Anak jati Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor ini merupakan lulusan Regent Street Polytechnic, London, United Kingdom (1955- 1958). Beliau berpegang kepada amalan dan nilai- nilai terpuji termasuklah sikap berjimat cermat, tidak suka berhutang, rajin menimba ilmu, tidak mudah berputus asa dan sanggup mendepani cabaran masa depan bagi memastikan kelangsungan koperasi. Beliau percaya bahawa semua elemen- elemen berkenaan yang diwariskan itu akan terus kekal relevan pada bila-bila masa dan dalam apa jua situasi koperasi beroperasi. Menariknya, inti pati dalam dokumen ini, beliau telah menitipkan lima pesanan bagi merealisasikan apa jua matlamat serta memastikan kelangsungan hidup sesebuah organisasi, individu yang menganggotai organisasi untuk berpegang teguh kepada prinsip-prinsip berikut: Tidak Mudah Putus Asa: “Saya tidak akan mengalah dalam hidup. Apa yang saya hajati akan tetap saya cuba untuk capai”. Tangani Cabaran dengan Bekalan Ilmu Pengetahuan: “Untuk menghadapi masa depan yang mencabar, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan”. Buat Kerja Dengan Sempurna: “Jangan jadi minyak habis sambal tak sedap. Duit habis hasilnya tiada”. Perjuangan Berkesinambungan: “Sebenarnya apa yang ada di hadapan kita hari ini memerlukan perjuangan berterusan. Cabaran yang ada di hadapan kita pada hari ini bukanlah kecil sifatnya, ia bersifat global”. Organisasi Perlu Menyediakan Pemimpin Pelapis : “Kalau kita tahu cari tangga naik, kita juga perlu tahu cari tangga turun. Jawatan yang kita pegang bukanlah untuk selama-lamanya”. Segala teguran, nasihat dan pesanan Allahyarham Tan Sri Aishah masih kekal dalam ingatan dan terus menjadi pedoman KJMWB dalam mendepani cabaran menuju ke hadapan.
Ogos 2018 PELANCAR
31
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease