4
KONVENSYEN PEMERKASAAN KOPERASI MAHASISWA KEBANGSAAN 2019 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Presiden ANGKASA Ketuai Delegasi Malaysia Oleh: BORHAN MAT ARIS
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA
» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin (hadapan paling kanan) yang merupakan Ahli Lembaga ICA dalam Global Conference & General Assembly di Kigali.
» Dato’ Abdul Fattah (berdiri paling kiri) bergambar bersama Anggota Lembaga ICA-AP.
Kesatuan Eropah demi menjaga kepentingan pendapatan hasil eksport sawit daripada negara pengeluar yang akan memberi pendapatan kepada begitu ramai anggota koperasi. Delegasi Malaysia yang turut ke persidangan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA Datuk Haji Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak, Encik Azam Sulaiman; Pengarah SKM Pulau Pinang, Encik Zakaria Mat Jusoh; Pengerusi Koperasi MCIS Berhad, Dr. Arumugam Saminathan; Pengerusi Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KTNB), Raja Hang Tuah Raja Iskandar; Ahli Lembaga KTNB, Encik Saseetharan Manam; Ketua Bahagian Kewangan KTNB, Puan Fazilawaton Mohamad; Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Mohammad Zamri Haji Yaacob dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Borhan Mat Aris. ANGKASA Sumbang Idea Bagi Pembangunan Perumahan Koperasi Global Usaha menjayakan pembangunan perumahan menerusi koperasi perlu diberi perhatian supaya rakyat dapat memiliki rumah yang bersesuaian dengan kos yang berpatutan selain dapat dibangunkan secara bersama melalui pengumpulan modal daripada para anggota menerusi koperasi. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah berkata, koperasi-koperasi perumahan di Malaysia mempunyai ruang dan kebolehan untuk menjayakan projek perumahan milik koperasi sesuai dengan keperluan para anggota koperasi. Malah sudah banyak koperasi di negara ini yang berjaya memajukan projek perumahan yang ternyata dapat membantu anggota mereka. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian semasa mengulas kemenangan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang dipilih
» Mesyuarat Ahli Lembaga ICA. Dalam mesyuarat tersebut, Dato’ Haji Kamarudin mengesyorkan agar ICA mengambil inisiatif untuk membantu memasarkan produk-produk halal dan Malaysia juga katanya sedia memberi bantuan secara teknikal kepada negara-negara anggota yang berminat.
» Dato’ Abdul Fattah bersama Presiden ICA, Ariel Guarco.
P residen ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah mengetuai delegasi Malaysia seramai 12 orang menghadiri Persidangan Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) 2019 yang berlangsung di Kigali Rwanda bermula 14 - 17 Oktober lalu. Beliau yang juga Presiden ASEAN Cooperative Organisation (ACO) berkata, pada sidang kali ini ANGKASA membawa usul menerusi Jawatankuasa Pertanian ICA berkaitan sekatan dagangan minyak sawit yang dikenakan oleh negara Kesatuan Eropah untuk diterima pada persidangan kali ini. Menurut beliau, jika diluluskan oleh ICA, perkara tersebut akan disuarakan oleh ICA kepada
» Dato’ Abdul Fattah dan Dato’ Haji Kamarudin bersama Naib Presiden ICA, Mr. Japheth Anavila Magomere.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease