Koperasi : Jentera Pemacu Sosioekonomi Masyarakat
Tun Daim Zainudin Ahli Majlis Penasihat Kerajaan
Koperasi berperanan besar sebagai “vehicle” atau jentera dalam memacu peningkatan sosioekonomi dan menyatupadukan masyarakat. Kerajaan
menaruh harapan tinggi supaya sektor koperasi dapat memainkan peranan yang terbaik dalam menyokong dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara menerusi semua aspek termasuk meningkatkan nilai tambah terhadap bidang aktiviti yang diceburi. Menerusi kemajuan dan kecemerlangan prestasi yang ditunjukkan sektor koperasi masa kini, kerajaan mengiktiraf peranan koperasi dalam memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negara di samping menjadi platform terbaik melahirkan usahawan berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Perjuangan memartabatkan sosioekonomi masyarakat melalui penubuhan koperasi bukan sahaja mampu menyatupadukan masyarakat keseluruhannya, malah ia turut membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada anggota koperasi. Sektor koperasi sewajarnya memberi perhatian serius kepada usaha menstabilkan kedudukan sosioekonomi rakyat dan ia perlu dilakukan bagi membuka ruang dan peluang kepada semua peringkat bagi memperbaiki taraf kehidupan keluarga melalui aktiviti sosial dan ekonomi sekaligus boleh membela nasib mereka. Anggota koperasi wajar memasang tekad memperluaskan peranan masing-masing dalam
menggerakkan koperasi sehingga mampu menyumbang kepada kesejahteraan negara melalui penyertaan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti politik, ekonomi dan pendidikan. Beliau menaruh keyakinan tinggi dan mengakui bahawa peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat boleh dicapai melalui pendedahan secara langsung dalam bidang perniagaan kecil-kecilan melalui koperasi. Gerakan untuk membina landasan bagi memperjuangkan kemajuan sosial dan ekonomi boleh dimanfaatkan melalui koperasi kerana jentera terbaik untuk merealisasikan hasrat serta impian tersebut adalah melalui penubuhan koperasi. Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sesi sidang media Majlis Pelancaran Buku “ Aishah Ghani: Srikandi Koperasi Jaya Murni dan Logo Baharu KJMWB anjuran Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad di Kuala Lumpur.
32 PELANCAR Ogos 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease