MuatTurun Aplikasi Mudah Alih
Secara Percuma di
OGOS 2019 JILID: WP01 / 5
ANGKASACoop
www.angkasa.coop RM1.00
Kertas Kitar Semula
Perdana Menteri Sokong Usaha ANGKASA Perkasa Gerakan Koperasi
CLT Sokong Usaha ACO Tubuh ASEAN Co-operative Bank
muka 4
BeritaPenuh
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
ANGKASA Tinjau Peluang Kerjasama Ternakan Lembu Pedaging Untuk Koperasi
muka 6
Berita Penuh
Ketengah Tradisi Bugis Dalam Program ISTAC
muka 8
Berita Penuh
Program ANGKASA Bersama Komuniti
» YAB Tun Dr. Mahathir meneliti cadangan rangka kerja pembangunan dan pembinaan rumah mampu milik sambil diberi penerangan oleh Dato’ Abdul Fattah.
‘Jom Makan Pulut Durian dan Jualan Buah-Buahan’
P erdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kerajaan bersedia memberi sokongan kepada ANGKASA dalam usahanya untuk merangsang dan membangunkan perniagaan lebih 14,000 koperasi di seluruh negara. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika mengadakan pertemuan di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 16 Julai lalu turut menzahirkan harapan agar agenda pembangunan gerakan koperasi sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.
Dalam pertemuan tersebut, Dato’ Abdul Fattah telah menyuarakan hasrat ANGKASA untuk membantu kerajaan menangani isu rumah mampu milik yang menjadi cabaran utama di pelbagai negara termasuk Malaysia. Dato’ Abdul Fattah telah menyerahkan rangka kerja pembangunan dan pembinaan rumah mampu milik yang sedang diusahakan oleh ANGKASA melalui anak syarikatnya, MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. Buletin Suku Tahunan yang telah diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia pada suku keempat
muka 10
Berita Penuh
Tinjau Semula Ternakan Kerang
muka 11
Berita Penuh
bersambung di muka surat 2
2
ANGKASA
2017 melaporkan kemampuan untuk rakyat Malaysia memiliki rumah pada tahun 2016 berada di tahap Median Multiple 5.0 . Berdasarkan kepada standard antarabangsa, Median Multiple 5.0 bermakna perumahan negara sebagai ‘sangat tidak mampu untuk dimiliki’. YAB Tun Dr. Mahathir telah memaklumkan bahawa beliau sedia untuk meneliti dan mengkaji hasrat yang diutarakan oleh ANGKASA dalam soal pembangunan sektor perumahan dan pemerolehan rumah mampu milik khususnya kepada warga koperasi. Penglibatan ANGKASA dalam industri perumahan negara mampu memberi sumbangan yang besar terhadap kemampuan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dengan tumpuan diberikan kepada koperasi dan anggota- anggotanya. Kini, hampir 20 peratus atau lebih
6,060,732 penduduk di Malaysia merupakan anggota koperasi. Usaha ANGKASA ini juga adalah untuk merancakkan lagi penglibatan koperasi sebagai pemain swasta yang telah diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk memacu industri perumahan negara. Sehingga 31 Disember 2018, hanya 307 buah koperasi di Malaysia merupakan koperasi berfungsikan perumahan,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Hajah Zuraida Kamaruddin di Bangunan KPKT, Putrajaya. Kunjungan tersebut adalah untuk memohon kerajaan memudahkan pembiayaan bagi projek perumahan melibatkan koperasi dan memudahkan pinjaman pembiayaan pembelian perumahan ahli.
menurut satu perangkaan am yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Pada 11 April lalu, ANGKASA juga telah
mengadakan kunjungan hor- mat bertemu Menteri di Kementerian
Perkembangan Dasar Perumahan Malaysia
1970-1985 Perumahan untuk Mengatasi Masalah Kemiskinan
1986 - 1997 Perumahan Berfokuskan Pasaran
1957 - 1970 Fasa Perumahan Awal Kemerdekaan
1998-2011 Perumahan untuk Setinggan
2012-Kini Perumahan Mampu Milik
Sumber: Ringkasan Eksekutif Dasar Perumahan Negara (2018-2025), Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
» YAB Tun Dr. Mahathir menerima cenderamata berupa plak bangunan ibu pejabat ANGKASA dari Dato’ Abdul Fattah.
Dari Meja Presiden ANGKASA
kasih kepada semua pewakilan yang telah menjayakan Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA ke-34 dan turut menanam azam serta tekad yang sama seperti anda semua iaitu berjuang demi kelestarian sosioekonomi anggota.
tidak melihat itu sebagai anasir utama yang akan merosakkan masa depan koperasi. Sebaliknya nikmat sebenar berkoperasi adalah menerusi hikmah perjuangan koperasi itu sendiri seperti nilai-nilai kesepakatan, perpaduan, pembangunan modal insan dan juga peluang pekerjaan yang lahir daripadanya. Marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat berkoperasi dan menanam azam untuk terus menzahirkan kelestarian berkoperasi demi kemakmuran sosioekonomi anggota. Saya secara peribadi ingin merakamkan penghargaan dan terima
M andat yang dipertanggung- jawabkan ke atas diri saya sebagai Presiden ANGKASA bukan sekadar untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan ANGKASA sebagai badan Apeks gerakan koperasi di Malaysia, malah pemilihan semula ini merupakan simbolik kepada kejayaan dan kecemerlangan ANGKASA selama ini membantu merangsang serta membangunkan perniagaan koperasi. Meskipun pendekatan ekonomi yang diamalkan dalam konteks tadbir urus koperasi tidak seiring berbanding dengan
apa yang diperjuangkan oleh sektor-sektor ekonomi yang lain, namun yang pasti, prinsip dan falsafah koperasi itu sendiri merupakan manifesto perjuangan asasi yang perlu kita pegang dan banggakan. Kelestarian sosioekonomi anggota akan terus diletakkan sebagai matlamat paling utama yang mahu dicapai di sebalik usaha untuk terus membantu meningkatkan potensi serta kejayaan sektor-sektor perniagaan koperasi. Meskipun sektor koperasi sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi yang membataskan keupayaannya, kita
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
3
KOPERASI
Program ‘Sayangi Hidupku Medicare’ Pembiayaan dan Penjagaan Kesihatan Untuk Warga Koperasi
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Bersama pemimpin-pemimpin koperasi yang menyertai program perlindungan dan penjagaan kesihatan ‘Sayangi Hidupku Medicare’. K operasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad dengan kerjasama syarikat penginsuran positif gerakan koperasi dalam menjaga kebajikan anggota khususnya terhadap golongan B40. “Pendekatan ini juga men-
Layari Laman web : www.sayangihidupkumedicare.my atau hubungi Unit Pemasaran di talian 03-78874442/78873442 untuk keterangan lebih lanjut.
dan Takaful Great Eastern Holdings telah melancarkan program ‘Sayangi Hidupku Medicare’ iaitu program perlindungan dan penjagaan kesihatan, kemalangan dan hayat kepada orang ramai khususnya anggota koperasi. Majlis perasmian yang berlangsung di Kuala Lumpur 23 Julai lalu telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh. Hadir sama ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Pengerusi Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad, Datuk Seri Panglima Haji Yahya B. Hussein dan beberapa pemimpin koperasi termasuk Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Encik Zed Zaidi. Datuk Nordin dalam ucapannya amat menghargai inisiatif dalam menjayakan agenda tanggungjawab sosial melalui produk koperasi seperti yang dicetuskan oleh Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad. Katanya, pendekatan itu dilihat sebagai satu usaha murni yang sangat relevan dalam mensejahterakan koperasi selain mampu memberi kelebihan sekaligus menonjolkan sisi
cerminkan tahap keprihatinan yang istimewa terhadap kehidupan dan perlu ada dalam amalan berkoperasi kerana secara dasarnya, insuran sangat penting dalam membina pembangunan dan menjaga kelestarian insaniah,” katanya. Menurut beliau, program yang diketengahkan ini juga membolehkan anggota koperasi menikmati manfaat perlindungan dan penjagaan kesihatan terbaik sehingga berusia 80 tahun dengan kadar harga yang tetap serta tidak membebankan. Program ‘Sayangi Hidupku Medicare’ yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu ‘Pelan Program Kasih’ dan ‘Pelan Program Mesra (B40)’ adalah berkonsepkan patuh syariah dan memberi kebebasan kepada anggota koperasi untuk memilih mekanisme pembayaran sama ada secara bulanan, tahunan atau pembayaran tunggal dengan kadar harga mampu milik. Tertakluk kepada terma dan syarat, anggota koperasi atau koperasi itu sendiri boleh mendaftarkan diri sebagai ejen bagi menyampaikan serta menghebahkan program khas tersebut secara sah.
» Datuk Nordin Salleh memukul gong sebagai gimik pelancaran program. Hadir sama di pentas ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (empat dari kanan).
4
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
CLT Sokong Usaha ACO Tubuh ASEAN Co-operative Bank
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Produk-produk buatan koperasi yang merupakan ahli CLT.
» Ibu pejabat CLT yang terletak di Bangkok.
C o-operative League of Thailand (CLT) melalui Pengerusinya, Mr. Poramate Intarachumnum menyatakan sokongan terhadap usaha ASEAN Co-operative Organisation (ACO) untuk menubuhkan ASEAN Co- operative Bank yang mampu memberi manfaat kepada lebih daripada 300,000 koperasi di rantau Asia. Selain itu, CLT juga turut mencadangkan supaya pertemuan antara koperasi-koperasi di rantau tersebut dapat diadakan secara lebih kerap. Hal tersebut dilihat selaras dengan usaha untuk mewujudkan lebih banyak kerjasama dalam meningkatkan hubungan ekonomi pelbagai sektor. Demikian antara inti pati perbincangan oleh kedua-dua belah pihak sewaktu CLT mengadakan kunjung hormat ke ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya, 17 Julai lalu. Dalam usaha memastikan pelan menubuhkan ASEAN Co-operative Bank berjalan dengan lancar, negara- negara anggota ACO perlu memainkan peranan lebih proaktif supaya dapat memberi kesan yang lebih signifikan kepada lebih 650 juta anggota koperasi di semua negara ASEAN. Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan aluannya turut mengetengahkan idea ‘ASEAN Corner’ yang menampilkan 10 produk koperasi dari setiap negara
anggota ACO. ‘ASEAN Corner’ mampu memperlihatkan kekuatan gerakan koperasi secara kolektif. Katanya, produk-produk yang terpilih mestilah menepati piawaian kualiti untuk dieksport. Usaha tersebut mampu memperkukuhkan lagi peranan ACO sebagai entiti yang memimpin dan meningkatkan hubungan strategik antara koperasi di negara-negara ASEAN. Dato’ Abdul Fattah turut meng- ambil peluang menjemput kesemua 49 delegasi CLT untuk menyertai Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi
(MACCOPS) yang akan diadakan dari 28 hingga 30 November nanti di Persada Johor, Johor Bahru. Beliau pada masa yang sama turut mengucapkan tahniah kepada Mr. Poramate Intarachumnum yang telah dipilih sebagai Pengerusi baharu CLT, menggantikan Mr. Mongkalat Pukanat. CLT merupakan badan apeks gerakan koperasi di Thailand yang mewakili hampir 8,000 koperasi di negara tersebut. Ditubuhkan pada 1 Januari 1969, CLT juga memiliki persamaan dengan ANGKASA dari
sudut peranannya iaitu menggembleng usaha ke arah meningkatkan sum- bangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar di Thailand. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA; Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Operasi ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh.
» Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bergambar bersama delegasi CLT di Auditorium ANGKASA. Hadir sama ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (lima dari kanan) dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (enam dari kiri).
5
KOPERASI
Oleh : RAHMAT MOHD DID Perlu Proaktif Dan Terbuka Mantapkan Aktiviti Koperasi
K operasi yang mempunyai kekangan dari segi kewangan atau kepakaran digalakkan supaya bekerjasama dengan koperasi lain dan syarikat swasta bagi meneroka peluang perniagaan baharu yang mampu memberi pulangan kepada kedua belah pihak. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, koperasi perlu bersikap proaktif dan terbuka dalam usaha memantapkan aktiviti perniagaan lebih-lebih lagi jika mahu meneroka sektor perniagaan yang berimpak tinggi. “Melalui kerjasama tersebut, kos dapat dikurangkan dan keuntungan dapat dikongsi bersama di samping mampu merancakkan lagi ekonomi setempat dan anggota yang terlibat,” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-33 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis Berhad (KENDALI) di Kuala Lipis pada 15 Julai 2019. Kerajaan negeri Pahang kini dalam usaha membawa masuk pelabur-pelabur dari Belanda dan China yang berminat untuk melabur dalam industri pertanian dan perladangan di negeri ini. Beliau akan memastikan sebahagian pelaburan tersebut akan melibatkan koperasi seterusnya meningkatkan Keluaran
Persefahaman (MoU) dengan Beyond Petroleum Education (BPE) untuk penanaman rock melon dan pembelian secara pertanian kontrak di Kuala Lipis, Pahang. MoU tersebut diwakili oleh Pengerusi KENDALI, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Pengarah BPE, Cik Nur Azida Daud sambil disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail. Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Pengarah RISDA Pahang, Encik Abd Rahim Hashim, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang, Tuan Haji Ibrahim Kasah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Dato’ Mustapha Haji Long, ADUN Cheka, Encik Lee Ah Wong dan Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.
» Pengerusi KENDALI merangkap Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (kiri) dan Pengarah Beyond Petroleum Education (BPE), Cik Nur Azida Daud (kanan) bertukar dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk projek penanaman rock melon dan pembelian secara pertanian kontrak di Kuala Lipis, Pahang sambil disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah). Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor koperasi di masa hadapan. Sementara itu, Pengerusi KENDALI merangkap Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan aluannya berkata, KENDALI merancang untuk meneroka bidang baharu yang berpotensi besar seperti tanaman tembikai wangi ( rock melon ) dan jagung bijian bagi memantapkan lagi pendapatan koperasi di masa hadapan. Dalam majlis sama, KENDALI menjalankan satu Perjanjian
» Pengerusi KENDALI merangkap Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah beramah mesra dengan anggota koperasi.
Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ Sedia Pelapis Pemimpin Wanita Dalam Koperasi K operator muda wanita perlu merebut peluang meningkatkan keupayaan dalam tadbir urus sebagai pelapis dalam pengurusan kepimpinan koperasi. dengan pencapaian diri dan kepentingan mendekatkan diri dengan alam, air, tanah, api dan pasaran digital yang semakin meluas.
Peserta seminar juga turut dibentangkan dengan tajuk kepimpinan efektif, kepimpinan melalui digital, aura kepimpinan dan minda keusahawanan. Hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Persatuan E-Usahawan Wanita Malaysia, Prof. Dr. Aini Aman dan Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datin Dr Norizan Abdul Razak serta Pengasas Aura Seri, Datin Ira Ghani.
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika berucap merasmikan seminar tersebut berkata, ANGKASA sebagai badan Apeks sentiasa menyediakan platform dalam menyerlahkan kepimpinan koperator wanita menerusi pelbagai aktiviti ilmu. Menurut beliau, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kepimpinan dalam koperasi perlu terdiri daripada golongan wanita. Sehingga Jun 2016, terdapat 240 buah koperasi wanita di Malaysia, dengan syer RM15 juta dan aset sebanyak RM29 juta. Malah katanya, koperasi wanita juga digalakkan bergabung di bawah sebuah konsortium koperasi wanita supaya pergerakan mereka lebih kuat dan berjalan lancar. ‘Seminar Kepimpinan Wanita Di Peringkat Akar Umbi’ telah berlangsung di Hotel Aliya, Klang pada 21 Jun lepas dan disertai seramai 60 koperator mewakili koperasi wanita sekitar negeri Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.
» Datin Ira Ghani, Pengasas Aura Seri antara panel yang terlibat dalam Seminar Kepimpinan Wanita.
Antara dibincangkan adalah mengenai kepimpinan yang positif, kepimpinan yang kreatif inovatif serta mahir IT, cara menangani krisis media, perkongsian pengalaman penceramah dan peserta, tips bekerja dengan bijak, kepentingan menjaga perasaan sendiri dan mencari penyelesaian kepada masalah. Penceramah turut membincangkan keperluan memotivasikan semangat, bangga perkara yang
» Peserta bergambar bersama di akhir program.
6
KOPERASI
ANGKASA Tinjau Peluang Kerjasama Ternakan Lembu Pedaging Untuk Koperasi
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Pegawai Eksekutif Kamran Group, Dato’ Raghu Loganathan Pillai telah menghasilkan kesepakatan untuk melibatkan penyertaan koperasi dalam aktiviti ternakan secara besar- besaran bagi mengurangkan kos sekaligus berupaya membantu memenuhi permintaan terhadap daging segar yang cukup tinggi di pasaran dalam dan luar negara. Perbincangan mengenai usahasama tersebut yang berlangsung di ladang DK Ternak milik Ternakan Kamran Sdn. Bhd. di Kluang Johor turut disertai Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Haji Sazali Abd. Hamid dan Pengerusi JPAN Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah serta beberapa pemimpin koperasi. Menurut Dato’ Abdul Fattah, pemilihan Ternakan Kamran Sdn. Bhd. sebagai rakan strategik turut mengambil kira faktor pengalaman lebih 30 tahun dalam sektor tersebut selain kecemerlangan aspek tadbir urus dan pemasaran yang konsisten. Beliau juga yakin dengan keupayaan syarikat tersebut untuk membantu koperasi bukan sahaja dalam aspek pengurusan ladang ternakan malah boleh mengadaptasi program pembangunan genetik dan penggunaan teknologi terkini dari Brazil seperti yang dipraktikkan di ladang DK Ternak.
» Dato’Abdul Fattah (tiga dari kiri) meninjau salah sebuah pusat fidlot yang menempatkan baka lembu import. Turut sama ialah Dato’ Haji Kamarudin (dua dari kanan) dan Dato’ Haji Ibrahim (paling kiri).
A NGKASA membuka ruang dan peluang kepada koperasi untuk mempertingkatkan perolehan perniagaan secara berimpak tinggi menerusi cadangan kerjasama strategik bersama Ternakan Kamran Sdn. Bhd. dalam aktiviti ternakan dan pembekalan lembu pedaging serta kambing bebiri. Koperasi yang mempunyai tanah dengan keluasan yang bersesuaian dipelawa untuk menceburi aktiviti tersebut berasaskan konsep ladang fidlot dalam skala komersil. Selain membekalkan baka yang bersesuaian, pihak Ternakan Kamran juga bersetuju untuk membantu mengawal selia semua aspek pengurusan ternakan bagi memastikan modul dan sistem dijalankan oleh koperasi yang terlibat menepati piawaian. Di samping itu juga, pihak Ternakan Kamran turut memberi jaminan untuk membeli keseluruhan hasil ternakan tersebut selepas tempoh matang. Perbincangan antara Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan pengurusan Ternakan Kamran Sdn. Bhd. yang diketuai Ketua
» Dato’ Raghu (paling kiri) turut memberi penerangan tentang sistem elektronik yang digunakan bagi mengenal pasti berat terkini lembu.
» Bergambar kenangan di ladang DK Ternak.
» Delegasi juga turut berkesempatan meninjau pusat ternakan kambing bebiri.
7
ANGKASA
Terap Budaya Keusahawanan melalui Koperasi Sekolah
Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
K operasi sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk potensi diri serta penerapan nilai-nilai murni dengan aktiviti kemasyarakatan dalam kalangan pelajar sekolah. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, pengurusan koperasi sekolah juga perlu lebih giat untuk membudayakan semangat dan ilmu keusahawanan dalam kalangan pelajar. Dalam majlis itu juga, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Terengganu, Encik Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak turut menyerahkan replika cek Bantuan Pembangunan Koperasi sumbangan SKM sebanyak RM30,000 kepada Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz Dungun Berhad. Menurut Dr. Mohd Azlan, usaha dalam membentuk modal insan yang memiliki ciri-ciri tersebut perlu disemai dari peringkat awal bagi melahirkan generasi muda yang lebih kompeten selain mampu menghadapi pelbagai cabaran. Katanya, bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai, ANGKASA mengambil inisiatif memperkukuh gerakan koperasi sekolah dengan mewujudkan Bahagian Pembangunan Koperasi Sekolah untuk membantu membangun dan meningkatkan tahap pencapaian koperasi sekolah. Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Perasmian Bangunan Koperasi dan Sambutan AKKS 2019 di Bangunan Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Dungun pada 20 Julai lalu.
Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu; Haji Mastor Ismail; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu, Haji Mazlan Che Wil; Pengetua SM Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun; Haji Saipul Bahri Abd Ghani dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA (JPAN) Tereng- ganu, Haji Yaakub Mohd @ Abdul Mutalib Mat.
» Majlis penyerahan replika cek sumbangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebanyak RM30,000 kepada Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz Dungun Berhad.
» Kios gunting rambut di salah satu kios di Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz Dungun Berhad.
» Bangunan Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz Dungun Berhad.
» Dif-dif kehormat menandatangani simbolik papan tanda empat buah kios Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun.
» Pelajar Imtiaz menerangkan tentang inovasi yang dihasilkan oleh mereka iaitu produk dua dalam satu semburan serangga perosak dan baja yang diperbuat daripada daun betik yang selamat diguna untuk tanaman.
» Pelajar Kelab Robotik Imtiaz Dungun menerangkan tentang hasil kerja robotik yang dicipta oleh ahli kelab tersebut.
8
KOPERASI SEKOLAH
Koperasi SMK Puncak Alam Berhad Ketengah Tradisi Bugis Dalam Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Murid-murid SMK Puncak Alam melakukan persembahan tarian Poja yang merupakan tarian tradisi masyarakat Bugis.
P elancongan koperasi sekolah yang telah dinaiktaraf ke Inter School Tourism ANGKASA Co-operative (ISTAC) perlu sentiasa dipelbagaikan khususnya dari sudut pelaksanaan program supaya sentiasa segar dan menarik selain menjadi daya tarikan kepada pelajar-pelajar untuk terlibat secara lebih berinovatif. Pendekatan seumpama itulah yang kini sedang diusahakan oleh Koperasi SMK Puncak Alam Berhad (SEPUNCAK). Penerapan budaya dan tradisi etnik Bugis dijadikan sebagai tema utama menerusi pakej lawatan sambil belajar anjurannya. Langkah itu diambil selepas mengambil kira lokasi sekolah tersebut yang terletak di Kuala Selangor dan etnik tersebut juga telah mula bertapak sejak 17 Masihi. Pakej-pakej pelancongan yang di- tawarkan oleh Koperasi SEPUNCAK padat dengan pelbagai jenis aktiviti seperti lawatan ke Bukit Melawati, Pantai Remis dan Sky Mirror. Tamu juga akan didedahkan dengan adat istiadat masyarakat Bugis melalui aktiviti bicara tokoh & kebudayaan, pameran seni & budaya serta “ Bugis Delights ” yang memberi peluang kepada mereka untuk merasai makanan tradisional masyarakat tersebut.
» Tan Sri Datin Sri Cempaka Kontik Kamariah binti Ahmad merupakan tokoh yang telah dipilih untuk program “Bicara Tokoh”.
» Penolong Kanan SMK Puncak Alam, Puan Norizah Abdul Hamid menerima plak “COOP ISTAC” oleh Puan Zunaina Subari, Pegawai Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA.
» Tamu akan didedahkan dengan pelbagai informasi mengenai budaya dan tradisi masyarakat Bugis seperti pemakaian busana, makanan dan penempatan.
9
KOPERASI SEKOLAH
m Program ISTAC
Program koperasi SEPUNCAK yang bermula secara rasmi pada bulan Julai 2019 merupakan salah satu usaha proaktif berterusan koperasi tersebut untuk meningkatkan jumlah keuntungan. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2018, koperasi SEPUNCAK telah berjaya merekod keuntungan bersih sebanyak RM101,134.01. Program itu juga bertujuan ISTAC memberi peluang kepada pelajar- pelajar meraih pengalaman secara langsung dengan mengurus sendiri aktiviti-aktiviti lawatan dengan sokongan dan bimbingan daripada guru serta ibu bapa. Melihat potensi ISTAC yang mampu memberi pulangan yang baik, koperasi SEPUNCAK telah menjalankan beberapa persediaan untuk memastikan program tersebut berjalan dengan lancar seperti mengikuti latihan dan bengkel yang dianjurkan oleh ANGKASA dan mengkaji tempat-tempat menarik untuk dikunjungi sekitar Kuala Selangor. Beberapa tenaga pengajar dan murid sekolah tersebut juga turut
menyertai program COOP ISTAC yang dihoskan oleh koperasi sekolah dari negeri lain selain menghantar dua pelajarnya untuk menyertai lawatan penanda aras di Perlis dan program pengantarabangsaan di Hat Yai, Thailand. Program COOP ISTAC SEPUNCAK menawarkan pakej lawatan serendah RM100 hingga RM300 untuk seorang. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej lawatan yang disediakan, boleh menghubungi Puan Wannoorulhuda Wan Noor di talian 013-6701064 atau e-melkan pertanyaan ke 64hudwannoor@gmail.com.
» Rumah Api Kuala Selangor yang berketinggian 83 meter dari dasar laut adalah antara tarikan di Bukit Melawati.
» Terletak kira-kira 15 minit dari Kampung Sasaran Kuala Selangor, Sky Mirror menampilkan seni foto, “ Salar de Uyuni ” yang menjadi tarikan terbaru khusus untuk peminat fotografi.
Bil.
Pakej
Harga
Tempoh
Program
1.
Raja Siti
RM100
1 hari
i) Bukit Melawati: Jejak sejarah ii) Pantai Remis: Teka Siput iii) Sky Mirror i) Pantai Remis: Teka Siput ii) Bukit Melawati: Jejak sejarah iii) Edutainment with MRT iv) i-City Shah Alam v) Sky Mirror vi) Agro: Usaha Jaya Ijok-Jeram i) Bukit Melawati: Jejak sejarah ii) Akuarium Ikan Air Tawar iii) Taman Alam Kuala Selangor iv) Edutainment with MRT v) i-City Shah Alam vi) Sky Mirror i) Bukit Melawati: Jejak sejarah ii) Akuarium Ikan Air Tawar iii) Taman Alam Kuala Selangor iv) Sky Mirror i) Bukit Melawati: Jejak sejarah ii) Akuarium Ikan Air Tawar iii) Taman Alam Kuala Selangor iv) Agro: Usaha Jaya Ijok-Jeram v) Pantai Remis: Teka Siput vi) Sky Mirror
2.
Raja Lumu RM300
3 hari 2 malam
3.
Daeng Masik RM250
4.
Daeng Lolok RM220
2 hari 1 malam
5.
Daeng Chelak
RM200
» Pantai Remis yang terletak di Sg. Sembilang, Jeram adalah kawasan eko- pelancongan yang memberi peluang kepada pengunjung untuk ‘lari’ dari kesibukan hidup di bandar.
10 KOPERASI
Program ANGKASA Bersama Komuniti
‘Jom Makan Pulut Durian dan Jualan Buah-Buahan’
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Berhad (KOPSAD) dan Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah itu telah dirasmikan oleh ADUN Guar Chempedak, Dato’ Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail. Selain menjamu selera, tetamu juga turut berpeluang membeli pelbagai jenis buah- buahan tempatan seperti durian, rambutan dan manggis dengan harga yang lebih rendah berbanding di pasaran semasa. Presiden ANGKASA,
» Pelbagai jenis buah- buahan turut dijual dengan harga yang rendah berbanding harga pasaran.
ekonomi secara bersendirian, pendekatan seumpama ini juga dilihat mampu menjadi contoh dan platform terbaik bagaimana untuk meningkatkan keupayaan ekonomi koperasi melalui jualan secara langsung selain perolehan sewa tapak jualan,” katanya. Hadir sama memeriahkan majlis ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib- Naib Presiden ANGKASA iaitu Dr. Mohd Azlan Yahya dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abd. Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Pengerusi JPN Perlis, Encik Sahimi Shari; Ahli-Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah dan Perlis serta wakil dari agensi-agensi kerajaan negeri.
» Dato’ Abdul Fattah turut berkesempatan mengupas sendiri buah durian untuk dihidangkan kepada tetamu. Hadir sama ialah Dato’ Dr. Ku Abd. Rahman (tiga dari kanan), Pengerusi KOPSAD, Encik Mohd Zamri Said (dua dari kanan) dan Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (paling kanan).
L ebih 500 warga koperasi dan masyarakat setempat hadir memeriahkan Program ANGKASA Bersama Komuniti bertemakan ‘Jom Makan Pulut Durian dan Jualan Buah-Buahan’ pada 11 Julai di Kampung Teroi Bukit, Guar Chempedak, Kedah. Program anjuran bersama Persatuan Komuniti Teroi Bukit, Koperasi Keluarga Said Derani Kedah
Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan aluannya berkata, program seumpama ini wajar diperluaskan oleh koperasi khususnya koperasi komuniti yang lain kerana konsep yang ditekankan melalui aktiviti ini mampu menterjemahkan matlamat memperkasa kesepakatan sesama anggota koperasi dan masyarakat setempat. “Kita juga pasti sukar untuk merebut peluang
Pertanian & Industri Asas Tani Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS) No. 24, Jalan MITC, Prima 1, Air Keroh 75450 Melaka Tel: +062535565
* Sah sehingga 31 Disember 2019
Untuk Info Lebih Lanjut Sila Hubungi: Jabatan Jualan dan Pemasaran. Ika: 018 - 264 8711 Fareha: 019 - 5953707
Hotel KOBEMAS Melaka Jalan MITC, Prima 1, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka Tel: +6062535353 Facebook: Kobemas Hotel, Melaka Instagram: Kobemas Hotel Melaka www.hotelkobemas.com.my
11 KOPERASI
Tinjau Semula Ternakan Kerang
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
L awatan kerja pengurusan ANGKASA Pusat yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah telah mengunjungi Koperasi Pantai Merdeka Kedah Berhad (KPMKB) pada 11 Julai lalu. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dr. Mohd Azlan Yahya dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta barisan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah yang diketuai Pengerusinya, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh. Selain mahu menyaksikan sendiri perkembangan perniagaan baharu yang dijalankan oleh koperasi tersebut iaitu KPMKB – Auto Parts, kedua-dua pihak juga turut membincangkan tentang status terkini serta potensi pembangunan semula tapak ternakan kerang yang pernah diusahakan oleh KPMKB sebelum ini. Dato’ Abdul Fattah berkata, kesung- guhan dalam menjalankan aktiviti perlu diteruskan dengan pendekatan dan strategi yang betul. Ia bagi memastikan perjalanan sesebuah perniagaan yang diusahakan itu mampu mencambahkan hasil seperti yang dirancang dan disasarkan.
Katanya, ANGKASA melalui rakan strategiknya sedia membantu KPMKB dalam menjayakan agenda pembangunan perniagaan alat ganti kenderaan selain menawarkan bantuan pinjaman melalui Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) untuk meningkatkan modal perniagaan sedia ada. Selain itu katanya, projek ternakan kerang KPMKB di perairan Pantai Merdeka, Kedah yang terhenti sejak beberapa tahun lalu perlu dikaji dan diteliti dengan sebaik mungkin selain mendapatkan pandangan daripada pakar terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat. Beliau turut mengalu-alukan penglibatan semula KPMKB dalam industri tersebut yang dilihat sangat menguntungkan sekiranya semua proses pengurusan berjalan lancar dan masalah pencemaran dasar laut kesan daripada tsunami itu telah pulih dengan sepenuhnya. KPMKB yang mula didaftarkan pada bulan Ogos 1996 dengan 90 anggota turut menjalankan aktiviti penyewaan kedai selain menjadi agen kepada Tabung Haji Travel Sdn. Bhd. untuk pakej umrah dan pelancongan.
» Bergambar kenangan sambil bertukar cenderamata di hadapan KPMKB – Auto Parts yang terletak di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.
» Pengerusi KPMKB, Encik Seok Bu @ Abu Hassim memberi penerangan tentang perkembangan aktiviti koperasi kepada delegasi ANGKASA.
» Tapak ternakan kerang di Bukit Penjara, Pantai Merdeka.
ANGKASA 12 WAWANCARA BERSAMA PROF. MADYA DATO’ DR. HAJI ABDUL RAHMAN ABDUL RAZAK SHAIK NAIB PRESIDEN ANGKASA
1. Apa yang mendorong Prof untuk berada di kedudukan sebagai Naib Presiden ANGKASA. Terlebih dahulu syukur ke hadrat Allah SWT atas keizinan-Nya saya berada dalam pimpinan tertinggi ANGKASA. Serta juga menyampaikan ucapan penghargaan dan berbanyak terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh perwakilan koperasi semasa pemilihan Naib Presiden dalam Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) ke-34 pada 29 Jun 2019. Bidang koperasi adalah sangat dekat di hati saya. Dari kecil saya telah didedahkan dengan dunia koperasi kerana arwah ibu saya Hajah Zaharah binti Yahya merupakan aktivis koperasi di tempat kelahiran saya di Teluk Intan. Saya mula menceburi koperasi pada tahun 1990 pada zaman kegawatan ekonomi di mana ramai siswazah menganggur. Maka pada tahun tersebut saya bersama rakan menubuhkan Koperasi Siswazah Intan Usaha Bersatu Hilir Perak Berhad. Pada 16 Julai 2018, tempoh tamat perkhidmatan saya sebagai Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia telah mendorong saya menawarkan diri untuk terus berkhidmat dalam persada gerakan koperasi negara melalui ANGKASA pula. 2. Bagaimana Prof. melihat peranan ANGKASA sebagai badan Apeks dalam membangun dan merangsangkan perniagaan koperasi? ANGKASA telah memainkan peranan sejak sekian lama dalam pembangunan perniagaan koperasi. Kesungguhan pihak ANGKASA selama ini tidak dinafikan telah menyumbang ke arah kemajuan gerakan koperasi negara ini. Dengan kewujudan lapan sektor peneraju pembangunan perniagaan
ANGKASA juga telah menjalankan usahasama di peringkat antarabangsa. Kita perlu menawarkan keluaran produk koperasi yang cukup dan berkualiti bagi memenuhi permintaan pasaran yang luas di luar sana. International Cooperative Alliance (ICA) juga mengiktiraf kewujudan ANGKASA sebagai Koperasi Apeks daripada Malaysia. 3. Bagaimana modal insan mampu mencetus kejayaan yang lebih bermakna dalam tadbir urus sesebuah koperasi. Saya percaya pendekatan pendidikan koperasi di peringkat tunas yakni anggota Koperasi Sekolah mampu menghasilkan generasi koperator muda. Dengan syarat, perlu ada kesinambungan dan minat berkoperasi setelah tamat sekolah untuk terus melibatkan diri mereka ke peringkat pengajian tinggi ataupun komuniti belia. Generasi muda sangat kreatif dan boleh dipupuk ke arah keusahawanan serta memahami falsafah Koperasi. ANGKASA dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) boleh berganding bahu memainkan peranan dalam pembangunan modal insan terhadap generasi koperator muda. Agar melahirkan ramai golongan profesionlisme koperasi yang bersahsiah dalam tadbir urus dan kejayaan. Pembangunan modal insan penting supaya mengikuti perkembangan teknologi semasa dalam menguasai ataupun memahami Revolusi Industri 4.0. Yakni kita perlu semua pihak bertindak pantas seiring keperluan semasa dalam zaman ekonomi digital mengikut acuan koperasi. 4. Apa harapan dan wawasan oleh Prof. sebagai Naib Presiden ANGKASA. Saya sangat mengharapkan sokongan dan juga kerjasama daripada semua peringkat dari koperasi dan warga ANGKASA. Selain itu, saya juga mahu memperkukuh dan mengangkasakan ANGKASA sebagai koperasi Apeks yang disegani di peringkat domestik dan antarabangsa. Sudah sampai masanya masyarakat umum tidak memperkecilkan keupayaan dan kepentingan koperasi. Kita sebagai koperator perlu ada keyakinan yang tinggi bahawa koperasi mampu berdaya saing dalam perniagaan di samping tidak mengabaikan tanggungjawab sosioekonomi masyarakat. Usaha untuk memperkasakan ANGKASA sebenarnya memerlukan sokongan semua pihak, baik dari pihak Kerajaan termasuklah anggota koperasi. Perkara ini penting supaya semua pihak dapat berganding bahu ke arah kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara. Saya juga mahu menjadikan usaha dan amalan koperasi sebagai pembelajaran sepanjang hayat dan jihad ekonomi. Proses pembelajaran sepanjang hayat melalui penglibatan anggota koperasi merangkumi semua peringkat umur dan lapisan masyarakat. Justeru, Kerajaan perlu mengiktiraf peranan semua koperasi tidak kira kecil atau besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara serta menjadikan koperasi sebagai wadah untuk menurunkan kos sara hidup rakyat secara berkesan.
yang telah diusahakan oleh ANGKASA, saya yakin ia boleh lebih melonjakkan lagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekiranya ia dilaksanakan secara optimum. Secara langsung ia membantu ke arah pendapatan tinggi koperasi serta meningkatkan taraf hidup sosio- ekonomi anggota koperasi.
BIODATA Jawatan terkini Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Mantan Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (2014-2018)
Pendidikan
1) Diploma Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia 2) Bachelor Sains Perikanan & Samudera, UPM (Kini UMT) 3) Master Sains Komunikasi Korporat, Universiti Putra Malaysia 4) Doktor Falsafah Komunikasi, Universiti Putra Malaysia 1) Pengerusi Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (2014 – 2019) 2) Timbalan Pengerusi Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (2009 – 2013) 3) Pengerusi Koperasi Siswazah Intan Usaha Bersatu Hilir Perak Berhad (1990 – kini) 4) Pengerusi Koperasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Berhad (2013 – kini) 5) Vice Chairman Human Resource Development Committee of International Co-operative Alliance for Asia Pacific Region (2017 – kini) 1) Ahli Mahkota Perak (2006) 2) Paduka Mahkota Perak (2011) 3) Anugerah Prestasi Cemerlang UPNM (2012 &2018) 4) Johan Setia Mahkota (2016) 5) Darjah Indera Mahkota Pahang (2017)
Penglibatan dalam koperasi
Anugerah
Motto: Jiwa Kita Jiwa Koperasi.
13 KOPERASI
Kerjasama CO-OP STATION dan BA100 Pertingkat Prestasi Perniagaan Runcit Koperasi Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Gerai-gerai jualan turut dibuka bersempena majlis taklimat dan pelancaran CO-OP STATION.
Sebagai permulaan, CO-OP GBSKPPB yang bertindak sebagai kordinator menyasarkan penyertaan minimum 100 buah premis CO-OP STATION menerusi penglibatan koperasi dewasa dan sekolah di Pulau Pinang melalui program CO-OP STATION MART selain usahawan koperasi menerusi program CO-OP STATION KIOSK. Pelbagai kemudahan asas akan disediakan oleh CO-OP GBSKPPB seperti canopy jualan, meja tahan karat, penimbang, tong ais, peti sejuk, peralatan memotong, kasut dan apron selain stok jualan asas. Di samping itu, CO-OP GBSKPPB juga sedia berperanan sebagai penjamin kepada program tersebut selain memantau pelaksanaannya bagi memastikan pelaksanaan CO-OP STATION mengikut polisi pelaksanaan dan garis panduan seperti yang telah ditetapkan. Turut hadir di majlis perasmian tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd Jamil Othman. Untuk maklumat lanjut, hubungi Koperasi Guru Besar SK Pulau Pinang Berhad di talian 04-5731610 atau 011-32719658 atau emel kepada gogbsk@gmail.com PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB CO-OP GBSKPPB 1. Pemantauan status halal produk yang diniagakan. 2. Pemantauan tahap kebersihan, kesihatan dan keselamatan premis dan produk yang diniagakan. 3. Menguruskan kelulusan pelan dari kerajaan tempatan. 4. Lantikan usahawan CO-OP STATION MART dan CO-OP STATION KIOSK. 5. Pemantauan disiplin dan komitmen usahawan. 6. Pemantauan kesinambungan pembekalan. 7. Pemantauan harga jualan yang berpatutan. 8. Pemantauan produk bermutu dan perkhidmatan di tahap terbaik.
» Minyak masak berkualiti (5kg) edaran Koperasi Guru Besar Tasek Gelugor dijual dengan harga RM19 dan akan menjadi sebahagian dari produk jualan di CO-OP STATION.
» Majlis perasmian CO-OP STATION disempurnakan oleh Dato’ Haji Abdul Halim.
H anya perlu menyediakan modal serendah RM2,500, anggota koperasi kini boleh menjalankan perniagaan peruncitan CO-OP STATION dengan menjual pelbagai produk keperluan harian pengguna. Menerusinya, produk-produk terpilih seperti ayam, daging, kambing, makanan laut, mee, telur, kicap dan lain-lain produk pengguna secara terus melalui kerjasama strategik pemborong termasuk koperasi induk berdaftar dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan bagi mengimbangi pasaran serta menarik perhatian pelanggan. CO-OP STATION merupakan hasil inisiatif Koperasi Guru Besar SK Pulau Pinang Berhad (CO-OP GBSKPPB) dengan kerjasama Perhubungan ANGKASA Pulau Pinang. Majlis taklimat CO-OP STATION berlangsung selama sehari pada 9 Julai lalu di Seberang Perai, Pulau Pinang dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Exco Perdagangan Antara- bangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan
Pembangunan Keusahawanan, Dato’ Haji Abdul Halim Haji Hussain. Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam ucapan aluannya melahirkan rasa kagum terhadap pendekatan perniagaan yang cuba dikembangkan selain yakin akan potensi perniagaan runcit secara kecil-kecilan melalui pendekatan berkoperasi. Katanya, program CO-OP STATION dilihat sangat ideal dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan koperasi bukan sahaja kerana modal pusingannya yang rendah, malah dapat membantu mengembangkan pasaran produk-produk halal yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Beliau juga berharap agar jaringan perniagaan yang dilahirkan menerusi pendekatan CO-OP STATION dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh koperasi kecil dan koperasi sekolah. Rangkaian tersebut katanya mampu membendung pelbagai kekangan yang sering membelenggu peniaga sektor peruncitan seperti masalah harga jualan, stok yang terhad serta persaingan.
P ada masa yang sama ANGKASA telah melancarkan program BA100 pada 5 Mei lalu dan mengambil inisiatif untuk membantu golongan B40 khususnya anggota koperasi. Objektif BA100 adalah untuk membekalkan produk dan barangan keperluan asas pada harga yang berpatutan menerusi rangkaian kedai yang dimiliki oleh koperasi, meningkatkan kuasa beli selain meningkatkan taraf hidup anggota koperasi, merangsang perniagaan dalam sektor pemborongan dan peruncitan serta menjalin kerjasama strategik dengan pemain Industri. Buat masa ini, 11 pembekal yang membekal jenama Nasional telah dipilih serta dilantik untuk membekalkan produk ke seluruh rangkaian outlet koperasi. Sehingga kini, sebanyak 323 SKU telah dan akan ditawarkan kepada outlet runcit.
Projek perintis telah dijalankan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan bermula bulan Jun lepas manakala 434 koperasi telah hadir dalam taklimat tersebut. 154 koperasi yang terdiri dari koperasi dewasa dan koperasi sekolah telahpun memasang sistem ‘Barangan Asas Retail Platform’ (BARP). Bagi memberi nilai tambah kepada projek ini, satu sistem telah dibangunkan oleh rakan strategik ANGKASA iaitu Robu Consultant Sdn. Bhd. Platform ini dapat menghubungkan antara anggota sebagai pengguna dengan outlet runcit melalui jimat Apps manakala outlet runcit dengan ANGKASA melalui jimat pos dan ANGKASA dengan pembekal melalui Jimat Hub. Projek BA100 juga telah diiktiraf oleh Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup sebagai satu inisiatif bagi membantu kerajaan dalam
mengurangkan kos sara hidup khususnya dalam memperolehi barangan asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian. BA100 dan CO-OP STATION mempunyai matlamat akhir yang sama iaitu membantu anggota koperasi. Bagi memastikan tiada pertindihan tindakan dalam melaksanakan projek ini, satu perbincangan kerjasama telah dibuat dan CO-OP STATION akan berperanan sebagai ejen pembekal kepada barangan yang tidak dibekalkan oleh BA100. Dalam masa yang sama, sistem BARP akan dipasang pada koperasi yang terlibat dalam projek tersebut di seluruh Pulau Pinang. ANGKASA amat yakin melalui kesepakatan ini, usaha untuk membantu anggota koperasi dan golongan B40 akan dapat direalisasikan secara lebih sistematik dan menyeluruh.
Oleh : HAJI ANUAR BULIN Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan Dan
Pembangunan Keusahawanan
14 KOPERASI
Oleh : NADIAH KAMARUDIN Teroka Peluang Tingkat Perolehan Koperasi K esungguhan Koperasi Sa- wit Sepuluh Kuantan Berhad (KOPSAWIT) men-
jana ekonominya sehingga ber- jaya mencatat perolehan yang memberangsangkan selain terus konsisten setiap tahun menarik perhatian Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Beliau dalam ucapan aluannya memuji usaha KOPSAWIT yang dilihat sangat proaktif dalam setiap usaha yang dijalankan meskipun industri berasaskan sawit sedang berdepan dengan situasi pasaran dan harga yang tidak menentu. Keuntungan yang dijana oleh koperasi tersebut telah meningkat sebanyak 258 peratus daripada RM43,381 pada tahun 2017 ke RM155,405 pada tahun 2018. Manakala modal syer terkumpul yang dicatat juga berjaya ditingkatkan kepada RM636,655 berbanding RM341,950 seperti yang direkodkan sebelum ini. Kunjungan delegasi KOPSAWIT ke ibu pejabat ANGKASA pada 10 Julai lalu diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Haji Abdul Manaf Haji Sulong. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk berbincang dan bertukar-tukar idea serta pandangan mengenai peluang-peluang perniagaan yang baharu dalam usaha berterusan koperasi meningkatkan perolehan. Mula ditubuhkan pada 26 September 2011, KOPSAWIT kini mempunyai seramai 300 anggota. KOPSAWIT yang aktiviti utamanya menjadi agen pengurusan Ladang (Awam) Lot 10 menguruskan ladang kelapa sawit berkeluasan 1,881.08 ekar yang terletak 16 kilometer daripada simpang Gambang, Kuantan. Koperasi tersebut kini dalam proses menguruskan kerja-kerja penanaman semula sawit di samping menjalankan kontrak menggali lubang dan menanam anak sawit sebanyak 28,610 pokok. Selain itu, KOPSAWIT juga turut menyediakan khidmat pengurusan sewaan aset milik persendirian dan menawarkan pelbagai perkhidmatan insurans.
» Pengerusi KOPSAWIT, Datuk Haji Abdul Manaf Haji Sulong (tujuh dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Dato’ Abdul Fattah.
Dato’
Abdul
Fattah
turut
menyarankan tersebut supaya menggunakan tanah yang diuruskan bagi tanaman nanas dan membangunkan tanaman kontan yang dilihat mampu membantu untuk meningkatkan pendapatan. KOPSAWIT juga bercadang untuk koperasi mengusahakan tanaman nanas di kawasan seluas 600 ekar di atas tanah Ladang (Awam) Lot 10 dengan Kulim (Malaysia) Sdn. Bhd., anak syarikat di bawah Johor Corporation. Sekiranya usahasama ini berjaya, KOPSAWIT mampu meningkatkan pengeluaran nanas sekaligus berupaya menampung permintaan komoditi tersebut yang tinggi di pasaran antarabangsa khususnya dari China.
» Kunjungan hormat KOPSAWIT ke ibu pejabat ANGKASA turut disertai oleh Anggota Lembaga dan pengurusan tertinggi koperasi tersebut.
» Seluas 600 ekar tanah daripada keseluruhan kawasan ladang kelapa sawit yang diuruskan oleh KOPSAWIT akan digunakan untuk proses menguruskan kerja-kerja tanam semula sawit.
ANGKASA 15
Yayasan ANGKASA Terus Perkasa Mahasiswa Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Y ayasan ANGKASA akan terus menyuntik semangat dan motivasi kepada setiap mahasiswa tajaannya untuk mencapai kecemerlangan, bukan sahaja dari segi pendidikan tetapi turut melibatkan pembentukan sahsiah peribadi yang lebih mantap. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika berucap dalam majlis perasmian program ter- sebut berkata, keperibadian yang man- tap dan sentiasa aktif dalam aktiviti- aktiviti kemasyarakatan perlu terus dipupuk dan diamalkan oleh mahasiswa. Katanya, pendekatan tersebut juga seiring dengan prinsip dan falsafah yang dipegang dan diamalkan dalam koperasi iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’.
» Bergambar kenangan bersama peserta program.
“Ia sekaligus mampu memberi semangat dan memperkasa modal insan generasi muda untuk terus berbakti kepada masyarakat selain berjaya dalam kerjaya yang diceburi,” katanya. Program Motivasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2019 berlangsung di Serene Resort & Training Centre, Janda Baik, Pahang selama tiga hari bermula 12 Julai 2019 telah disertai seramai 80 mahasiswa tajaan Yayasan ANGKASA dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Yayasan ANGKASA yang mula didaftarkan pada 2 Disember 2010 bertanggungjawab menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi dan anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Pengerusi Ahli Lembaga Amanah Yayasan ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan serta Ahli-Ahli Lembaga Amanah Yayasan ANGKASA iaitu Dato’ Haji Ahmad Jamil Hashim, Hajah Armi Haji Zainudin dan Haji Nasir Khan Yahaya.
» Majlis ceramah perdana oleh Ustaz Dato’ Haji Badli Shah menjadi sebahagian daripada aktiviti program.
“Program seperti ini mampu memberi impak positif selain menyuntik semangat motivasi kepada para pelajar dari segi rohani dan sahsiah agar dapat meningkatkan jati diri melalui aktiviti yang dianjurkan.” Mohd Ikmal Abdul Halim, Universiti Islam Antarabangsa Jurusan Theology.
“Program ini dapat membantu mengeratkan hubungan dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, program ini juga dapat menjadi titik tolak untuk menjadi seorang individu yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat pada masa yang akan datang.”
Nursalsabila Mohd Jamil, Universiti Utara Malaysia Jurusan Kewangan dan Perbankan Islam.
Kunjungi
Terulung di Malaysia dan Ekspo Produk Perkhidmatan Koperasi
28 NOVEMBER hingga 30 NOVEMBER 2019 Pada:
Cooperative Global Gateway to FairTrade
Lokasi : PERSADA JOHOR INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE
Untuk Maklumat Lanjut, Layari www.maccops.coop
@maccops2019
@MaccopsAngkasa
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease