13 KOPERASI
Kerjasama CO-OP STATION dan BA100 Pertingkat Prestasi Perniagaan Runcit Koperasi Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Gerai-gerai jualan turut dibuka bersempena majlis taklimat dan pelancaran CO-OP STATION.
Sebagai permulaan, CO-OP GBSKPPB yang bertindak sebagai kordinator menyasarkan penyertaan minimum 100 buah premis CO-OP STATION menerusi penglibatan koperasi dewasa dan sekolah di Pulau Pinang melalui program CO-OP STATION MART selain usahawan koperasi menerusi program CO-OP STATION KIOSK. Pelbagai kemudahan asas akan disediakan oleh CO-OP GBSKPPB seperti canopy jualan, meja tahan karat, penimbang, tong ais, peti sejuk, peralatan memotong, kasut dan apron selain stok jualan asas. Di samping itu, CO-OP GBSKPPB juga sedia berperanan sebagai penjamin kepada program tersebut selain memantau pelaksanaannya bagi memastikan pelaksanaan CO-OP STATION mengikut polisi pelaksanaan dan garis panduan seperti yang telah ditetapkan. Turut hadir di majlis perasmian tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd Jamil Othman. Untuk maklumat lanjut, hubungi Koperasi Guru Besar SK Pulau Pinang Berhad di talian 04-5731610 atau 011-32719658 atau emel kepada gogbsk@gmail.com PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB CO-OP GBSKPPB 1. Pemantauan status halal produk yang diniagakan. 2. Pemantauan tahap kebersihan, kesihatan dan keselamatan premis dan produk yang diniagakan. 3. Menguruskan kelulusan pelan dari kerajaan tempatan. 4. Lantikan usahawan CO-OP STATION MART dan CO-OP STATION KIOSK. 5. Pemantauan disiplin dan komitmen usahawan. 6. Pemantauan kesinambungan pembekalan. 7. Pemantauan harga jualan yang berpatutan. 8. Pemantauan produk bermutu dan perkhidmatan di tahap terbaik.
» Minyak masak berkualiti (5kg) edaran Koperasi Guru Besar Tasek Gelugor dijual dengan harga RM19 dan akan menjadi sebahagian dari produk jualan di CO-OP STATION.
» Majlis perasmian CO-OP STATION disempurnakan oleh Dato’ Haji Abdul Halim.
H anya perlu menyediakan modal serendah RM2,500, anggota koperasi kini boleh menjalankan perniagaan peruncitan CO-OP STATION dengan menjual pelbagai produk keperluan harian pengguna. Menerusinya, produk-produk terpilih seperti ayam, daging, kambing, makanan laut, mee, telur, kicap dan lain-lain produk pengguna secara terus melalui kerjasama strategik pemborong termasuk koperasi induk berdaftar dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan bagi mengimbangi pasaran serta menarik perhatian pelanggan. CO-OP STATION merupakan hasil inisiatif Koperasi Guru Besar SK Pulau Pinang Berhad (CO-OP GBSKPPB) dengan kerjasama Perhubungan ANGKASA Pulau Pinang. Majlis taklimat CO-OP STATION berlangsung selama sehari pada 9 Julai lalu di Seberang Perai, Pulau Pinang dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Exco Perdagangan Antara- bangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan
Pembangunan Keusahawanan, Dato’ Haji Abdul Halim Haji Hussain. Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam ucapan aluannya melahirkan rasa kagum terhadap pendekatan perniagaan yang cuba dikembangkan selain yakin akan potensi perniagaan runcit secara kecil-kecilan melalui pendekatan berkoperasi. Katanya, program CO-OP STATION dilihat sangat ideal dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan koperasi bukan sahaja kerana modal pusingannya yang rendah, malah dapat membantu mengembangkan pasaran produk-produk halal yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Beliau juga berharap agar jaringan perniagaan yang dilahirkan menerusi pendekatan CO-OP STATION dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh koperasi kecil dan koperasi sekolah. Rangkaian tersebut katanya mampu membendung pelbagai kekangan yang sering membelenggu peniaga sektor peruncitan seperti masalah harga jualan, stok yang terhad serta persaingan.
P ada masa yang sama ANGKASA telah melancarkan program BA100 pada 5 Mei lalu dan mengambil inisiatif untuk membantu golongan B40 khususnya anggota koperasi. Objektif BA100 adalah untuk membekalkan produk dan barangan keperluan asas pada harga yang berpatutan menerusi rangkaian kedai yang dimiliki oleh koperasi, meningkatkan kuasa beli selain meningkatkan taraf hidup anggota koperasi, merangsang perniagaan dalam sektor pemborongan dan peruncitan serta menjalin kerjasama strategik dengan pemain Industri. Buat masa ini, 11 pembekal yang membekal jenama Nasional telah dipilih serta dilantik untuk membekalkan produk ke seluruh rangkaian outlet koperasi. Sehingga kini, sebanyak 323 SKU telah dan akan ditawarkan kepada outlet runcit.
Projek perintis telah dijalankan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan bermula bulan Jun lepas manakala 434 koperasi telah hadir dalam taklimat tersebut. 154 koperasi yang terdiri dari koperasi dewasa dan koperasi sekolah telahpun memasang sistem ‘Barangan Asas Retail Platform’ (BARP). Bagi memberi nilai tambah kepada projek ini, satu sistem telah dibangunkan oleh rakan strategik ANGKASA iaitu Robu Consultant Sdn. Bhd. Platform ini dapat menghubungkan antara anggota sebagai pengguna dengan outlet runcit melalui jimat Apps manakala outlet runcit dengan ANGKASA melalui jimat pos dan ANGKASA dengan pembekal melalui Jimat Hub. Projek BA100 juga telah diiktiraf oleh Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup sebagai satu inisiatif bagi membantu kerajaan dalam
mengurangkan kos sara hidup khususnya dalam memperolehi barangan asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian. BA100 dan CO-OP STATION mempunyai matlamat akhir yang sama iaitu membantu anggota koperasi. Bagi memastikan tiada pertindihan tindakan dalam melaksanakan projek ini, satu perbincangan kerjasama telah dibuat dan CO-OP STATION akan berperanan sebagai ejen pembekal kepada barangan yang tidak dibekalkan oleh BA100. Dalam masa yang sama, sistem BARP akan dipasang pada koperasi yang terlibat dalam projek tersebut di seluruh Pulau Pinang. ANGKASA amat yakin melalui kesepakatan ini, usaha untuk membantu anggota koperasi dan golongan B40 akan dapat direalisasikan secara lebih sistematik dan menyeluruh.
Oleh : HAJI ANUAR BULIN Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan Dan
Pembangunan Keusahawanan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease