menyatakan bahawa kepimpinan yang berkesan hendaklah mempunyai nilai kejujuran dan integriti yang tinggi. Pemimpin koperasi hendaklah bersikap positif, mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas,berkemahiran,sanggup belajar dari kesilapan,bersikap terbuka, sanggup memikul tanggungjawab, kemampuan untuk merancang,mempunyai daya imaginasi, mempunyai kuasa pemutus,mempunyai personaliti/ karisma dan adil dan saksama.
Pemimpin koperasi yang berintegriti melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan untuk kepentingan umum. Ini bererti, mereka tidak menyalahgunakan kuasa demi kepentingan diri, sebaliknya harus memberi keutamaan kepentingan awam.Kepimpinan yang berkesan merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuah koperasi. Sifat kepimpinan yang cemerlang oleh pemimpin koperasi akan menjadi ikutan anggota-anggotanya. Ianya secara tidak langsung akan memastikan kualiti perkhidmatan dan pencapaian koperasi dapat dikekalkan.
Cabaran Kepimpinan Koperasi Menerapkan nilai koperasi, pembahagian tugas dan akauntabiliti. Pemimpin koperasi perlu menggariskan nilai-nilai etika dan moral yang baik untuk diamalkan sebagai nilai koperasi. Pemimpin perlu menentukan tugas-tugas yang jelas berdasarkan fungsi bahagian masing-masing yang akan mendorong kesungguhan untuk bekerja oleh kakitangan. Memastikan koperasi dikendalikan dengan wajar mengikut undang-undang.Pemimpin koperasi hendaklah memahami dengan jelas kehendak Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan koperasi 2010, Garis Panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Undang-Undang Kecil Koperasi masing-masing. Memastikan koperasi mempunyai pengaruh yang memberi manfaat terhadap peningkatan taraf ekonomi komuniti. Pemimpin koperasi juga harus menitikberatkan manfaat yang berterusan kepada anggota. Anggota koperasi sebagai penyumbang modal sudah pasti inginkan pulangan dalam bentuk kewangan atau perkhidmatan. Menetapkan prosedur bagi mengelak percanggahan kepentingan. Pemimpin koperasi hendaklah menetapkan “ Standard Operation Procedure ” (SOP) yang mudah difahami dan diamalkan. Operasi koperasi akan lebih terjamin dan selamat. Membangun dan memastikan pelbagai jawatankuasa berfungsi dengan berkesan. Pemimpin koperasi perlu bijak membuat keputusan berkaitan dasar-dasar koperasi yang dirancang. Mereka perlu mengkaji, meluluskan strategi, membuat perancangan perniagaan dan memastikan dasar-dasar dipatuhi. Memastikan pengurusan yang kompeten. Pemimpin koperasi hendaklah mengambil kakitangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang diperlukan. Menyediakan dasar pengurusan risiko yang komprehensif dan berkebolehan mengawal risiko. Ini adalah penting supaya pemimpin boleh membuat keputusan yang bijak untuk mengawal risiko. Membangunkan sistem kawalan dalaman yang berkesan (audit/pengurusan/sistem maklumat). Menyediakan pelan kesinambungan untuk terus kekal relevan dan berdaya saing. Menyelesaikan isu konflik dalam organisasi secara bijaksana dan berhemah. Menguruskan masa dengan teratur dan berdisiplin terutamanya menyiapkan projek koperasi mengikut jadual yang ditetapkan. RUJUKAN 1. Richard L. Daft. (2015) . The Leadership Experience (6 ed). CengageLearning. 2. Ainon Mohd (2003), Kepimpinan Dan Motivasi, Pencetakan Utusan. 3. Ainon Mohd (2003), Teori dan Teknik Kepimpinan; Panduan Aplikasi di Tempat Kerja, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 4. Garis Panduan 27 Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Ogos 2018 PELANCAR
27
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease