Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

» Ucapan perasmian oleh Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.

diharap dapat menikmati kemudahan pembiayaan dan dapat melonjakkan prestasi perniagaan koperasi. Sehingga 31 Disember 2017, penyata kewangan KOPSYA menunjukkan prestasi yang membanggakan. Ia mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM5 juta. Penyumbang utama kepada pendapatan KOPSYA adalah dari sektor perkhidmatan kewangan iaitu pembiayaan yang mencatatkan peningkatan kepada RM21 juta. Berdasarkan kepada keuntungan bersih, KOPSYA telah memperuntukkan dividen untuk tahun 2017 sebanyak lima peratus melibatkan pembayaran sebanyak RM2 juta. Aktiviti utama KOPSYA adalah untuk memberi modal bagi keperluan perniagaan untuk projek-projek koperasi yang berdaya maju. KOPSYA membantu koperasi kredit, selain koperasi yang terlibat dengan projek pertanian, pembangunan hartanah, IKS dan koperasi sekolah melalui produk pembiayaan yang disediakan. Sehingga akhir tahun 2017, sebanyak 96 buah koperasi memperoleh pembiayaan KOPSYA yang merangkumi pelbagai fungsi. KOPSYA juga menambah

dana dalaman melalui produk-produk pelaburan seperti Al-Wafi, Al-Muin, Al-Jadwa dan lain-lain. Sementara itu, Hotel Aliya yang merupakan milik KOPSYA telah menjalin kerjasama dengan pihak luar negara seperti agensi pelancongan Indonesia menerusi pelan “business to business” melalui C-Trip untuk pasaran China dan Traveloka untuk pasaran Indonesia. Justeru, bagi meningkatkan prestasi hotel itu, koperasi anggota diseru supaya mengadakan program, mesyuarat, seminar dan sebagainya. Mesyuarat yang dihadiri hampir 600 orang perwakilan itu diakhiri dengan penyampaian cek daripada tujuh buah koperasi anggota yang membuat penambahan saham dan pelaburan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Pengerusi KOPSYA, Haji Mutadho Bahri; Setiausahanya, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Bendahari, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Anggota- Anggota Lembaga KOPSYA, selain pengurusan KOPSYA yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa.

Ogos 2018 PELANCAR

37

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease