8
KOPERASI SEKOLAH
Koperasi SMK Puncak Alam Berhad Ketengah Tradisi Bugis Dalam Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Murid-murid SMK Puncak Alam melakukan persembahan tarian Poja yang merupakan tarian tradisi masyarakat Bugis.
P elancongan koperasi sekolah yang telah dinaiktaraf ke Inter School Tourism ANGKASA Co-operative (ISTAC) perlu sentiasa dipelbagaikan khususnya dari sudut pelaksanaan program supaya sentiasa segar dan menarik selain menjadi daya tarikan kepada pelajar-pelajar untuk terlibat secara lebih berinovatif. Pendekatan seumpama itulah yang kini sedang diusahakan oleh Koperasi SMK Puncak Alam Berhad (SEPUNCAK). Penerapan budaya dan tradisi etnik Bugis dijadikan sebagai tema utama menerusi pakej lawatan sambil belajar anjurannya. Langkah itu diambil selepas mengambil kira lokasi sekolah tersebut yang terletak di Kuala Selangor dan etnik tersebut juga telah mula bertapak sejak 17 Masihi. Pakej-pakej pelancongan yang di- tawarkan oleh Koperasi SEPUNCAK padat dengan pelbagai jenis aktiviti seperti lawatan ke Bukit Melawati, Pantai Remis dan Sky Mirror. Tamu juga akan didedahkan dengan adat istiadat masyarakat Bugis melalui aktiviti bicara tokoh & kebudayaan, pameran seni & budaya serta “ Bugis Delights ” yang memberi peluang kepada mereka untuk merasai makanan tradisional masyarakat tersebut.
» Tan Sri Datin Sri Cempaka Kontik Kamariah binti Ahmad merupakan tokoh yang telah dipilih untuk program “Bicara Tokoh”.
» Penolong Kanan SMK Puncak Alam, Puan Norizah Abdul Hamid menerima plak “COOP ISTAC” oleh Puan Zunaina Subari, Pegawai Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA.
» Tamu akan didedahkan dengan pelbagai informasi mengenai budaya dan tradisi masyarakat Bugis seperti pemakaian busana, makanan dan penempatan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease