 bagi setiap anggota. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, bantuan ini adalah sebagai galakan kepada masjid-masjid supaya menubuhkan Koperasi bagi membantu membangunkan ekonomi masjid dan ahli kariah. Menurutnya, usaha yang Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

dijalankan oleh ANGKASA ini juga bertepatan dengan prinsip koperasi ketujuh iaitu ‘Berprihatin Kepada Masyarakat’. Unit Pengurusan Dan Pembangunan Zakat, Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah ANGKASA telah dipertanggungjawabkan bagi mencari, menemuduga dan mengagihkan bantuan tersebut. Dato’ Haji Kamarudin berkata demikian sewaktu

» Dato’ Haji Kamarudin menunjukkan cek zakat berjumlah RM40,800.00 sebagai saham projek cuci kereta kepada 80 asnaf yang mewakili dua buah masjid di Perlis. merasmikan ‘Projek Cuci Kereta Negeri Perlis 2019’ di pusat cuci kereta milik Koperasi Masjid Tun Razak Perlis Berhad dan Koperasi Kariah Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Perlis Berhad yang bertempat di stesen Caltex KM2, Jalan Kaki Bukit, Perlis pada 6 Oktober lalu. Beliau juga berharap agar perniagaan tersebut dapat memberi impak ekonomi kepada KKM termasuk 80 asnaf penerima saham dari negeri tersebut. Dedah Pengalaman Langsung Koperasi Kepada Mahasiswa D orongan dan bimbingan secara berterusan adalah perlu bagi menyemarakkan minat serta kesungguhan khususnya Pelbagai program berorientasikan keusaha- wanan dan aktiviti sampingan turut dijalankan termasuk jualan produk-produk koperasi melalui Pusat Khidmat Usahawan (PKU) ANGKASA.

terhadap alumni dan mahasiswa agar bergiat secara aktif dalam keusahawanan koperasi. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, selain bimbingan, mahasiswa juga perlu diberi pendedahan dan menimba pengalaman secara langsung melalui aktiviti atau program yang berkaitan termasuk mengadakan lawatan industri ke koperasi-koperasi yang berjaya. Usaha meningkatkan kefahaman dan ilmu keusahawanan koperasi telah mendorong kepada penganjuran Karnival Keusahawanan Alumni UUM 2019 oleh Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia. Karnival dengan kerjasama ANGKASA itu telah berlangsung selama empat hari bermula 24 September di Dataran Budaya PBS Universiti Utara Malaysia.

» Dr. Azlan Yahya (tengah) turut berkesempatan mengunjungi gerai jualan PKU ANGKASA dan memperkenalkan produk-produk hasilan koperasi kepada orang ramai.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease