Muafakat Anggota Pertingkat Dana Koperasi
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. Haji Aminuddin Harun ketika berucap dalam Majlis Jalinan Mesra Aidil Fitri 2018 di Surau Paroi Jaya Indah, Seremban baru-baru ini berkata, matlamat murni yang diperjuangkan oleh koperasi berupaya meningkatkan peranan surau atau masjid daripada hanya berfungsi sebagai tempat menjalankan ibadah kepada sebuah pusat pembangunan modal insan yang lebih lengkap serta menyumbang kepada kelestarian masyarakat menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui koperasi. Pendekatan ekonomi berkonsepkan permuafakatan sesama anggota dan masyarakat setempat seperti yang diamalkan dalam konsep berkoperasi boleh dijadikan sebagai model dan contoh kepada institusi surau dan masjid dalam membantu meningkatkan tahap sosioekonomi kariahnya.
Katanya, antara kegiatan yang boleh dijalankan adalah seperti menyediakan pusat pendidikan dan tahfiz, kedai koperasi, dewan serbaguna untuk kegunaan am
dan beberapa perancangan ekonomi yang lain sekaligus membantu meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. Beliau juga turut menyatakan
rasa tertarik dengan pelan pembangunan jangka panjang surau berkenaan serta sedia memberikan sokongan selain berminat untuk membantu bagi merealisasikan matlamat murni itu dapat dicapai.
» Y.A.B. Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan
12 PELANCAR Ogos 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease