Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2019

3

KOPERASI

Program ‘Sayangi Hidupku Medicare’ Pembiayaan dan Penjagaan Kesihatan Untuk Warga Koperasi

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

» Bersama pemimpin-pemimpin koperasi yang menyertai program perlindungan dan penjagaan kesihatan ‘Sayangi Hidupku Medicare’. K operasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad dengan kerjasama syarikat penginsuran positif gerakan koperasi dalam menjaga kebajikan anggota khususnya terhadap golongan B40. “Pendekatan ini juga men-

Layari Laman web : www.sayangihidupkumedicare.my atau hubungi Unit Pemasaran di talian 03-78874442/78873442 untuk keterangan lebih lanjut.

dan Takaful Great Eastern Holdings telah melancarkan program ‘Sayangi Hidupku Medicare’ iaitu program perlindungan dan penjagaan kesihatan, kemalangan dan hayat kepada orang ramai khususnya anggota koperasi. Majlis perasmian yang berlangsung di Kuala Lumpur 23 Julai lalu telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh. Hadir sama ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Pengerusi Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad, Datuk Seri Panglima Haji Yahya B. Hussein dan beberapa pemimpin koperasi termasuk Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Encik Zed Zaidi. Datuk Nordin dalam ucapannya amat menghargai inisiatif dalam menjayakan agenda tanggungjawab sosial melalui produk koperasi seperti yang dicetuskan oleh Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad. Katanya, pendekatan itu dilihat sebagai satu usaha murni yang sangat relevan dalam mensejahterakan koperasi selain mampu memberi kelebihan sekaligus menonjolkan sisi

cerminkan tahap keprihatinan yang istimewa terhadap kehidupan dan perlu ada dalam amalan berkoperasi kerana secara dasarnya, insuran sangat penting dalam membina pembangunan dan menjaga kelestarian insaniah,” katanya. Menurut beliau, program yang diketengahkan ini juga membolehkan anggota koperasi menikmati manfaat perlindungan dan penjagaan kesihatan terbaik sehingga berusia 80 tahun dengan kadar harga yang tetap serta tidak membebankan. Program ‘Sayangi Hidupku Medicare’ yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu ‘Pelan Program Kasih’ dan ‘Pelan Program Mesra (B40)’ adalah berkonsepkan patuh syariah dan memberi kebebasan kepada anggota koperasi untuk memilih mekanisme pembayaran sama ada secara bulanan, tahunan atau pembayaran tunggal dengan kadar harga mampu milik. Tertakluk kepada terma dan syarat, anggota koperasi atau koperasi itu sendiri boleh mendaftarkan diri sebagai ejen bagi menyampaikan serta menghebahkan program khas tersebut secara sah.

» Datuk Nordin Salleh memukul gong sebagai gimik pelancaran program. Hadir sama di pentas ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (empat dari kanan).

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease