Wadah PELANCAR Edisi November 2019

8

ANGKASA

Ke Arah Pemantapan Sistem Keselamatan Siber Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

S atu Bengkel Pematuhan Mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) Bersama Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (PDPA) telah diadakan di ANGKASA dan disertai sekumpulan 23 orang terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan serta Subsidiari Dan Jaringan Perniagaan ANGKASA pada 2 Oktober 2019 lalu. Sesi penerangan mengenai Akta Per- lindungan Data Peribadi disampaikan oleh Ketua Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Encik Mohd Sharil Mazmi Mohd Sharif dan Ketua Unit Hal Ehwal Pengguna Data JPDP, Encik Mohamed Aswan Mat Adini. Antara pengisian bengkel tersebut termasuk membincangkan Laporan Rumusan Semakan Program Penghargaan Kepada Pelanggan Individu Potongan Gaji (Data Peribadi), membincangkan kedudukan ANGKASA dalam Akta PDPA 2010 serta merangka polisi PDPA ANGKASA. Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, beliau menyatakan bengkel yang pertama kali diadakan adalah platform terbaik buat ANGKASA khususnya dalam pemantapan ke arah pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709).

Menurutnya, inisiatif ini adalah bertujuan bagi memastikan ANGKASA sebagai badan pun-cak Gerakan Koperasi Negara yang menitikberatkan isu-isu keselamatan, privasi dan sistem keselamatan siber bagi menjamin keselamatan data peribadi pelanggan. Bengkel tersebut turut disertai Naib Presiden- Naib ANGKASA iaitu Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa dan Dato’ Dr. Hj. Abdul Rahman Abd Razak Shaik, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Prof. Dr.Wan Mohtar Wan Yusoff, Penasihat Korporat (Sektor Kewangan), Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh dan Ketua Pegawai Teknologi & Inovasi ANGKASA, Haji Mohd Sofian Osman.

» Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya ketika menyampaikan ucapan aluan pada Bengkel Pematuhan Mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) Bersama Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (PDPA)

» Ketua Unit Teknologi Maklumat JPDP, Encik Mohd Sharil Mazmi memberi penerangan mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709)

» Peserta yang mengikuti bengkel.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease