Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

Tadbir urus secara berkesan mampu melancarkan perjalanan struktur kerja selain memastikan pengurusan perniagaan dan hal ehwal sesebuah entiti khususnya koperasi dapat dianalisa dan dinilai keberkesanannya bagi meningkatkan impak dan perolehan sekali gus berupaya mencapai matlamat organisasi serta asas penubuhan koperasi itu sendiri secara tidak langsung. Dalam konteks koperasi, tadbir urus sangat penting dalam menyelaras akauntabiliti, mengurangkan risiko serta menyerlahkan imej dalam kalangan orang awam. Amalan tadbir urus yang cemerlang berpandukan kepada perancangan dan hala tuju yang jelas dapat

membantu pengurusan sesebuah koperasi untuk merencana program pembangunan perniagaan secara lebih sistematik dan lebih berkesan. Tanggungjawab dalam mentadbir dan mengurus koperasi adalah tanggungjawab secara bersama. Sekiranya semua warga koperasi dapat mengamalkan tadbir urus koperasi yang baik mengikut matlamat yang ditetapkan menerusi hala tuju yang telah digariskan, isu seperti penyelewengan, kerugian dan penyalahgunaan kuasa akan dapat diatasi dan ditangani dengan lebih berkesan berteraskan jati diri yang kuat dalam diri masing-masing.

Anggota (Pemilik, Pengguna)

MENTADBIR DAN MENGURUS

Penggunaan (Pelaksana Dasar)

ALK (Penggubal Dasar)

JAD (Pengawal, Pemantau)

Rajah 3 : Aliran Kecemerlangan Tadbir Urus Koperasi Sumber : Buku Nilai, Struktur dan Tadbir Urus Koperasi

Mengikut carta aliran di atas, warga koperasi tanpa mengira latar belakang, kedudukan, peranan dan tanggungjawab perlu diberi bimbingan dan pendedahan berkaitan operasi tadbir urus dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan koperasi. Bimbingan dan pendedahan ini berkaitan dengan kerjasama dan pemuafakatan yang diperlukan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, ia menggambarkan koperasi berdaftar tanpa mengira fungsi mempunyai hala tuju yang berfokus dengan memiliki perancangan aktiviti perniagaan bagi memenuhi matlamat penubuhan dan hala tuju koperasi. Sekiranya pihak yang terlibat mengamalkan tadbir urus koperasi yang baik mengikut matlamat, tujuan dan aktiviti koperasi masing-masing, segala masalah seperti penyelewengan, kerugian dan penyalahgunaan kuasa dapat diatasi atau ditangani dengan lebih berkesan.

Ogos 2018 PELANCAR

19

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease