ULASAN BUKU
AISHAH GHANI:
SRIKANDI KOPERASI JAYA MURNI
Penulis / Penerbit : Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad Tahun Terbitan : 2018
Buku “Aishah Ghani: Srikandi Koperasi Jaya Murni’ memaparkan kecekalan jiwa serta liku-liku perjuangan Srikandi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad (KJMWB), Tan Sri Dr. Aishah Ghani. Walaupun telah bersara daripada arena politik sepenuh masa, beliau terus menyumbang bakti memartabatkan sosioekonomi kaum wanita melalui KJMWB. Keluhuran serta kegigihan beliau sebagai pengasas dalam merintis penubuhan, membina asas kekuatan seterusnya memperkasa kedudukan KJMWB menjadi teladan buat pelapis anggota KJMWB. Buku setebal 144 muka surat terbitan KJMWB yang didokumentasikan sebagai tanda penghormatan buat beliau ini mencatatkan perjuangan dan peranan beliau sejak kecil hingga ke penghujung hayatnya demi membela anak bangsa, khususnya kaum hawa dalam mencetus perubahan.
» Buku “Aishah Ghani: Srikandi Koperasi Jaya Murni’
30 PELANCAR Ogos 2018 30 PELANCAR
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease