» Cenderamata berupa koleksi buku yang disampaikan oleh Datuk Haji Mohamad Ali Hasan kepada YAB Menteri Besar Johor.
» YAB Dato’ Haji Osman Sapian turut meluangkan masa mengadakan perbincangan ringkas tentang gerakan koperasi bersama Dato’ Abdul Fattah dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
» Majlis turut meraikan kejayaan pelajar-pelajar terbaik mengikut kategori pendidikan dalam kalangan anak-anak anggota KPMNJ.
» Sebahagian perwakilan yang hadir dalam Mesyuarat Agung KPMNJ Ke-23.
KPMNJ komited dan terus berusaha meningkatkan prestasi semasa dan memantapkan lagi kegiatan perniagaan melalui budaya prestasi cemerlang, pengurusan kos yang efisien dan peningkatan hasil. Usaha-usaha untuk meneroka perniagaan baharu turut dijalankan agar KPMNJ tidak ketinggalan dengan segala peluang yang terbuka. “KPMNJ telah membuka cawangan Ar-Rahnu yang kelima di Segamat. Di samping itu juga, KPMNJ telah ditawarkan oleh Kerajaan Kemboja untuk meneroka peluang perniagaan Ar-Rahnu di sana,” katanya. Selain itu katanya, KPMNJ turut merancang untuk bergiat aktif dalam penternakan lembu pedaging, penanaman kelapa sawit menerusi pembelian tanah seluas 140 ekar di Mukim Kahang, penanaman kelapa Matak, memperoleh AP untuk mengimport beras, mengembangkan cawangan Ar-Rahnu, penternakan udang dan pembangunan semula Pantai Penyabong Resort di Mersing. Beliau dalam ucapannya turut berterima kasih dan mengalu-alukan sokongan berterusan kerajaan negeri dan semua anggota dalam mengukuhkan ikatan kerjasama demi kejayaan KPMNJ. Anggota Lembaga dan pengurusan koperasi juga diharap supaya terus mengekalkan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus yang lebih baik ke arah memajukan lagi KPMNJ di masa akan datang.
Turut hadir semasa perasmian tersebut ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor, YB Sheikh Umar Bagharib Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Encik Sazali Abd. Hamid. KPMNJ diasaskan pada tahun 1965 dan berdaftar pada 3 Mac 1965 di bawah Akta Koperasi 1993. Penubuhannya adalah atas inisiatif murni beberapa Pegawai Kerajaan Melayu yang diketuai Allahyarham Tan Sri Dato’ Haji Basir Ismail yang sedar betapa pentingnya orang Melayu melibatkan diri dalam bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka dengan menggariskan objektif melaburkan dana yang dikumpulkan dalam kalangan orang Melayu di Johor untuk diniagakan dalam pelbagai cabang ekonomi. Kini, jumlah keanggotaan KPMNJ menghampiri angka 9,000 anggota dan 18 koperasi Melayu berdaftar. Sepanjang 52 tahun penubuhannya, KPMNJ terus bergerak aktif sehingga berjaya mencatat kedudukan ke-30 Koperasi Terbaik Negara bagi tahun 2017 selain menduduki tempat kedua Anugerah Koperasi Cemerlang Peringkat Negeri Johor.
10 PELANCAR Ogos 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease