Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

Haji Mutadho bin Bahri, Mantan Timbalan Presiden ANGKASA

Tempoh 42 tahun mencurah bakti dalam gerakan koperasi telah menyimpan seribu satu kenangan dan pengalaman yang tidak ternilai buat mantan Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho bin Bahri. Beliau yang mengumumkan sendiri tarikh persaraannya berkuatkuasa pada 7 Julai lalu telah mengambil keputusan itu secara rela hati bagi memberi tumpuan terhadap penjagaan kesihatan di samping ingin berehat bersama keluarga.

Haji Mutadho yang berasal dari Kampung Paya, Perlis mula berkecimpung dalam dunia koperasi sejak tahun 1976 sebagai Bendahari, Koperasi Guru-Guru Melayu Perlis Berhad. Penglibatan beliau di ANGKASA bermula pada tahun 1990 apabila memegang tanggungjawab selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis sehinggalah beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden ANGKASA pada 6 Oktober 2009. Antara jawatan lain yang pernah disandang beliau di ANGKASA adalah seperti Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia ANGKASA, Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Pengerusi Lembaga Amanah MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd., Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MyANGKASA Akademi & Resort dan Timbalan Pengerusi Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA). Beliau sewaktu ditemu bual wakil media PELANCAR mendoakan agar gerakan koperasi di Malaysia terus mekar dan berjaya mencapai kecemerlangan seperti yang dihasratkan oleh setiap anggotanya di samping mengharapkan agar kepimpinan ANGKASA terus maju dan kekal dinamik dalam melestari pembangunan sektor-sektor koperasi di negara ini. Haji Mutadho juga mengambil kesempatan dengan merakamkan setinggi perhargaan dan ucapan terima kasih atas segala sokongan yang telah diterima sepanjang usia perkhidmatan beliau di ANGKASA di samping memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya wujud sebarang bentuk kekhilafan.

Ogos 2018 PELANCAR

11

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease