Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

Katanya, penerbitan buku ini dianggap sebagai mercu tanda perjuangan KJMWB yang diasas berteraskan semangat pemuafakatan, sifat berjimat cermat, gigih, berani, berhemah serta berwibawa sebagaimana yang diterapkan oleh Allahyarham Tan Sri Dr. Aishah Ghani. “Di samping bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan anggota koperasi dan rakan-rakan koperasi, majlis ini juga bertindak sebagai medium hebahan kepada wanita Melayu khususnya golongan muda di luar sana terhadap peluang untuk menjadi ahli KJMWB. Mereka bukan sahaja layak sebagai pelabur dan mendapat pulangan dividen, malah dapat menimba pengalaman di samping berpeluang untuk sama-sama berjuang mempertingkatkan taraf sosioekonomi wanita Melayu. “KJMWB bertekad untuk memesatkan lagi aktiviti pembangunan sosioekonomi dan langkah ini merupakan cabaran besar yang bukan sahaja memerlukan suntikan modal, malah idea yang bernas, tenaga pelapis yang

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Sementara itu, Pengerusi KJMWB, Hajah Armi Zainudin melahirkan rasa bangga kerana sempena penubuhan koperasi ke-44, sebuah dokumentasi sejarah melalui penerbitan buku “Aishah Ghani : Srikandi Koperasi Jaya Murni” berjaya dihasilkan. » Anggota koperasi KJMWB turut mendapatkan tandatangan Tun Daim Zainuddin pada buku “Aishah Ghani : Srikandi Koperasi Jaya Murni”

komited, bersedia untuk dibimbing supaya mampu menggalas tanggungjawab,” katanya. Majlis berkenaan turut memberi makna besar kepada KJMWB apabila koperasi turut melancarkan logo baharunya, berimej korporat serta bersifat dinamik. Logo baharu ini jelas mencerminkan status KJMWB sebagai sebuah koperasi wanita yang gigih, berani dan bersatu hati serta progresif.

» Tun Daim Zainuddin bergambar bersama Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KJMWB

Rasional Logo Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad (KJMWB)

Reka bentuk logo baharu KJMWB menampilkan sekuntum bunga berwarna merah di mana setiap kelopaknya bertemu antara satu sama lain dalam bentuk pusaran dinamik. Ini mencerminkan status KJMWB sebagai sebuah koperasi wanita yang gigih, berani, bersatu hati dan progresif. Ketujuh- tujuh kelopak bunga itu pula menggambarkan budaya berkoperasi yang diamalkan oleh KJMWB, seiring dengan Prinsip Koperasi yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia seperti berikut :

Keanggotaan bersifat sukarela dan terbuka; Pengelolaan dilakukan secara demokrasi; Pembahagian Setiap Hasil Usaha (SHU) dilakukan secara adil sesuai dengan besarnya jasa usaha masing-masing anggota; Pemberian balas jasa yang terbatas terhadap modal; Kemandirian; Pendidikan perkoperasian; dan Kerjasama antara koperasi. Warna kuning pada latar kuntuman tersebut mencerminkan kemampatan tapak yang telah membina kekuatan asas KJMWB, sementara warna hijau yang melingkarinya pula melambangkan kelestarian gerak kerja kami untuk mempertingkatkan taraf hidup kaum wanita di negara ini melalui penyuburan pelbagai aktiviti sosioekonomi.

Ogos 2018 PELANCAR

29

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease