9
KOPERASI SEKOLAH
m Program ISTAC
Program koperasi SEPUNCAK yang bermula secara rasmi pada bulan Julai 2019 merupakan salah satu usaha proaktif berterusan koperasi tersebut untuk meningkatkan jumlah keuntungan. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2018, koperasi SEPUNCAK telah berjaya merekod keuntungan bersih sebanyak RM101,134.01. Program itu juga bertujuan ISTAC memberi peluang kepada pelajar- pelajar meraih pengalaman secara langsung dengan mengurus sendiri aktiviti-aktiviti lawatan dengan sokongan dan bimbingan daripada guru serta ibu bapa. Melihat potensi ISTAC yang mampu memberi pulangan yang baik, koperasi SEPUNCAK telah menjalankan beberapa persediaan untuk memastikan program tersebut berjalan dengan lancar seperti mengikuti latihan dan bengkel yang dianjurkan oleh ANGKASA dan mengkaji tempat-tempat menarik untuk dikunjungi sekitar Kuala Selangor. Beberapa tenaga pengajar dan murid sekolah tersebut juga turut
menyertai program COOP ISTAC yang dihoskan oleh koperasi sekolah dari negeri lain selain menghantar dua pelajarnya untuk menyertai lawatan penanda aras di Perlis dan program pengantarabangsaan di Hat Yai, Thailand. Program COOP ISTAC SEPUNCAK menawarkan pakej lawatan serendah RM100 hingga RM300 untuk seorang. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej lawatan yang disediakan, boleh menghubungi Puan Wannoorulhuda Wan Noor di talian 013-6701064 atau e-melkan pertanyaan ke 64hudwannoor@gmail.com.
» Rumah Api Kuala Selangor yang berketinggian 83 meter dari dasar laut adalah antara tarikan di Bukit Melawati.
» Terletak kira-kira 15 minit dari Kampung Sasaran Kuala Selangor, Sky Mirror menampilkan seni foto, “ Salar de Uyuni ” yang menjadi tarikan terbaru khusus untuk peminat fotografi.
Bil.
Pakej
Harga
Tempoh
Program
1.
Raja Siti
RM100
1 hari
i) Bukit Melawati: Jejak sejarah ii) Pantai Remis: Teka Siput iii) Sky Mirror i) Pantai Remis: Teka Siput ii) Bukit Melawati: Jejak sejarah iii) Edutainment with MRT iv) i-City Shah Alam v) Sky Mirror vi) Agro: Usaha Jaya Ijok-Jeram i) Bukit Melawati: Jejak sejarah ii) Akuarium Ikan Air Tawar iii) Taman Alam Kuala Selangor iv) Edutainment with MRT v) i-City Shah Alam vi) Sky Mirror i) Bukit Melawati: Jejak sejarah ii) Akuarium Ikan Air Tawar iii) Taman Alam Kuala Selangor iv) Sky Mirror i) Bukit Melawati: Jejak sejarah ii) Akuarium Ikan Air Tawar iii) Taman Alam Kuala Selangor iv) Agro: Usaha Jaya Ijok-Jeram v) Pantai Remis: Teka Siput vi) Sky Mirror
2.
Raja Lumu RM300
3 hari 2 malam
3.
Daeng Masik RM250
4.
Daeng Lolok RM220
2 hari 1 malam
5.
Daeng Chelak
RM200
» Pantai Remis yang terletak di Sg. Sembilang, Jeram adalah kawasan eko- pelancongan yang memberi peluang kepada pengunjung untuk ‘lari’ dari kesibukan hidup di bandar.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease