Jati Diri Cetus Kepimpinan Terbaik
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail bergambar bersama koperator di Kursus Kepimpinan Koperasi Peringkat Negeri Selangor, di Hotel Carlton, Shah Alam.
Usaha menyemarakkan semangat kepimpinan dan jati diri koperasi dalam diri koperator terus menjadi keutamaan ANGKASA menerusi penganjuran Kursus Kepimpinan Koperasi.
Kursus ini memberi peluang kepada koperator untuk memantapkan ilmu tentang jati diri, kepimpinan, pengurusan koperasi di samping membuka minda peserta dalam menguruskan koperasi secara lebih profesional. Seminar yang dikendalikan Bahagian Kepimpinan, Modal Insan & Pembangunan Koperasi (BKMIPK) ANGKASA ini bermatlamat memberi pendidikan koperasi ke arah melahirkan pemimpin dan bakal pemimpin koperasi yang berwawasan, berilmu, berintegriti dan berstrategik. Menerusinya, setiap anggota koperasi diberi latihan dan pemahaman dalam usaha untuk memainkan peranan secara lebih efektif membantu mengukuhkan kepimpinan koperasi dengan menerapkan kefahaman jati diri, tadbir urus, pengurusan kewangan dan kepimpinan koperasi menerusi pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh pegawai ANGKASA bertauliah.
Sepanjang tahun ini, BKMIPK menyasarkan sejumlah 1,600 peserta di semua 16 zon seluruh negara. Koperator yang terlibat bakal menerima pendedahan ilmu berkaitan kepimpinan dan tadbir urus melibatkan penyertaan koperasi sekolah dan koperasi dewasa. Kursus ini juga amat penting khususnya kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sesebuah koperasi ke arah memantapkan sesebuah organisasi koperasi supaya lebih tersusun dan profesional berteraskan tujuh prinsip koperasi, jati diri dan nilai-nilai murni koperasi.
14 PELANCAR Ogos 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease