Tokoh Koperasi Wanita Terulung Negara TAN SRI DR. AISHAH GHANI
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Bersempena dengan ulang tahun ke-44 pada 13 Jun 2018 lalu, Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad (KJMWB) yang merupakan sebuah koperasi wanita paling lama di Malaysia telah melancarkan sebuah buku bertajuk “Aishah Ghani: Srikandi Koperasi Jaya Murni” dan Logo Baharu.
Majlis bersejarah berkenaan telah dirasmikan oleh mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin yang juga merupakan sahabat kepada Allahyarham Tan Sri Dr. Aishah Ghani. KJMWB mengambil inisiatif dengan mendoku- mentasikan perjuangan Allahyarham Tan Sri Dr. Aishah Ghani dalam menerajui KJMWB sejak mula penubuhannya hingga ke penghujung hayatnya yang kini menjadi tunjang kekuatan koperasi. Dalam ucapan yang disampaikan Tun Daim Zainuddin, beliau melahirkan rasa terharu dengan penghormatan yang diberikan kepadanya untuk merasmikan buku yang memaparkan perjuangan sahabat baiknya itu dalam arena koperasi. Ujarnya, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan Allahyarham ternyata amat besar, khususnya dalam pembangunan sosioekonomi kaum wanita menerusi sektor koperasi dan politik. “Sepanjang mengenalinya, beliau tidak
pernah mengalah atau menjadikan kesukaran sebagai alasan untuk mencapai apa yang dicita-citakan. Semasa berjuang memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan, beliau banyak mengharungi dugaan dan rintangan. “Bagi beliau, jika kita mudah mengalah, kita tidak akan ke mana-mana dan cita- cita yang kuat harus diteruskan walaupun sukar, ibarat menggenggam bara api, biar sampai jadi arang,” katanya yang turut mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat KJMWB kerana sudi mengambil tanggungjawab sudi mendokumentasikan lembaran perjuangan Allahyarham Tan Sri Dr. Aishah Ghani.
» Pelancaran buku “Aishah Ghani: Srikandi Koperasi Jaya Murni” oleh Tun Daim Zainuddin
28 PELANCAR Ogos 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease