Wadah PELANCAR Edisi November 2019

6

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

ACCU Berimpak Besar Kepada Kesatuan Kredit Di Asia S elama 48 tahun sejak penubuhannya, Association of Asian Confederation of Credit Unions (ACCU) merupakan Oleh : NADIAH KAMARUDIN

negara Asia pada tahun 2016 berada di tahap 35 peratus. Memandangkan perkara tersebut menjadi salah satu keutamaan yang difokuskan oleh ACCU, beliau turut menyeru ahli-ahli persatuan tersebut untuk melaporkan perkembangan dan pencapaian dari semasa kesemasa. Hadir bersama ke program tersebut ialah Setiausaha ACCU, Mr. WU Tien-Teng; Ketua Pegawai Teknikal Dalam Pengurusan ACCU, Mr. Ranjith Hettiarachchi; Pengerusi KKP, Dr. A.S. Arumugam; Pengerusi ACCUM, Dato’ Dr. Mohd Ariff Araff dan Setiausaha Agung Kesatuan Koperasi- Koperasi Kredit Malaysia Berhad, Mr. S. Ahlaimuniandy.

rangkaian kepada 31,752 koperasi kredit di 23 buah negara Asia yang mewakili seramai 36.1 juta ahli individu. Lebih penting lagi, seramai 17 juta orang yang berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik juga telah mempunyai akses perkhidmatan kewangan yang berpatutan dan lestari melalui koperasi-koperasi tersebut. Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, peranan yang selama ini dimainkan oleh ACCU memberi impak besar kepada 202 ahlinya dan secara tidak langsung turut memberi kesan kepada kelangsungan aktiviti sosioekonomi anggota-anggota koperasi kredit. ACCU telah menganjurkan“Asian Credit Union Forum 2019” di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 September 2019 dan telah dihadiri seramai 116 peserta dari 25 buah negara. Program tersebut telah dihoskan oleh Association of Co-operative Credit Unions of Malaysia Ltd. (ACCUM) dan Koperasi Kredit Pekerja- Pekerja Malaysia Berhad (KKP). Dato’ Abdul Fattah berkata, koperasi- koperasi kredit perlu memaksimumkan penggunaan digital dalam perkhidmatan yang disediakan memandangkan terdapat permintaan yang tinggi daripada anggota untuk perkhidmatan kewangan yang cepat dan mudah untuk diakses. Usaha ini akan membantu koperasi untuk bersaing dengan institusi-institusi kewangan yang lain. Ketua Pegawai Eksekutif ACCU, Ms. Elenita V. San Roque pula berkata, ACCU perlu kekal menjadi platform positif yang memperkukuhkan kedudukan ekonomi wanita dan anak-anak muda. Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF melaporkan peminjam wanita di negara-

» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan membentangkan peranan dan hala tuju ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia.

» Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah beramah mesra dengan Ketua Kumpulan Latihan dan Perundingan National Confederation of Cooperatives, Ms. Daisybelle “Bing” M. Cabal.

» Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (dua dari kiri) memberi cenderamata kepada Naib Presiden Pertama ACCU, Dr. Adjaop Lt. Gen. Weera Wongsan.

» Dato’ Abdul Fattah bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif ACCU, Ms. Elenita V. San Roque (paling kanan); Ketua Pegawai Teknikal Dalam Pengurusan ACCU, Mr. Ranjith Hettiarachchi (paling kiri) dan Setiausaha Agung Kesatuan Koperasi-Koperasi Kredit Malaysia Berhad, Mr. S. Ahlaimuniandy (dua dari kiri).

» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya memberi penerangan kepada peserta-peserta yang hadir.

» Peserta-peserta Asian Credit Union Forum 2019 mengadakan kunjungan ke ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya, Selangor pada 26 September 2019.

» Dato’ Abdul Fattah bergambar bersama sebahagian daripada peserta-peserta Asian Credit Union Forum 2019.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease