Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

» Majlis Menandatangani MoU Antara Koperasi Paku Selangor Berhad (KOPAKU) yang diwakili Pengerusinya, Haji Kamarulzaman Omar dan Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad (PutraKop) yang juga diwakili Pengerusinya, Encik Khairulrahman Kamaruz-zaman.

Beri Keutamaan Kepada Keperluan Anggota

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

ANGKASA sentiasa menyokong koperasi-koperasi yang terlibat dalam aktiviti berimpak tinggi seperti menjalankan projek perumahan dan lain-lain, bagi memenuhi keperluan anggota yang kurang berkemampuan.

Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, inisiatif koperasi yang mendahulukan keperluan anggotanya amat dihargai dan ia bertepatan dengan prinsip perjuangan dan nilai-nilai koperasi. Justeru, bagi memastikan matlamat tersebut berjaya dicapai, koperasi perlu bersepakat dan bergabung tenaga dalam mengembleng kepakaran masing-masing demi memenuhi keperluan anggota untuk memiliki kediaman. Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Menandatangani MoU Antara Koperasi Paku Selangor Berhad (KOPAKU) dan Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad (PutraKop) di Dewan Dato’ Mohd Ali Baharum, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya Julai lepas. Menurut beliau, penghargaan wajar diberi kepada usaha murni kedua buah koperasi tersebut yang mementingkan kesan positif jangka panjang. Walaupun KOPAKU cuma dapat membekalkan

sebahagian sahaja perkakasan yang diperlukan, namun langkah tersebut dirasakan sudah memadai dalam usaha untuk membantu memperkasa sektor koperasi. Tujuan MoU tersebut dimuktamadkan lebih terarah kepada kerjasama dan usaha berterusan dalam memberi bimbingan selain memastikan lebih banyak pembekal bahan binaan dalam kalangan koperasi dapat ditubuhkan. Ia juga merupakan satu bentuk kerjasama untuk pembekalan bahan binaan dan Program Mentor Mentee Hardware. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan merangkap Ahli Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah, Dato’ Haji Che Shukree Che Isa; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Puan Norlelah Samsuddin dan Ketua Bidang Sektor Keberhasilan, Maktab Koperasi Malaysia, Encik Mohd Roslan Bani Amin.

Ogos 2018 PELANCAR

33

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease