Wadah PELANCAR Edisi November 2019

5

ANGKASA PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

Bercakap sebaik selesai Mesyuarat ICA Asia Pasifik di Kigali, Dato’ Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Cooperative Organisation (ACO) berkata, kesedaran masyarakat serantau untuk menggerakkan ekonomi secara bersama menerusi institusi koperasi amat dirasai kini dan konsep “HAN” yang diamalkan di Jepun kini dipraktikkan secara meluas oleh para koperator bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup. Mesyuarat Lembaga Pengarah ICA rantau Asia Pasifik kali ini diadakan di Kigali sempena Persidangan Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) 2019. Dato’ Abdul Fattah berkata dalam konteks Malaysia, usaha menangani kos sara hidup dibuat menerusi koperasi dengan menggabungkan kerjasama dalam kalangan semua koperasi yang menyertai untuk membuat pesanan belian secara pukal yang kemudiannya diagihkan oleh koperasi- koperasi kepada para anggotanya. Program yang dinamakan BA100 anjuran ANGKASA ini menyelaras pesanan belian daripada koperasi secara pukal dan diedarkan kepada anggota. “Pembelian secara pukal ini dapat mengurangkan peranan orang tengah yang menjadi antara sebab kos barangan meningkat. Memang jelas jika wujud kerjasama yang mantap oleh anggota koperasi, banyak kegiatan sosioekonomi dan budaya boleh dijayakan. “Kini sudah banyak kerjasama perdagangan dijalankan oleh koperasi di rantau Asia Pasifik dan banyak produk dan perkhidmatan koperasi yang mencapai tahap untuk dieksport boleh didagangkan dalam kalangan koperasi serantau,” ujar beliau. Dalam persidangan tersebut, Malaysia secara rasmi telah dipilih sebagai hos bagi ‘Forum Belia Sedunia’ yang akan berlangsung pada bulan Februari 2020 di Kuching, Sarawak. Dato’ Abdul Fattah juga turut menjemput koperasi serantau untuk mengambil bahagian dalam Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) anjuran ANGKASA yang sudah menjadi acara antarabangsa yang akan berlangsung di Persada, Johor Bharu bermula 28 hingga 30 November 2019. Beliau berkata, sudah sampai masanya koperasi-koperasi Malaysia bergabung kepakaran dan tenaga untuk menggerakkan usaha secara tangkas lagi bersepadu bagi membawa produk dan perkhidmatan koperasi Malaysia ke persada dunia.

semula untuk tempoh selama empat tahun lagi sebagai Ahli Lembaga Perumahan (CHI) Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) pada pemilihan jawatankuasa tersebut yang berlangsung di Kigali, Rwanda 16 Oktober lalu. Menurut Dato’ Abdul Fattah, ANGKASA sentiasa menyumbang idea dan memberi sokongan kepada isu berkaitan perumahan pada peringkat global kerana memiliki rumah merupakan keperluan utama untuk sesebuah keluarga. Menurut beliau, ANGKASA turut menyuara- kan cadangan yang disampaikan oleh Datuk Mohamad Ali kepada CHI agar diwujudkan “Global Housing Coop Bank” yang mempunyai cawangan di setiap negara anggota ICA supaya isu berkaitan modal dan pinjaman perumahan anggota koperasi dapat diberi perhatian sewajarnya dan tidak melalui banyak karenah. Melalui penubuhan bank perumahan koperasi tersebut, sebuah tabung khas perumahan juga akan dapat diwujudkan untuk membantu koperasi dalam penyelenggaraan projek, menimbang dan memberi pinjaman perumahan kepada anggota serta menyalurkan modal bagi membangunkan projek perumahan koperasi. Mantapkan Kesepakatan Koperasi Dalam Mensejahterakan Kehidupan Sejagat Pendekatan untuk memperkasa gerakan koperasi rantau Asia Pasifik perlu dibuat dengan mendekati masyarakat melalui aktiviti yang dijalankan oleh koperasi terutamanya dalam kegiatan ekonomi yang boleh mengharmonikan kehidupan sejagat. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah yang merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Ikatan Koperasi Antarabangsa bagi rantau Asia Pasifik (ICA-AP) berkata, masyarakat ingin melihat apa yang boleh mereka perolehi menerusi koperasi dan mereka juga mahu merasai kebaikan melalui penyertaan dalam koperasi sebagaimana moto koperasi iaitu ‘Bekerja Bersama-Sama Demi Manfaat Bersama’. » Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menerima ucapan tahniah daripada Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Haji Nasir Khan Yahaya selepas perlantikan semula beliau sebagai Ahli Lembaga Perumahan CHI untuk tempoh 2020 hingga 2024.

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sewaktu membentangkan tajuk ‘Think Global Act Local’ dan ‘Pembabitan Wanita, Belia, Keluarga Dan Kanak-Kanak Bersama Menjaga Alam Sekitar’ untuk diterima oleh ICA.

» Peserta dan Ahli Lembaga ICHA yang menghadiri Mesyuarat Lembaga CHI di Kigali.

» Pengarah SKM Cawangan Perak, Encik Azam Sulaiman dan Pengarah SKM Cawangan Pulau Pinang, Encik Zakaria Mat Jusoh turut menghadiri Forum Antarabangsa ICA di Kigali, Rwanda.

» Delegasi bergambar pada persidangan ICA di Kigali, Rwanda.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease