Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2019

ANGKASA 15

Yayasan ANGKASA Terus Perkasa Mahasiswa Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Y ayasan ANGKASA akan terus menyuntik semangat dan motivasi kepada setiap mahasiswa tajaannya untuk mencapai kecemerlangan, bukan sahaja dari segi pendidikan tetapi turut melibatkan pembentukan sahsiah peribadi yang lebih mantap. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika berucap dalam majlis perasmian program ter- sebut berkata, keperibadian yang man- tap dan sentiasa aktif dalam aktiviti- aktiviti kemasyarakatan perlu terus dipupuk dan diamalkan oleh mahasiswa. Katanya, pendekatan tersebut juga seiring dengan prinsip dan falsafah yang dipegang dan diamalkan dalam koperasi iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’.

» Bergambar kenangan bersama peserta program.

“Ia sekaligus mampu memberi semangat dan memperkasa modal insan generasi muda untuk terus berbakti kepada masyarakat selain berjaya dalam kerjaya yang diceburi,” katanya. Program Motivasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2019 berlangsung di Serene Resort & Training Centre, Janda Baik, Pahang selama tiga hari bermula 12 Julai 2019 telah disertai seramai 80 mahasiswa tajaan Yayasan ANGKASA dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Yayasan ANGKASA yang mula didaftarkan pada 2 Disember 2010 bertanggungjawab menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi dan anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Pengerusi Ahli Lembaga Amanah Yayasan ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan serta Ahli-Ahli Lembaga Amanah Yayasan ANGKASA iaitu Dato’ Haji Ahmad Jamil Hashim, Hajah Armi Haji Zainudin dan Haji Nasir Khan Yahaya.

» Majlis ceramah perdana oleh Ustaz Dato’ Haji Badli Shah menjadi sebahagian daripada aktiviti program.

“Program seperti ini mampu memberi impak positif selain menyuntik semangat motivasi kepada para pelajar dari segi rohani dan sahsiah agar dapat meningkatkan jati diri melalui aktiviti yang dianjurkan.” Mohd Ikmal Abdul Halim, Universiti Islam Antarabangsa Jurusan Theology.

“Program ini dapat membantu mengeratkan hubungan dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, program ini juga dapat menjadi titik tolak untuk menjadi seorang individu yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat pada masa yang akan datang.”

Nursalsabila Mohd Jamil, Universiti Utara Malaysia Jurusan Kewangan dan Perbankan Islam.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease