Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, kecemerlangan dan kemajuan yang dicapai oleh sektor koperasi pada masa ini wajar dijadikan sebagai penanda aras untuk koperasi-koperasi supaya dapat terus berkembang dan mencipta kejayaan pada masa akan datang. Ujarnya, kini adalah masa
katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Koperasi Pembangunan Daerah Kuala Langat Berhad di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, Banting. Dato’ Abdul Fattah juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada KPD Kuala Langat Berhad atas kemajuan yang dicapai dan berharap anggota koperasi terus menyemarakkan semangat berkoperasi demi kejayaan koperasi pada masa depan. ANGKASA ujarnya, akan terus memberi
yang terbaik untuk gerakan koperasi memperlihatkan kekuatan tersendiri khususnya dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan dengan memanfaatkan
bimbingan dan tunjuk ajar ke arah memperkemaskan semua Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) di seluruh negara demi kepentingan gerakan koperasi. Sementara itu, Pengerusi KPD Kuala Langat Berhad, Dato’ Abdul Samad Maharuddin dalam ucapan aluannya menyeru kepada semua anggota
pelbagai peluang perniagaan dalam usaha memperkasakan gerakan koperasi negara. “Dunia tanpa sempadan menyaksikan peranan koperasi yang lebih meluas dan menjadikan struktur dan strategi perniagaan luar negara sebagai model terbaik dalam melaksanaka ke arah usaha itu. “Dalam hal ini, koperasi perlu terlebih dahulu menguasai perniagaan dalam negara sebelum mengorak langkah ke peringkat global dengan meneroka bidang perniagaan di pasaran luar,”
» Pengerusi KPD Kuala Langat, Dato’ Abdul Samad Maharuddin.
supaya bersama-sama menyokong memajukan koperasi. Katanya, aktiviti perniagaan yang dilaksanakan KPD Kuala Langat Berhad memerlukan sokongan padu dan komitmen berterusan semua anggota. Sehingga 31 Disember 2018, seramai 177
anggota menganggotai koperasi dan antara aset KPD Kuala Langat Berhad ialah Bangunan Koperasi Pembangunan Daerah Kuala Langat Berhad di Banting, sebuah bangunan kedai tiga tingkat di Pusat Perdagangan Banting, sebuah bangunan di Shah Alam dan sebuah
bangunan di Nilai 3, Negeri Sembilan serta tanah seluas tiga ekar di Terusan Gila Mukim Tanjung Dua Belas, Kampung Bukit Changgang, Banting.
» Dato’ Abdul Fattah bergambar bersama anggota Koperasi Pembangunan Daerah Kuala Langat.
Ogos 2018 PELANCAR
35
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease