2
KONVENSYEN PEMERKASAAN KOPERASI MAHASISWA KEBANGSAAN 2019
Beliau turut menegaskan tentang keperluan terhadap usaha dan galakan yang lebih kuat untuk mempertingkatkan jumlah koperasi mahasiswa dan siswazah memandangkan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) memerlukan penglibatan yang menyeluruh daripada semua pihak termasuk koperasi mahasiswa dan siswazah untuk menjayakan Dasar Keusahawan Nasional 2030. Seramai 230 peserta dari 15 universiti tempatan hadir dalam konvensyen tersebut. Konvensyen tersebut juga adalah antara inisiatif baharu MED melalui SKM bersama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan koperasi mahasiswa di seluruh negara. Dalam majlis yang sama, mahasiswa turut menyerahkan resolusi kepada Datuk Seri Mohd Redzuan. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman yang juga hadir di majlis tersebut berkata, sepanjang pengalamannya sebagai seorang pensyarah, beliau dapati mahasiswa faham apa itu koperasi sekolah tetapi majoriti daripada mereka tidak menghayati dan berusaha bagaimana untuk menjadi anggota atau terlibat secara aktif dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh koperasi. Beliau turut mencadangkan pada masa hadapan agar subjek koperasi perlu dijadikan subjek wajib atau elektif di IPTA dan IPTS untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam gerakan koperasi.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berucap merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Mahasiswa Kebangsaan 2019 di Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2019. Menurut beliau, jumlah koperasi siswazah yang ada sehingga 30 Jun 2018 menunjukkan pelajar lepasan universiti tidak meletakkan kebergantungan yang tinggi terhadap koperasi untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka. Berdasarkan rekod Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), terdapat 45 koperasi siswazah di seluruh negara dengan keanggotaan seramai 1,432 dan perolehan sebanyak RM1.1 juta.
» Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof berucap di Majlis Perasmian Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Mahasiswa Kebangsaan 2019.
» Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (paling kanan) turut hadir ke majlis.
Dari Meja Presiden ANGKASA
P embaharuan yang wujud dalam sistem pengurusan kewangan berteraskan pembangunan tek- nologi bukan sahaja telah membentuk pelbagai sinergi baharu terhadap modenisasi dunia kewangan, malah tadbir urus kewangannya juga turut terkesan oleh perubahan yang dicetuskan oleh teknologi itu sendiri. Pelbagai inovasi yang terhasil berorientasikan teknologi kewangan telah banyak merubah dan mem-
pengaruhi trend atau gelagat pengguna menerusi perkhidmatan yang di- sediakan. Teknologi dalam kewangan Islam dilihat semakin relevan dan perlu dibangun dan diadaptasi seiring dengan keperluan dan corak pemikiran generasi masa kini yang mahukan pendekatan syariah di sebalik teknologi yang digunakan. Justeru, pelaburan terhadap sistem dan teknologi yang mahal, masalah
ketiadaan atau kekurangan tenaga mahir mahupun kos penyelenggaraan yang tinggi bukan lagi kekangan yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk mengenepikan teknologi kewangan kerana jika diabaikan, koperasi pasti akan ketinggalan dan dibimbangi tidak lagi mampu untuk terus berdaya saing di pasaran. Justeru, koperasi harus melihat teknologi kewangan syariah secara positif dalam prospek pembangunan
ekonomi makro selain perlu mem- praktikkannya demi kelestarian koperasi dan anggota.
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease