DARI MEJA PRESIDEN
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Salam Sejahtera
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Usaha untuk mentransformasi sektor-sektor yang berkait dengan tadbir urus perniagaan koperasi kini menjadi keutamaan ANGKASA dalam usahanya untuk melicinkan lagi usaha bagi memastikan prestasi perniagaan koperasi mampu digerakkan secara lebih maksimum sekaligus dapat memberi sumbangan secara lebih berkesan kepada negara. Pencapaian sektor-sektor koperasi kebelakangan ini meskipun dilihat rancak dan progresif, namun pergerakannya agak terbatas dan ada yang tersekat di sebalik undang- undang yang disifatkan tidak mesra koperasi selain tidak mahu dilihat lebih fokus kepada aktiviti-aktiviti tertentu sahaja seperti koperasi kredit. Seiring dengan matlamat untuk terus memperkasa sektor-sektor perniagaan koperasi melalui perancangan ekonomi secara lebih berkesan, kita tidak mahu melihat usaha itu tersekat atau gagal hanya kerana kekangan dasar dan undang-undang yang tidak selari berbanding sektor perniagaan yang lain. Sumbangan sektor koperasi sehingga kini berada pada sekitar RM40 bilion atau hanya tiga hingga empat peratus daripada keseluruhan pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Matlamat pembangunan koperasi dalam ertikata sebenar adalah untuk memberi manfaat kepada anggotanya selain membantu meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. Selaras dengan matlamat perjuangan tersebut, dasar dan undang- undang yang ditetapkan terhadap koperasi sebelum ini perlu disemak dan menjadikan ia sebagai antara agenda utama dalam meningkatkan kejayaan dan pencapaian gerakan koperasi. Justeru, perancangan yang lebih teliti dan tersusun perlu dilakukan bagi dengan mengenalpasti mana-mana dasar yang dilihat tidak selari dengan matlamat perjuangan koperasi. ANGKASA sedia menyahut cabaran ini dengan menggembleng peranannya sebagai badan puncak gerakan koperasi negara secara lebih menyeluruh dan mampan. Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama berusaha mencari formula terbaik bagi mengubah situasi ini agar sektor-sektor koperasi mampu bergerak secara lebih berkesan dan memperoleh kecemerlangan seperti yang dihasratkan sekaligus memberi manfaat kepada lebih 6.5 juta anggota koperasi di seluruh negara.
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd Zakuan Azmi
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.
Ogos 2018 PELANCAR
1
OGOS 2018
34 Pelihara Kelangsungan Koperasi 36 KOPSYA Terus Lakar Kecemerlangan 38 Koperasi Digalak Jana Perolehan Melalui Inovasi 44 Tangani Isu Pusaka Anggota Polis Melalui MAAB 48 Lendu Lasak 2018 : Monsoon Challenge 50 Anggota Digalak Tambah Saham Untuk Perkasa Koperasi JASAMU DIKENANG 11 Persaraan Haji Mutadho Bahri FOKUS 14 Jati Diri Cetus Kepimpinan Terbaik 16 Terap Amalan Nilai Murni Dalam Kepimpinan Koperasi 17 Kepimpinan Terbaik Mencorak Tadbir Urus Cemerlang 18 Hala Tuju : Pemangkin Tadbir Urus Berkesan
10
KETERANGAN GAMBAR KULIT Tun Daim Zainuddin pada Majlis Ulang Tahun Ke-44 Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad dan pelancaran buku bertajuk “Asihah Ghani : Srikandi Koperasi Jaya Murni” dan Logo Baharu. Foto Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARIuan
22 Perkasa Kepimpinan Muda Dalam Koperasi 23 Kepimpinan Dan Tadbir Urus
Yang Baik Dalam Koperasi (Konteks Anggota Lembaga Koperasi)
24 Reaksi Koperator 25 Kepimpinan Koperasi 100 PRODUCT CHAMPION 40 Manfaatkan Kelebihan Untuk Kuasai Pasaran
ANGKASA 4
Koperasi Kariah Masjid Di Pulau Pinang Dimajukan Ke Tahap Lebih Baik
KOPERASI 6
Tiga Langkah Mantapkan Struktur Organisasi Koperasi
8
KPMNJ Terus Pertingkat Prestasi 12 Muafakat Anggota Pertingkat Dana Koperasi 28 Tan Sri Dr. Aishah Ghani Tokoh Koperasi Wanita Terulung Negara 30 Ulasan Buku - Aishah Ghani : Srikandi Koperasi Jaya Murni 32 Koperasi : Jentera Pemacu Sosioekonomi Masyarakat 33 Beri Keutamaan Kepada Keperluan Anggota
2 PELANCAR Ogos 2018
36
COOP MALAYSIA 58 ASEAN Recognized Homestays Run Malaysian Co-ops 60 Homestay Programme Ran by Co-operatives in Malaysia in 2017 61 10 Malaysian Homesaty Social Etiquette Rules Everyone Should Know 62 Enjoy “nogori” lifestyle at RawaVillage Homestay
28
43
RENCANA 42 Kuasai Ilmu Perniagaan Koperasi Di MKM 46 Keperluan Koperasi Menggunakan Khidmat Perunding Hartanah PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 52 Manfaat Hubungan Baik Sesama Koperasi 54 Reaksi Koperator 56 Saigon Coop - Model Contoh Pasaraya Koperasi
54
Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.
Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop
@ANGKASACoop
14
Ogos 2018 PELANCAR
3
KOPERASI KARIAH MASJID DI PULAU PINANG DIMAJUKAN KE TAHAP LEBIH BAIK
Oleh : RAHMAT MOHD DID
Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin yang juga Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Taman Bertam Indah Kepala Batas Berhad (KOTAQWA) mempunyai visi untuk memperkasa Koperasi Kariah Masjid (KKM) di Pulau Pinang ke tahap lebih maju dan berdaya saing. Sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, mengimarahkan institusi masjid sebagai pusat integrasi ekonomi dengan pengurusan profesional dan lebih terbuka kepada pelbagai aktiviti perniagaan kecil dan yang berimpak tinggi. “Kita akan mengenalpasti beberapa Koperasi Kariah Masjid sedia ada yang berpotensi untuk dimajukan berdasarkan demografik kemudian mengikuti model koperasi-koperasi lain yang telah berjaya. Langkah ini akan memberikan impak yang lebih cepat, lebih-lebih lagi kepada koperasi yang baru ditubuhkan. Sebagai contoh, jika kedudukan koperasi tersebut di luar bandar dengan kepadatan penduduk yang rendah, mungkin aktiviti perniagaan seperti peruncitan dan homestay boleh dijadikan pilihan. Bagi koperasi-koperasi di kawasan bandar Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat, beliau bertanggungjawab dengan kepadatan penduduk yang lebih tinggi, mungkin aktiviti perniagaan seperti dialisis dan hartanah boleh dijadikan pilihan,” jelasnya. Tambahnya lagi, Koperasi-Koperasi Kariah Masjid di Pulau Pinang juga akan memanfaatkan teknologi digital dalam mempromosikan produk- produk dan perkhidmatan. Sementara itu, Dato’ Abdul Fattah berkata, Koperasi Kariah Masjid di negara ini semakin berkembang sehingga menarik perhatian umat Islam di negara lain untuk mengikut jejak langkah Malaysia. “Di Singapura, pengurusan masjid adalah sangat baik tetapi tidak ada penglibatan kariah dalam sebarang aktiviti ekonomi seperti koperasi.
Delegasi ANGKASA yang diketuai Presidennya, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah telah mengadakan satu Kunjungan Hormat ke Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat, Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman di Pulau Pinang. DATO’ IR. HAJI AHMAD ZAKIYUDDIN ABDUL RAHMAN Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat
4 PELANCAR Ogos 2018
Koperasi Kariah Masjid berpotensi menjadi penggerak ekonomi utama umat Islam di Malaysia dan luar negara. Lantaran itu, usaha mengembangkan lagi gerakan ini ke tahap lebih baik seperti yang cuba dilakukan oleh Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul
Rahman adalah amat dialu-alukan,” katanya.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (empat dari kiri) bergambar bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat, Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman. Turut sama ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kiri) dan Dr. Mohd Azlan Yahya (paling kiri); Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Encik Mohd Jamil Othman (tiga dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (lima dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd, Encik Shaharuddin Mohamed (tengah).
Ogos 2018 PELANCAR
5
Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Permodalan Negeri Johor Berhad Kali Ke-23 Inti Pati Ucapan Perasmian Oleh Y.A.B. Dato’ Haji Osman bin Sapian Menteri Besar Johor Tiga Langkah Mantapkan Struktur Organisasi Koperasi
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Gerakan koperasi mempunyai ruang yang luas untuk terus diterokai dalam membina masa depan yang cerah. Bermula dengan penubuhan sembilan buah koperasi pada tahun 1922, ia terus berkembang secara positif. Dasar Koperasi Negara (2011-2020) menekankan betapa perlunya gerakan koperasi supaya keluar daripada perangkap kitaran zon selesa ke suatu tahap baru yang lebih progresif dan dinamik. Koperasi tidak seharusnya mengharapkan pemberian dan anugerah kerajaan semata-mata tetapi
berupaya terlibat dengan aktiviti baru dengan skala yang lebih besar, mengembangkan rantaian nilai, mengaplikasi teknologi moden dan berani menerokai bidang-bidang baharu yang berimpak tinggi. Oleh itu, sebagai langkah untuk kekal dalam persaingan, koperasi tidak lagi boleh mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Hanya melalui pengeluaran dalam skala besar, koperasi boleh jimatkan kos pengeluaran dan menikmati faedah ekonomi serta berupaya memenuhi permintaan pelbagai sektor.
Y.A.B. Dato’ Haji Osman bin Sapian Menteri Besar Johor
6 PELANCAR Ogos 2018
Koperasi sedia ada telah mula mengorak langkah untuk menceburi aktiviti perniagaan yang lebih berpotensi, seiring dengan bidang-bidang ekonomi utama yang giat dibangunkan kerajaan. Dalam usaha untuk memantapkan struktur organisasi koperasi bagi menghadapi masa depan yang dijangka akan lebih mencabar, koperasi disarankan supaya : 1. Mengadakan perancangan yang strategik dalam mengukuhkan aktiviti sedia ada di samping menceburi bidang-bidang perniagaan baharu yang berpotensi tinggi sama ada di peringkat tempatan mahupun global. Justeru, kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber haruslah secara optimum agar kos dapat diminimumkan. 2. Adaptasi dan praktikkan strategi yang berupaya melonjakkan prestasi koperasi ke tahap baharu
yang lebih berkualiti. Konsep kreativiti akan menjana buah fikiran yang dapat menghasilkan peningkatan yang berkesan. Ia sekaligus dapat membantu koperasi ke arah lebih produktif, inovatif dan cemerlang. 3. Memainkan peranan secara lebih berkesan bukan sahaja dalam meningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan sosioekonomi anggota, malah dapat membantu kerajaan merealisasikan agenda pembangunan negara khususnya dalam bidang- bidang strategik seperti pertanian, pembangunan hartanah dan sebagainya. Justeru, sudah tiba masanya KPMNJ berusaha menerokai perniagaan yang berimpak tinggi dan berpotensi untuk menjana pulangan yang lebih baik. Mudah-mudahan inisiatif yang dijalankan dapat membantu KPMNJ membawa hala tujunya ke fasa baharu yang lebih cemerlang.
“Sungguh cantik si bunga kekwa, Dibawa untuk puteri yang menanti, Salam koperasi salam istimewa, Merapatkan bangsa menyatukan hati. Budak-budak bermain di tepi rumah, Di bawah pohon si kayu ara, Koperasi wadah perjuangan ummah, Memacu ekonomi bangsa dan negara.”
Bait pantun empat kerat yang disampaikan oleh Y.A.B. Dato’ Haji Osman bin Sapian, menjadi pembuka dan penutup bicara sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad Kali Ke-23.
Ogos 2018 PELANCAR
7
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI KPMNJ Terus Pertingkat Prestasi Mesyuarat Agung Ke-23 Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) yang berlangsung pada 23 Jun lalu merekodkan sejarah yang tersendiri apabila perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor yang baharu dilantik, YAB Dato’ Haji Osman Sapian.
8 PELANCAR Ogos 2018
8 PELANCAR Ogos 2018
Mesyuarat yang berlangsung di Pulai Spring Resort, Johor Bahru itu turut menyaksikan kehadiran lebih 100 anggota yang mewakili koperasi dari pelbagai zon seluruh negeri Johor. Pengerusi KPMNJ, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam ucapannya berkata, kehadiran YAB Menteri Besar Johor membuktikan kepercayaan dan kesungguhan Kerajaan khususnya Kerajaan Negeri Johor untuk membantu perjuangan koperasi meningkatkan taraf sosioekonomi anggotanya. Katanya, berdasarkan kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2017, KPMNJ dan Kumpulan telah mencatat perolehan sebanyak RM24.96 juta iaitu meningkat sebanyak RM2.28 juta atau 10 peratus berbanding RM22.68 juta pada tahun lalu.
» YAB Dato’ Haji Osman Sapian menyerahkan dokumen kurniaan tanah (Notis 5A) PTD 206593 seluas 10,108 meter persegi di Mukim Pulai, Daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim oleh Kerajaan Negeri Johor kepada KPMNJ yang diwakili Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Turut sama menyaksikan ialah Dato’ Abdul Fattah (paling kiri) dan YB Sheikh Umar Bagharib Ali (paling kanan).
Ogos 2018 PELANCAR
9
» Cenderamata berupa koleksi buku yang disampaikan oleh Datuk Haji Mohamad Ali Hasan kepada YAB Menteri Besar Johor.
» YAB Dato’ Haji Osman Sapian turut meluangkan masa mengadakan perbincangan ringkas tentang gerakan koperasi bersama Dato’ Abdul Fattah dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
» Majlis turut meraikan kejayaan pelajar-pelajar terbaik mengikut kategori pendidikan dalam kalangan anak-anak anggota KPMNJ.
» Sebahagian perwakilan yang hadir dalam Mesyuarat Agung KPMNJ Ke-23.
KPMNJ komited dan terus berusaha meningkatkan prestasi semasa dan memantapkan lagi kegiatan perniagaan melalui budaya prestasi cemerlang, pengurusan kos yang efisien dan peningkatan hasil. Usaha-usaha untuk meneroka perniagaan baharu turut dijalankan agar KPMNJ tidak ketinggalan dengan segala peluang yang terbuka. “KPMNJ telah membuka cawangan Ar-Rahnu yang kelima di Segamat. Di samping itu juga, KPMNJ telah ditawarkan oleh Kerajaan Kemboja untuk meneroka peluang perniagaan Ar-Rahnu di sana,” katanya. Selain itu katanya, KPMNJ turut merancang untuk bergiat aktif dalam penternakan lembu pedaging, penanaman kelapa sawit menerusi pembelian tanah seluas 140 ekar di Mukim Kahang, penanaman kelapa Matak, memperoleh AP untuk mengimport beras, mengembangkan cawangan Ar-Rahnu, penternakan udang dan pembangunan semula Pantai Penyabong Resort di Mersing. Beliau dalam ucapannya turut berterima kasih dan mengalu-alukan sokongan berterusan kerajaan negeri dan semua anggota dalam mengukuhkan ikatan kerjasama demi kejayaan KPMNJ. Anggota Lembaga dan pengurusan koperasi juga diharap supaya terus mengekalkan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus yang lebih baik ke arah memajukan lagi KPMNJ di masa akan datang.
Turut hadir semasa perasmian tersebut ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor, YB Sheikh Umar Bagharib Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Encik Sazali Abd. Hamid. KPMNJ diasaskan pada tahun 1965 dan berdaftar pada 3 Mac 1965 di bawah Akta Koperasi 1993. Penubuhannya adalah atas inisiatif murni beberapa Pegawai Kerajaan Melayu yang diketuai Allahyarham Tan Sri Dato’ Haji Basir Ismail yang sedar betapa pentingnya orang Melayu melibatkan diri dalam bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka dengan menggariskan objektif melaburkan dana yang dikumpulkan dalam kalangan orang Melayu di Johor untuk diniagakan dalam pelbagai cabang ekonomi. Kini, jumlah keanggotaan KPMNJ menghampiri angka 9,000 anggota dan 18 koperasi Melayu berdaftar. Sepanjang 52 tahun penubuhannya, KPMNJ terus bergerak aktif sehingga berjaya mencatat kedudukan ke-30 Koperasi Terbaik Negara bagi tahun 2017 selain menduduki tempat kedua Anugerah Koperasi Cemerlang Peringkat Negeri Johor.
10 PELANCAR Ogos 2018
Haji Mutadho bin Bahri, Mantan Timbalan Presiden ANGKASA
Tempoh 42 tahun mencurah bakti dalam gerakan koperasi telah menyimpan seribu satu kenangan dan pengalaman yang tidak ternilai buat mantan Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho bin Bahri. Beliau yang mengumumkan sendiri tarikh persaraannya berkuatkuasa pada 7 Julai lalu telah mengambil keputusan itu secara rela hati bagi memberi tumpuan terhadap penjagaan kesihatan di samping ingin berehat bersama keluarga.
Haji Mutadho yang berasal dari Kampung Paya, Perlis mula berkecimpung dalam dunia koperasi sejak tahun 1976 sebagai Bendahari, Koperasi Guru-Guru Melayu Perlis Berhad. Penglibatan beliau di ANGKASA bermula pada tahun 1990 apabila memegang tanggungjawab selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis sehinggalah beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden ANGKASA pada 6 Oktober 2009. Antara jawatan lain yang pernah disandang beliau di ANGKASA adalah seperti Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia ANGKASA, Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Pengerusi Lembaga Amanah MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd., Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MyANGKASA Akademi & Resort dan Timbalan Pengerusi Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA). Beliau sewaktu ditemu bual wakil media PELANCAR mendoakan agar gerakan koperasi di Malaysia terus mekar dan berjaya mencapai kecemerlangan seperti yang dihasratkan oleh setiap anggotanya di samping mengharapkan agar kepimpinan ANGKASA terus maju dan kekal dinamik dalam melestari pembangunan sektor-sektor koperasi di negara ini. Haji Mutadho juga mengambil kesempatan dengan merakamkan setinggi perhargaan dan ucapan terima kasih atas segala sokongan yang telah diterima sepanjang usia perkhidmatan beliau di ANGKASA di samping memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya wujud sebarang bentuk kekhilafan.
Ogos 2018 PELANCAR
11
Muafakat Anggota Pertingkat Dana Koperasi
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. Haji Aminuddin Harun ketika berucap dalam Majlis Jalinan Mesra Aidil Fitri 2018 di Surau Paroi Jaya Indah, Seremban baru-baru ini berkata, matlamat murni yang diperjuangkan oleh koperasi berupaya meningkatkan peranan surau atau masjid daripada hanya berfungsi sebagai tempat menjalankan ibadah kepada sebuah pusat pembangunan modal insan yang lebih lengkap serta menyumbang kepada kelestarian masyarakat menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui koperasi. Pendekatan ekonomi berkonsepkan permuafakatan sesama anggota dan masyarakat setempat seperti yang diamalkan dalam konsep berkoperasi boleh dijadikan sebagai model dan contoh kepada institusi surau dan masjid dalam membantu meningkatkan tahap sosioekonomi kariahnya.
Katanya, antara kegiatan yang boleh dijalankan adalah seperti menyediakan pusat pendidikan dan tahfiz, kedai koperasi, dewan serbaguna untuk kegunaan am
dan beberapa perancangan ekonomi yang lain sekaligus membantu meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. Beliau juga turut menyatakan
rasa tertarik dengan pelan pembangunan jangka panjang surau berkenaan serta sedia memberikan sokongan selain berminat untuk membantu bagi merealisasikan matlamat murni itu dapat dicapai.
» Y.A.B. Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan
12 PELANCAR Ogos 2018
Pengerusi Surau, Dato’ Haji Bahari Abdullah
hasilan tempatan telahpun dibangunkan dan dijual oleh oleh jawatankuasa surau terbabit di beberapa cawangan pasaraya yang berdekatan. Dato’ Haji Bahari juga menyatakan rasa optimis dengan pelan perniagaan jangka panjang tersebut telahpun bersepakat dengan jawatankuasa yang lain untuk membangunkan koperasi surau selain merancang untuk memperbesarkan lagi projek perniagaan produk secara lebih berimpak tinggi pada masa akan datang. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji
dalam ucapan aluannya berkata, kerjasama perniagaan berasaskan pendekatan menang-menang sesama kariah teah mula digerakkan dan pihak surau sebagai ejen pemasaran bagi produk yang dikeluarkan dengan margin keuntungan sehingga 20 peratus. Dana wakaf yang dipinjamkan kepada anggota itu akan dipulangkan semula secara sepenuhnya mengikut tempoh yang ditetapkan ataupun menerusi perolehan keuntungan yang dicapai. Menurut beliau, setakat ini beberapa produk
Abdullah yang turut hadir turut memberikan kenyataan kepada media berhubung perkara tersebut selain menyatakan sokongan dan menyatakan bahawa ANGKASA sentiasa sedia untuk menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk. Ia bagi memastikan
konsep dan matlamat perniagaan koperasi yang mahu dijalankan itu nanti mampu mencapai kejayaan sekaligus memberi impak kepada perolehan
koperasi dalam jangka panjang.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (dua dari kiri) bergambar bersama barisan Jawatankuasa Surau Taman Paroi Jaya Indah.
Ogos 2018 PELANCAR
13
Jati Diri Cetus Kepimpinan Terbaik
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail bergambar bersama koperator di Kursus Kepimpinan Koperasi Peringkat Negeri Selangor, di Hotel Carlton, Shah Alam.
Usaha menyemarakkan semangat kepimpinan dan jati diri koperasi dalam diri koperator terus menjadi keutamaan ANGKASA menerusi penganjuran Kursus Kepimpinan Koperasi.
Kursus ini memberi peluang kepada koperator untuk memantapkan ilmu tentang jati diri, kepimpinan, pengurusan koperasi di samping membuka minda peserta dalam menguruskan koperasi secara lebih profesional. Seminar yang dikendalikan Bahagian Kepimpinan, Modal Insan & Pembangunan Koperasi (BKMIPK) ANGKASA ini bermatlamat memberi pendidikan koperasi ke arah melahirkan pemimpin dan bakal pemimpin koperasi yang berwawasan, berilmu, berintegriti dan berstrategik. Menerusinya, setiap anggota koperasi diberi latihan dan pemahaman dalam usaha untuk memainkan peranan secara lebih efektif membantu mengukuhkan kepimpinan koperasi dengan menerapkan kefahaman jati diri, tadbir urus, pengurusan kewangan dan kepimpinan koperasi menerusi pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh pegawai ANGKASA bertauliah.
Sepanjang tahun ini, BKMIPK menyasarkan sejumlah 1,600 peserta di semua 16 zon seluruh negara. Koperator yang terlibat bakal menerima pendedahan ilmu berkaitan kepimpinan dan tadbir urus melibatkan penyertaan koperasi sekolah dan koperasi dewasa. Kursus ini juga amat penting khususnya kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sesebuah koperasi ke arah memantapkan sesebuah organisasi koperasi supaya lebih tersusun dan profesional berteraskan tujuh prinsip koperasi, jati diri dan nilai-nilai murni koperasi.
14 PELANCAR Ogos 2018
» Sebahagian daripada 100 peserta yang menghadiri Kursus Kepimpinan Koperasi Peringkat Negeri Selangor.
Penyertaan koperator dalam kursus ini berupaya menyerlahkan daya kepimpinan koperator dalam menguruskan koperasi di samping berpeluang menjadi platform terbaik buat mereka untuk mengetengahkan idea dan pendapat ke arah pembangunan koperasi masing-masing.
KERTAS KERJA
1. Kertas Kerja 1 : Jati Diri Koperasi 2. Kertas Kerja 2 : Pengurusan Kewangan Koperasi 3. Kertas Kerja 3 : Tadbir Urus Koperasi 4. Kertas Kerja 4 : Kepimpinan Koperasi (Peranan Pemimpin Koperasi) 5. Kertas kerja 5 : Integriti Dalam Tadbir Urus Koperasi
6. Kertas Kerja 6 : Pelan Strategik ANGKASA 7. Kertas Kerja 7: Pengurusan Organisasi
Ogos 2018 PELANCAR
15
Terap Amalan Nilai Murni Dalam Kepimpinan Koperasi
Oleh : Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
Tahap emosi dan tingkah laku yang sering wujud dalam aspek kepimpinan sebenarnya mampu mempengaruhi prestasi kerja. Seseorang pemimpin yang bijak mengawal emosi selain berkebolehan dalam melaksanakan tugasnya secara profesional akan lebih yakin bahawa setiap arahan yang diberi, pasti dibalas dengan hasil kerja seperti yang dihasratkan.
Bagi menuntut keseimbangan seumpama itu, penerapan nilai-nilai murni dalam kepimpinan harus sentiasa ditekankan oleh setiap pemimpin. Antaranya adalah seperti berhemah tinggi, rasional, jujur, rajin, adil dan saling menghormati antara satu sama lain. Selain itu, keperibadian tinggi yang dimiliki oleh seseorang pemimpin juga dapat membantu mewujudkan rasa hormat dan kagum oleh kalangan pekerjanya. Keperibadian tinggi yang dimiliki oleh seseorang pemimpin mampu membina keperibadian dan membentuk jati diri yang dipandang lebih bersih selain boleh menjadi contoh kepada yang lain khususnya mereka yang dipimpin. Seterusnya, nilai kejujuran dan integriti tinggi juga merupakan antara pendekatan holistik penerapan nilai-nilai murni dalam kepimpinan yang sentiasa diperjuangkan oleh ANGKASA melalui kempen- kempen yang dijalankan sebelum ini. Menerusinya, pelbagai majlis ilmu seperti bengkel dan seminar berkaitan telah dianjurkan di seluruh negara dalam usaha ANGKASA untuk meningkatkan tahap kelestarian kepimpinan koperasi dan pembangunan modal insan dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya.
Kesan terhadap amalan nilai-nilai murni dalam kepimpinan bukan sahaja berkait rapat dengan sikap dan keperibadian yang disenangi pekerja. Keberkesanannya juga turut melibatkan soal membuat keputusan dalam sesuatu perkara selain tidak membelakangi mana-mana pihak yang dirasakan tidak memiliki persefahaman meskipun mempunyai kebolehan atau kepakaran dalam sesuatu perkara berkaitan tugasan yang mahu dilaksanakan. Amalan politik di pejabat yang sentiasa kita dengar seperti kroni, puak, pengikut dan sebagainya lagi harus diketepikan dalam melaksanakan kepimpinan yang telus dan berkesan. Seorang pemimpin yang berwibawa dan memiliki keperibadian yang tinggi tidak akan mudah memberi tafsiran atau mudah percaya dengan sebarang unsur yang cuba untuk melaga-lagakan sesama pekerja. Pemimpin harus tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dan tidak mudah cepat percaya dengan sebarang bentuk kenyataan yang akhirnya boleh menenggelamkan kebolehan dan juga keupayaan yang dimiliki oleh seseorang pekerja hanya kerana percaya dengan kenyataan sesetengah individu yang berniat tidak baik atau lebih berunsurkan kepentingan peribadi.
16 PELANCAR Ogos 2018
Kepimpinan Terbaik Mencorak Tadbir Urus Cemerlang
Oleh : Dato’ Haji Kamarudin Ismail Naib Presiden ANGKASA
Kekuatan gerakan koperasi dalam sesebuah negara sangat bergantung kepada tadbir urus dan kepimpinan yang baik bagi mencapai tahap kepimpinan lebih mampan sekaligus dapat memberi sumbangan lebih besar terhadap pembangunan sosioekonomi negara tersebut.
Hal tersebut terbukti melalui tadbir urus dan kepimpinan yang cekap dan efisien dalam menjalankan amanah dan kelebihan itu mampu mempengaruhi kecemerlangan sesebuah koperasi dan mewujudkan organisasi yang lebih mantap. Selain itu, kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada cara bagaimana pemimpin mencorakkannya. Pemimpin bukan sahaja bertindak sebagai penggerak tetapi perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada warga kerja termasuk masyarakat. Pemimpin juga perlu memiliki wawasan dan matlamat yang jelas untuk melaksanakan tanggujawab mengurus koperasi. Seorang pemimpin yang cekap perlu mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk mengharungi cabaran dalam dunia kepemimpinan gerakan koperasi sejajar dengan keperluan Dasar Koperasi Negara 2011-2020. Mereka perlu bersifat komited serta meletakkan usaha jitu untuk mencapai perubahan yang diharapkan serta menggunakan sumber-sumber secara profesional dan berkesan.
Penekanan terhadap pendekatan tadbir urus koperasi berupaya memastikan warga koperasi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang digariskan dengan berpegang teguh kepada amalan jati diri dan perundangan koperasi manakala barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dan Anggota Lembaga pula perlu bergerak seiring dan selari dengan matlamat organisasi agar perjalanan aktiviti dan pengurusan bergerak dengan lancar. Kedua-dua pihak juga perlu memainkan peranan secara lebih efektif untuk mempertingkatkan keyakinan masyarakat terhadap sektor koperasi. Koperasi sewajarnya mengamalkan tadbir urus berkesan di samping menjaga nama baik dan imej gerakan koperasi negara di mata masyarakat seterusnya berusaha memartabatkannya di peringkat yang lebih tinggi. Penerapan sifat integriti dan akauntabiliti dalam tadbir urus koperasi penting dalam kalangan koperasi dan kesedaran terhadap sifat-sifat ini hendaklah dilaksanakan dan perlu seiring ke arah melahirkan budaya integriti dalam koperasi.
Ogos 2018 PELANCAR
17
Hala Tuju : Pemangkin Tadbir Urus Berkesan
Oleh : Dr Haji Mohd. Azlan Yahya Naib Presiden ANGKASA
Hala tuju sesebuah organisasi yang jelas berupaya menentukan peranan dan tanggungjawab anggota, Lembaga koperasi dan pengurusan dalam menyelaras proses kerja serta membantu proses membuat keputusan secara lebih tepat dan berkesan. “GERAKAN KOPERASI PERLU SENTIASA DITADBIR DAN DIURUS BERLANDASKAN ELEMEN DAN PRINSIP AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KETELUSAN
Usaha membentuk sebuah hala tuju yang berkesan perlu diselaras dengan sebaik mungkin oleh responden yang terlibat meliputi segenap aspek pemerhatian termasuk penerapan nilai dan alaman tadbir urus yang baik serta adil kepada semua. Secara tidak langsung, pelaksanaan yang dijana berasaskan kepada hala tuju yang jelas dapat membantu memberi kefahaman yang lebih baik kepada semua anggota selain menaikkan semangat untuk bersama-sama membantu menjayakan agenda yang mahu dicapai. Seterusnya, gerakan koperasi perlu sentiasa ditadbir dan diurus berlandaskan elemen dan prinsip akauntabiliti, integriti, ketelusan dan kecekapan kerana koperasi adalah milik bersama dan bukan perseorangan. Elemen-elemen tersebut sewajarnya digerakkan secara lebih awal dan bersepadu oleh anggota koperasi sebagai asas kepada pengamalan jati diri koperasi.
DAN KECEKAPAN KERANA KOPERASI ADALAH MILIK BERSAMA DAN BUKAN PERSEORANGAN”.
18 PELANCAR Ogos 2018
Tadbir urus secara berkesan mampu melancarkan perjalanan struktur kerja selain memastikan pengurusan perniagaan dan hal ehwal sesebuah entiti khususnya koperasi dapat dianalisa dan dinilai keberkesanannya bagi meningkatkan impak dan perolehan sekali gus berupaya mencapai matlamat organisasi serta asas penubuhan koperasi itu sendiri secara tidak langsung. Dalam konteks koperasi, tadbir urus sangat penting dalam menyelaras akauntabiliti, mengurangkan risiko serta menyerlahkan imej dalam kalangan orang awam. Amalan tadbir urus yang cemerlang berpandukan kepada perancangan dan hala tuju yang jelas dapat
membantu pengurusan sesebuah koperasi untuk merencana program pembangunan perniagaan secara lebih sistematik dan lebih berkesan. Tanggungjawab dalam mentadbir dan mengurus koperasi adalah tanggungjawab secara bersama. Sekiranya semua warga koperasi dapat mengamalkan tadbir urus koperasi yang baik mengikut matlamat yang ditetapkan menerusi hala tuju yang telah digariskan, isu seperti penyelewengan, kerugian dan penyalahgunaan kuasa akan dapat diatasi dan ditangani dengan lebih berkesan berteraskan jati diri yang kuat dalam diri masing-masing.
Anggota (Pemilik, Pengguna)
MENTADBIR DAN MENGURUS
Penggunaan (Pelaksana Dasar)
ALK (Penggubal Dasar)
JAD (Pengawal, Pemantau)
Rajah 3 : Aliran Kecemerlangan Tadbir Urus Koperasi Sumber : Buku Nilai, Struktur dan Tadbir Urus Koperasi
Mengikut carta aliran di atas, warga koperasi tanpa mengira latar belakang, kedudukan, peranan dan tanggungjawab perlu diberi bimbingan dan pendedahan berkaitan operasi tadbir urus dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan koperasi. Bimbingan dan pendedahan ini berkaitan dengan kerjasama dan pemuafakatan yang diperlukan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, ia menggambarkan koperasi berdaftar tanpa mengira fungsi mempunyai hala tuju yang berfokus dengan memiliki perancangan aktiviti perniagaan bagi memenuhi matlamat penubuhan dan hala tuju koperasi. Sekiranya pihak yang terlibat mengamalkan tadbir urus koperasi yang baik mengikut matlamat, tujuan dan aktiviti koperasi masing-masing, segala masalah seperti penyelewengan, kerugian dan penyalahgunaan kuasa dapat diatasi atau ditangani dengan lebih berkesan.
Ogos 2018 PELANCAR
19
Struktur Tadbir Urus Koperasi
Mesyuarat Agung Anggota
Anggota Lembaga
Jawatankuasa Audit Dalaman
Pengurusan
Tadbir Urus Baik
Prestasi Koperasi
Rajah 1: Struktur Tadbir Urus Koperasi Sumber : Buku Nilai, Struktur dan Tadbir Urus Koperasi
Elemen-Elemen Dalam Tadbir Urus Koperasi
Telus (Transparent)
Integriti (Integrity)
Kebertanggungjawaban (Accountability)
Rajah 2 : Elemen - Elemen dalam Tadbir Urus Koperasi Sumber : Buku Nilai, Struktur dan Tadbir Urus Koperasi
20 PELANCAR Ogos 2018
Terdapat 15 Prinsip Tadbir Urus Koperasi GP 27 yang dikuatkuasa pada Mei 2015 lalu yang memberi fokus kepada empat bahagian utama iaitu Hal Ehwal Anggota Lembaga Koperasi, Pengawasan Pengurusan, Kebertanggungjawaban Dan Pengauditan dan Ketelusan Dan Integriti.
Prinsip-Prinsip Tadbir Urus Koperasi GP27:
1. Pengamatan prinsip dan nilai koperasi. 2. Pentadbiran Lembaga yang cekap dengan misi dan strategi yang jelas. 3. Pengasingan peranan dan tanggungjawab antara Lembaga dan pengurusan.
4. Pelantikan Anggota Lembaga Koperasi secara formal dan telus. 5. Pelaksanaan pelantikan semula Anggota Lembaga Koperasi. 6. Kriteria umum Anggota Lembaga.
7. Pengendalian Mesyuarat Lembaga dan pelaporan oleh pengurusan. 8. Penilaian rasmi dan berterusan terhadap pentadbiran dan pengurusan. 9. Penetapan prosedur dan ganjaran yang formal dan telus. 10. Pendedahan dan percanggahan kepentingan. 11. Pengauditan mantap melalui hubungan profesional antara Juruaudit, Lembaga dan Pengurusan. 12. Penyampaian maklumat melalui saluran komunikasi berkesan.
13. Pelaksanaan pengurusan risiko berkesan. 14. Pengendalian koperasi secara telus dan jelas. 15. Penilaian prestasi koperasi melalui tahap kepuasan anggota.
Ogos 2018 PELANCAR
21
Gerakan koperasi di Malaysia memerlukan pemimpin pelapis dalam golongan muda untuk dilatih bagi menerajui kepimpinan koperasi pada masa hadapan. Mereka perlu diberi peranan dari peringkat awal lagi bagi menggilap bakat dalam pengurusan sekaligus menyegar dan menyuntik semangat dan idea baharu untuk memartabatkan lagi sektor koperasi. Perkasa Kepimpinan Muda Dalam Koperasi Oleh : SITI ROHANI ABUYAN Pengurus Besar, Koperasi Serbaguna Iman (M) Berhad
Pemimpin pelapis perlu diberi peluang dan ruang untuk menonjolkan diri selain mengubah tanggapan masyarakat, iaitu koperasi hanya untuk golongan tua. Koperasi yang dorman dan kegagalan koperasi untuk menyerlah dalam sektor ekonomi membuatkan sumbangannya tidak signifikan sebagai penyumbang popular kepada kepesatan ekonomi negara semenjak dahulu lagi. Walaupun sejarah penubuhan koperasi bermula seawal 1920- an, perkembangannya tidak begitu ketara dan sangat perlahan. Pemimpin koperasi muda harus peka dan mengikut arus perkembangan dunia sama ada dari segi teknologi, aktiviti ekonomi dan kepelbagaian budaya. Dunia tanpa sempadan membolehkan urusan dilaksanakan dengan lebih mudah dan efisien tanpa mengabaikan ketepatan maklumat dan perincian seperti perbankan internet. Menerusinya, proses pemindahan wang dan terimaan wang menjadi sangat pantas dan ini telah menjadikan transaksi ekonomi bergerak dengan cepat. Begitu juga kaedah pemasaran digital yang merangkumi pemasaran ke seluruh dunia dengan kos yang murah dan efisien. Pemimpin koperasi perlu sedar kaedah-kaedah terkini yang wujud dalam aktiviti ekonomi bagi memastikan koperasi dapat sama-sama berperanan dalam persaingan tersebut. Seorang pemimpin yang berkaliber, mestilah mempunyai tahap kebolehan yang tinggi dalam bidang kerjaya tetapi juga berpengetahuan luas selain mempunyai ciri-ciri keperibadian yang tinggi merangkumi integriti dan kepimpinan. Walaupun koperasi itu hanyalah sebuah koperasi sekolah, pelajar yang terlibat perlu diberi latihan dan semangat keusahawanan koperasi untuk menguruskan aktiviti perniagaan koperasi
dengan menjadikan rakan sebaya sebagai pelanggan. Perniagaan yang dijalankan itu dapat membentuk sikap keusahawanan dan kepimpinan dalam jiwa pelajar. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, ilmu perniagaan sangat penting untuk difahami dan dikuasai. Pemimpin muda koperasi perlu sedar bahawa penglibatan dalam bidang perniagaan akan melibatkan soal risk and return atau risiko dan pulangan. Teori pelaburan juga turut terkenal dengan istilah, high risk high return dan begitu juga sebaliknya. Kemahiran mengenal pasti risiko dan pulangan dalam perniagaan yang diceburi sangat penting dalam membuat keputusan. Ini kerana, modal untuk perniagaan adalah diperoleh daripada anggota atau mungkin juga daripada sumber luar seperti bank. Kemahiran dalam ilmu perakaunan juga perlu dipelajari oleh pemimpin koperasi kerana ilmu perakaunan berkait rapat dengan pelaporan untung rugi perniagaan. Koperasi sebagai entiti yang dimiliki oleh anggota akan dipantau oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dari segi pelaporan aktiviti perniagaan dan juga pengurusan. Pemimpin koperasi juga perlu mematuhi undang-undang percukaian oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana menjalankan aktiviti perniagaan. Ilmu percukaian juga perlu dikuasai dan diperlengkap bagi memastikan pelaporan aktiviti perniagaan yang dijalankan dipatuhi. Bagi mengelak kerugian, pemimpin perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam terutama perkara yang melibatkan bidang kuasa mereka seperti keputusan keterlibatan dalam sesuatu perniagaan. Sudah sampai masanya, pemimpin muda dalam koperasi berperanan secara lebih serius dalam mengurus tadbir koperasi dan tidak boleh sentiasa berada dalam zon selesa demi memastikan koperasi sentiasa diuruskan dengan baik dan terkawal.
22 PELANCAR Ogos 2018
Kepimpinan Dan Tadbir Urus Yang Baik Dalam Koperasi (Konteks Anggota Lembaga Koperasi)
Oleh : SUZITA BINTI TUSIRIN Pengurus, Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad
Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) yang menggariskan kuasa tertinggi bagi sesebuah koperasi terletak kepada mesyuarat agung anggotanya yang melantik wakil iaitu Anggota Lembaga Koperasi (ALK) secara demokratik menerusi pemilihan secara adil dan saksama.
ALK dipilih bagi mengurus dan mengawasi urusan atau aktiviti, kumpulan wang dan harta koperasi selain berperanan memastikan pentadbiran dan pengurusan koperasi berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang dihasratkan. Berdasarkan peranan utama ALK dalam Akta berkenaan, mereka (ALK) mempunyai peranan yang amat penting dalam koperasi khususnya dalam mentadbir urus dari peringkat dasar dalam kepimpinan koperasi. Mereka juga perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah kepada koperasi dalam konteks pengurusan dan juga kewangan. Dalam tadbir urus sesebuah koperasi, pengagihan tanggungjawab amatlah penting di antara ALK, pengarah, pengurus, pekerja, anggota koperasi dan undang-undang selain aturan yang diwujudkan bagi menggaris dan melaksana setiap aktiviti dalam koperasi itu sendiri. Bagi menentukan tadbir urus sesebuah koperasi agar terus berjalan secara komprehensif dan lancar, tadbir urus bercirikan Islam boleh diterapkan iaitu mengambil kira jati diri, moral dan sikap ALK yang ikhlas, jujur dan berakauntabiliti. Mereka juga perlu memiliki sifat tekun sama seperti mentaliti ahli perniagaan selain sentiasa berhemah dan sedia bertanggungjawab terhadap apa yang diputuskan oleh mereka dalam menjalankan sesuatu tindakan dan keputusan. Islam itu ‘Addin’ dan amat menyeluruh dalam kehidupan seharian, hinggakan bagi urusan koperasi sekali pun, ia mesti dilaksanakan semata-mata kerana
Allah lebih-lebih lagi ia adalah muamalah. Islam bukan hanya mengenai perihal keagamaan, tetapi turut meliputi semua perkara dalam kehidupan termasuk ekonomi dan sosial. Perbezaan ketara antara tadbir urus Islam dengan tadbir urus secara korporat adalah pegangannya. Tadbir urus secara Islam berdasarkan tauhid dan hanya semata-mata kerana Allah manakala korporat pula lebih mementingkan kelancaran dan keuntungan semata-mata. Tadbir urus korporat yang kini dimanipulasikan dalam sistem pentadbiran koperasi dilihat sebagai struktur yang bersifat rasional dan boleh merosakkan organisasi sekiranya tidak dikawal. Ia tidak dapat diperbaiki dengan menambah sekian banyak pengawalan, penggubalan undang-undang, polisi serta garis panduan aktiviti kerana membolehkan apa yang terlarang bagi dilaksana asal sahaja ia mampu mencapai sasaran dan matlamat. Mereka akan selesa meneruskan pentadbiran secara begini asalkan ‘tidak melakukan sesuatu yang salah’ pada pandangan mereka tetapi mereka ‘tidak melakukan apa yang terbaik’. Justeru, tadbir urus yang dijalankan secara telus dan ikhlas akan mengelakkan koperasi daripada berdepan dengan amalan pengurusan yang tidak baik sama ada disebabkan konflik kepentingan dalam kalangan ALK atau kegagalan memenuhi kepentingan anggota disebabkan Anggota Lembaga sebagai peneraju utama sesebuah koperasi.
Ogos 2018 PELANCAR
23
Reaksi Koperator
Norzaini Yahya Koperasi Sekolah Menengah Puchong Berhad pelbagai bidang bagi menyumbang secara lebih berkesan terhadap kejayaan sesebuah organisasi khususnya dalam koperasi. Pemimpin perlu memiliki ciri- ciri kepimpinan yang berkesan seperti bersemangat, kejujuran dan integriti, keikhlasan, memiliki dorongan kepimpinan, keyakinan diri yang tinggi, kepintaran dan berpengetahuan luas dalam
Siti Zulaika Othman Koperasi SMK Sungai Kapar Indah Klang Berhad sekali bagi memastikan koperasi diurus secara profesional ke arah meningkatkan pencapaian koperasi. Kursus ini mencapai objektifnya iaitu memberi pendidikan koperasi ke arah melahirkan pemimpin dan bakal pemimpin koperasi yang berwawasan, berilmu, berintegriti dan berstrategik. Langkah ini amat bertepatan
Azmar Osman Koperasi SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya Berhad sekaligus mendorong warga koperasi melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh Tadbir urus yang dilaksanakan dengan sadik, amanah dan telus berteraskan integriti yang teguh, sudah pasti mewujudkan persekitaran koperasi yang baik
Mohamad Nizam Abdul Hamid Koperasi Usahawan Kota Puteri Islam Berhad dan pengurusan koperasi dalam membangunkan koperasi masing- masing. Tadbir urus koperasi berkesan mencerminkan kesempurnaan pengurusan sesebuah koperasi. Daya kepimpinan yang diyakini dan disegani turut menjadi faktor kejayaan sesebuah koperasi di samping sokongan padu anggota, Anggota Lembaga
Menerusi kursus ini, kefahaman terhadap jati diri, tadbir urus baik, pengurusan kewangan dan kepimpinan koperasi dapat diperkukuh. Ilmu-ilmu yang diberikan ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin ke arah mewujudkan pengurusan profesional dalam koperasi setanding dengan syarikat korporat.
Kita perlu memastikan sektor koperasi berupaya mencapai akauntabiliti dan integriti selain terus berusaha bagi menambah baik koperasi dari semasa ke semasa. Gerakan koperasi merupakan aset negara yang besar dan perlu dijaga dari segi integriti bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap peranan yang dimainkan dalam menjana pembangunan sosioekonomi negara.
Mustafar Kamal Hamzah Koperasi Nusa Suria Berhad
Norawani Ramli Koperasi Usahawan Global Berhad
24 PELANCAR Ogos 2018 24 PELANCAR Ogos 2018
Kepimpinan Koperasi
Oleh : AZMAN BIN AHAMAD Unit Kepimpinan Bahagian Pembangunan Kepimpinan dan Modal Insan Koperasi
Sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia, pembentukan pemimpin yang berwawasan,berilmu dan berstrategik menjadi antara aspek penting untuk diterapkan melalui pelbagai cabang ilmu dan latihan yang dianjurkan oleh ANGKASA.
Program kepimpinan dirancang dan dilaksanakan melalui seminar dan kursus- kursus kepimpinan. Sambutan yang diberikan oleh Anggota Lembaga Koperasi dan Anggota Koperasi amat menggalakkan seperti rajah 1 di bawah. Seseorang pemimpin hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai murni kepimpinan pada diri mereka. Antara nilai-nilai murni kepimpinan yang mesti ada pada seseorang
pemimpin adalah baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan mental dan fizikal, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Ia secara tidak langsung akan mewujudkan keperibadian diri yang utuh, pembentukan sifat kepimpinan yang cemerlang serta akan membantu merealisasikan koperasi yang mantap. Ainon Mohd (2003) turut menyatakan
RAJAH 1 : STATISTIK PENCAPAIAN KURSUS KEPIMPINAN KOPERASI (JANUARI - JUN 2018)
921
1, 000
727
800
600
BILANGAN
400
200
KOPERASI
PESERTA
Ogos 2018 PELANCAR
25
Kursus Kepimpinan Koperasi Anjuran ANGKASA
Peserta Kursus Kepimpinan Negeri Selangor 9 Hingga 10 Julai 2018
Kursus Kepimpinan Pahang Zon 3 (26 Mac 2018)
Kursus Kepimpinan Negeri Pahang Zon 1 Pada 24-25 April 2018
Kursus Kepimpinan Negeri Melaka (17 April 2018)
Kursus Kepimpinan Negeri Pulau Pinang Pada 30 Jun dan 1 Julai 2018
Kursus Kepimpinan Di Sarawak (6 Hingga 7 April 2018)
26 PELANCAR Ogos 2018
menyatakan bahawa kepimpinan yang berkesan hendaklah mempunyai nilai kejujuran dan integriti yang tinggi. Pemimpin koperasi hendaklah bersikap positif, mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas,berkemahiran,sanggup belajar dari kesilapan,bersikap terbuka, sanggup memikul tanggungjawab, kemampuan untuk merancang,mempunyai daya imaginasi, mempunyai kuasa pemutus,mempunyai personaliti/ karisma dan adil dan saksama.
Pemimpin koperasi yang berintegriti melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan untuk kepentingan umum. Ini bererti, mereka tidak menyalahgunakan kuasa demi kepentingan diri, sebaliknya harus memberi keutamaan kepentingan awam.Kepimpinan yang berkesan merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuah koperasi. Sifat kepimpinan yang cemerlang oleh pemimpin koperasi akan menjadi ikutan anggota-anggotanya. Ianya secara tidak langsung akan memastikan kualiti perkhidmatan dan pencapaian koperasi dapat dikekalkan.
Cabaran Kepimpinan Koperasi Menerapkan nilai koperasi, pembahagian tugas dan akauntabiliti. Pemimpin koperasi perlu menggariskan nilai-nilai etika dan moral yang baik untuk diamalkan sebagai nilai koperasi. Pemimpin perlu menentukan tugas-tugas yang jelas berdasarkan fungsi bahagian masing-masing yang akan mendorong kesungguhan untuk bekerja oleh kakitangan. Memastikan koperasi dikendalikan dengan wajar mengikut undang-undang.Pemimpin koperasi hendaklah memahami dengan jelas kehendak Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan koperasi 2010, Garis Panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Undang-Undang Kecil Koperasi masing-masing. Memastikan koperasi mempunyai pengaruh yang memberi manfaat terhadap peningkatan taraf ekonomi komuniti. Pemimpin koperasi juga harus menitikberatkan manfaat yang berterusan kepada anggota. Anggota koperasi sebagai penyumbang modal sudah pasti inginkan pulangan dalam bentuk kewangan atau perkhidmatan. Menetapkan prosedur bagi mengelak percanggahan kepentingan. Pemimpin koperasi hendaklah menetapkan “ Standard Operation Procedure ” (SOP) yang mudah difahami dan diamalkan. Operasi koperasi akan lebih terjamin dan selamat. Membangun dan memastikan pelbagai jawatankuasa berfungsi dengan berkesan. Pemimpin koperasi perlu bijak membuat keputusan berkaitan dasar-dasar koperasi yang dirancang. Mereka perlu mengkaji, meluluskan strategi, membuat perancangan perniagaan dan memastikan dasar-dasar dipatuhi. Memastikan pengurusan yang kompeten. Pemimpin koperasi hendaklah mengambil kakitangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang diperlukan. Menyediakan dasar pengurusan risiko yang komprehensif dan berkebolehan mengawal risiko. Ini adalah penting supaya pemimpin boleh membuat keputusan yang bijak untuk mengawal risiko. Membangunkan sistem kawalan dalaman yang berkesan (audit/pengurusan/sistem maklumat). Menyediakan pelan kesinambungan untuk terus kekal relevan dan berdaya saing. Menyelesaikan isu konflik dalam organisasi secara bijaksana dan berhemah. Menguruskan masa dengan teratur dan berdisiplin terutamanya menyiapkan projek koperasi mengikut jadual yang ditetapkan. RUJUKAN 1. Richard L. Daft. (2015) . The Leadership Experience (6 ed). CengageLearning. 2. Ainon Mohd (2003), Kepimpinan Dan Motivasi, Pencetakan Utusan. 3. Ainon Mohd (2003), Teori dan Teknik Kepimpinan; Panduan Aplikasi di Tempat Kerja, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 4. Garis Panduan 27 Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Ogos 2018 PELANCAR
27
Tokoh Koperasi Wanita Terulung Negara TAN SRI DR. AISHAH GHANI
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Bersempena dengan ulang tahun ke-44 pada 13 Jun 2018 lalu, Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad (KJMWB) yang merupakan sebuah koperasi wanita paling lama di Malaysia telah melancarkan sebuah buku bertajuk “Aishah Ghani: Srikandi Koperasi Jaya Murni” dan Logo Baharu.
Majlis bersejarah berkenaan telah dirasmikan oleh mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin yang juga merupakan sahabat kepada Allahyarham Tan Sri Dr. Aishah Ghani. KJMWB mengambil inisiatif dengan mendoku- mentasikan perjuangan Allahyarham Tan Sri Dr. Aishah Ghani dalam menerajui KJMWB sejak mula penubuhannya hingga ke penghujung hayatnya yang kini menjadi tunjang kekuatan koperasi. Dalam ucapan yang disampaikan Tun Daim Zainuddin, beliau melahirkan rasa terharu dengan penghormatan yang diberikan kepadanya untuk merasmikan buku yang memaparkan perjuangan sahabat baiknya itu dalam arena koperasi. Ujarnya, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan Allahyarham ternyata amat besar, khususnya dalam pembangunan sosioekonomi kaum wanita menerusi sektor koperasi dan politik. “Sepanjang mengenalinya, beliau tidak
pernah mengalah atau menjadikan kesukaran sebagai alasan untuk mencapai apa yang dicita-citakan. Semasa berjuang memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan, beliau banyak mengharungi dugaan dan rintangan. “Bagi beliau, jika kita mudah mengalah, kita tidak akan ke mana-mana dan cita- cita yang kuat harus diteruskan walaupun sukar, ibarat menggenggam bara api, biar sampai jadi arang,” katanya yang turut mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat KJMWB kerana sudi mengambil tanggungjawab sudi mendokumentasikan lembaran perjuangan Allahyarham Tan Sri Dr. Aishah Ghani.
» Pelancaran buku “Aishah Ghani: Srikandi Koperasi Jaya Murni” oleh Tun Daim Zainuddin
28 PELANCAR Ogos 2018
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68 Page 69Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease