4
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
CLT Sokong Usaha ACO Tubuh ASEAN Co-operative Bank
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Produk-produk buatan koperasi yang merupakan ahli CLT.
» Ibu pejabat CLT yang terletak di Bangkok.
C o-operative League of Thailand (CLT) melalui Pengerusinya, Mr. Poramate Intarachumnum menyatakan sokongan terhadap usaha ASEAN Co-operative Organisation (ACO) untuk menubuhkan ASEAN Co- operative Bank yang mampu memberi manfaat kepada lebih daripada 300,000 koperasi di rantau Asia. Selain itu, CLT juga turut mencadangkan supaya pertemuan antara koperasi-koperasi di rantau tersebut dapat diadakan secara lebih kerap. Hal tersebut dilihat selaras dengan usaha untuk mewujudkan lebih banyak kerjasama dalam meningkatkan hubungan ekonomi pelbagai sektor. Demikian antara inti pati perbincangan oleh kedua-dua belah pihak sewaktu CLT mengadakan kunjung hormat ke ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya, 17 Julai lalu. Dalam usaha memastikan pelan menubuhkan ASEAN Co-operative Bank berjalan dengan lancar, negara- negara anggota ACO perlu memainkan peranan lebih proaktif supaya dapat memberi kesan yang lebih signifikan kepada lebih 650 juta anggota koperasi di semua negara ASEAN. Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan aluannya turut mengetengahkan idea ‘ASEAN Corner’ yang menampilkan 10 produk koperasi dari setiap negara
anggota ACO. ‘ASEAN Corner’ mampu memperlihatkan kekuatan gerakan koperasi secara kolektif. Katanya, produk-produk yang terpilih mestilah menepati piawaian kualiti untuk dieksport. Usaha tersebut mampu memperkukuhkan lagi peranan ACO sebagai entiti yang memimpin dan meningkatkan hubungan strategik antara koperasi di negara-negara ASEAN. Dato’ Abdul Fattah turut meng- ambil peluang menjemput kesemua 49 delegasi CLT untuk menyertai Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi
(MACCOPS) yang akan diadakan dari 28 hingga 30 November nanti di Persada Johor, Johor Bahru. Beliau pada masa yang sama turut mengucapkan tahniah kepada Mr. Poramate Intarachumnum yang telah dipilih sebagai Pengerusi baharu CLT, menggantikan Mr. Mongkalat Pukanat. CLT merupakan badan apeks gerakan koperasi di Thailand yang mewakili hampir 8,000 koperasi di negara tersebut. Ditubuhkan pada 1 Januari 1969, CLT juga memiliki persamaan dengan ANGKASA dari
sudut peranannya iaitu menggembleng usaha ke arah meningkatkan sum- bangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar di Thailand. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA; Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Operasi ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh.
» Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bergambar bersama delegasi CLT di Auditorium ANGKASA. Hadir sama ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (lima dari kanan) dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (enam dari kiri).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease