ANGKASA 12 WAWANCARA BERSAMA PROF. MADYA DATO’ DR. HAJI ABDUL RAHMAN ABDUL RAZAK SHAIK NAIB PRESIDEN ANGKASA
1. Apa yang mendorong Prof untuk berada di kedudukan sebagai Naib Presiden ANGKASA. Terlebih dahulu syukur ke hadrat Allah SWT atas keizinan-Nya saya berada dalam pimpinan tertinggi ANGKASA. Serta juga menyampaikan ucapan penghargaan dan berbanyak terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh perwakilan koperasi semasa pemilihan Naib Presiden dalam Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) ke-34 pada 29 Jun 2019. Bidang koperasi adalah sangat dekat di hati saya. Dari kecil saya telah didedahkan dengan dunia koperasi kerana arwah ibu saya Hajah Zaharah binti Yahya merupakan aktivis koperasi di tempat kelahiran saya di Teluk Intan. Saya mula menceburi koperasi pada tahun 1990 pada zaman kegawatan ekonomi di mana ramai siswazah menganggur. Maka pada tahun tersebut saya bersama rakan menubuhkan Koperasi Siswazah Intan Usaha Bersatu Hilir Perak Berhad. Pada 16 Julai 2018, tempoh tamat perkhidmatan saya sebagai Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia telah mendorong saya menawarkan diri untuk terus berkhidmat dalam persada gerakan koperasi negara melalui ANGKASA pula. 2. Bagaimana Prof. melihat peranan ANGKASA sebagai badan Apeks dalam membangun dan merangsangkan perniagaan koperasi? ANGKASA telah memainkan peranan sejak sekian lama dalam pembangunan perniagaan koperasi. Kesungguhan pihak ANGKASA selama ini tidak dinafikan telah menyumbang ke arah kemajuan gerakan koperasi negara ini. Dengan kewujudan lapan sektor peneraju pembangunan perniagaan
ANGKASA juga telah menjalankan usahasama di peringkat antarabangsa. Kita perlu menawarkan keluaran produk koperasi yang cukup dan berkualiti bagi memenuhi permintaan pasaran yang luas di luar sana. International Cooperative Alliance (ICA) juga mengiktiraf kewujudan ANGKASA sebagai Koperasi Apeks daripada Malaysia. 3. Bagaimana modal insan mampu mencetus kejayaan yang lebih bermakna dalam tadbir urus sesebuah koperasi. Saya percaya pendekatan pendidikan koperasi di peringkat tunas yakni anggota Koperasi Sekolah mampu menghasilkan generasi koperator muda. Dengan syarat, perlu ada kesinambungan dan minat berkoperasi setelah tamat sekolah untuk terus melibatkan diri mereka ke peringkat pengajian tinggi ataupun komuniti belia. Generasi muda sangat kreatif dan boleh dipupuk ke arah keusahawanan serta memahami falsafah Koperasi. ANGKASA dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) boleh berganding bahu memainkan peranan dalam pembangunan modal insan terhadap generasi koperator muda. Agar melahirkan ramai golongan profesionlisme koperasi yang bersahsiah dalam tadbir urus dan kejayaan. Pembangunan modal insan penting supaya mengikuti perkembangan teknologi semasa dalam menguasai ataupun memahami Revolusi Industri 4.0. Yakni kita perlu semua pihak bertindak pantas seiring keperluan semasa dalam zaman ekonomi digital mengikut acuan koperasi. 4. Apa harapan dan wawasan oleh Prof. sebagai Naib Presiden ANGKASA. Saya sangat mengharapkan sokongan dan juga kerjasama daripada semua peringkat dari koperasi dan warga ANGKASA. Selain itu, saya juga mahu memperkukuh dan mengangkasakan ANGKASA sebagai koperasi Apeks yang disegani di peringkat domestik dan antarabangsa. Sudah sampai masanya masyarakat umum tidak memperkecilkan keupayaan dan kepentingan koperasi. Kita sebagai koperator perlu ada keyakinan yang tinggi bahawa koperasi mampu berdaya saing dalam perniagaan di samping tidak mengabaikan tanggungjawab sosioekonomi masyarakat. Usaha untuk memperkasakan ANGKASA sebenarnya memerlukan sokongan semua pihak, baik dari pihak Kerajaan termasuklah anggota koperasi. Perkara ini penting supaya semua pihak dapat berganding bahu ke arah kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara. Saya juga mahu menjadikan usaha dan amalan koperasi sebagai pembelajaran sepanjang hayat dan jihad ekonomi. Proses pembelajaran sepanjang hayat melalui penglibatan anggota koperasi merangkumi semua peringkat umur dan lapisan masyarakat. Justeru, Kerajaan perlu mengiktiraf peranan semua koperasi tidak kira kecil atau besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara serta menjadikan koperasi sebagai wadah untuk menurunkan kos sara hidup rakyat secara berkesan.
yang telah diusahakan oleh ANGKASA, saya yakin ia boleh lebih melonjakkan lagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekiranya ia dilaksanakan secara optimum. Secara langsung ia membantu ke arah pendapatan tinggi koperasi serta meningkatkan taraf hidup sosio- ekonomi anggota koperasi.
BIODATA Jawatan terkini Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Mantan Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (2014-2018)
Pendidikan
1) Diploma Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia 2) Bachelor Sains Perikanan & Samudera, UPM (Kini UMT) 3) Master Sains Komunikasi Korporat, Universiti Putra Malaysia 4) Doktor Falsafah Komunikasi, Universiti Putra Malaysia 1) Pengerusi Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (2014 – 2019) 2) Timbalan Pengerusi Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (2009 – 2013) 3) Pengerusi Koperasi Siswazah Intan Usaha Bersatu Hilir Perak Berhad (1990 – kini) 4) Pengerusi Koperasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Berhad (2013 – kini) 5) Vice Chairman Human Resource Development Committee of International Co-operative Alliance for Asia Pacific Region (2017 – kini) 1) Ahli Mahkota Perak (2006) 2) Paduka Mahkota Perak (2011) 3) Anugerah Prestasi Cemerlang UPNM (2012 &2018) 4) Johan Setia Mahkota (2016) 5) Darjah Indera Mahkota Pahang (2017)
Penglibatan dalam koperasi
Anugerah
Motto: Jiwa Kita Jiwa Koperasi.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease